omniture

Xi'an Rangsang Pembangunan Sektor Sukan, dengan Sukan Negara ke-14 Akan Datang Bertindak sebagai Pemacu

Xi'an Municipal Government
2021-08-17 16:53 130

XI'AN, China, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sukan Negara ke-14 China, acara sukan kebangsaan yang terbesar di negara tersebut diadakan setiap empat tahun sekali, bermula pada 15 September di Xi'an, tempat berasalnya Tentera Terracotta, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sukan ini dijangka dapat menyuntik Xi'an, ibu kota wilayah dan ibu kota empayar tiga belas dinasti, dengan dos besar semangat yang segar.

Xi'an Stimulates Sports Sector Development, with Upcoming 14th National Games Serving as a Driver
Xi'an Stimulates Sports Sector Development, with Upcoming 14th National Games Serving as a Driver

Penganjuran Sukan ini diharapkan dapat meningkatkan dengan ketara taraf bandar berkenaan di arena antarabangsa kerana sebuah acara sukan sepenting ini bukanlah sekadar satu persaingan antara beberapa pasukan, tetapi juga sebuah platform untuk komunikasi dan pentas untuk demontrasi. Dengan merebut peluang strategik yang dibawa oleh Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) serta pembinaan titik permulaan baharu Jalur Ekonomi Jalan Sutera (SREB), bandar ini mempercepatkan pembangunan sektor sukannya. Ini akan dapat memudahkan integrasi dan peruntukan pelbagai sumber sukan dengan matlamat untuk mencapai pewujudan dan pembangunan terselaras beberapa industri yang berkaitan sukan di beberapa wilayah dan kawasan, lalu membina komunikasi dengan negara-negara di seluruh dunia.

Pengambilan pendekatan yang agresif untuk membangunkan sektor sukan merupakan suatu usaha praktikal yang mana ia akan berperanan untuk menjadikan penduduk Xi'an lebih sihat dan lebih cergas serta meningkatkan tahap kebahagiaan dan rasa penduduk bahawa mereka benar-benar telah menyaksikan peningkatan dalam kehidupan harian mereka.

Xi'an telah mencipta kemudahan kecergasan yang mencukupi agar setiap orang yang menetap di sana mempunyai tempat untuk terlibat dalam aktiviti kecergasan fizikal. Sejak tahun 2019, bandar ini telah membina lebih 10,000 kemudahan senaman di seluruh bandar berkenaan, yang bererti setiap penduduk menetap kurang daripada 15 minit perjalanan dari sebuah kemudahan senaman. Setakat bulan Mac tahun ini, bandar berkenaan telah memasang 4,280 mesin senaman di komuniti luar bandar Xi'an untuk digunakan oleh pekerja pertanian kawasan tersebut serta telah menurap 2,200 lorong joging dan berbasikal kegunaan awam di samping telahpun mengadakan aktiviti kecergasan kebangsaan yang cukup dengan bilangan tahunan acara berkenaan akan mencapai sekitar 600 acara menjelang akhir tahun ini. Jumlah peserta dalam aktiviti fizikal dengan apa jua bentuk yang mungkin kini menyumbang sebanyak 50 peratus daripada penduduk bandar ini manakala purata kawasan senaman yang disediakan telah mencapai 2 meter persegi.

Xi'an turut membina beberapa buah stadium sukan. Satu contoh yang dapat dipetik, Pusat Sukan Olimpik Xi'an, telah menjadi mercu tanda bandar baharu manakala kemudahan sukan yang utama seperti Pusat Latihan Sukan Xi'an, Pusat Bola Sepak Antarabangsa Xi'an dan Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Air Xi'an juga sama ada berada di peringkat perancangan atau telahpun menjalankan kerja pembinaan.

Antara tahun 2022 dan 2025, lebih daripada 40 acara sukan antarabangsa dan domestik akan diadakan di Xi'an pada setiap tahun. Dua hingga tiga acara bebas yang terikat dengan satu jenama sukan dijangka akan berlangsung setiap tahun di bandar ini menjelang tahun 2025, memulakan langkah yang diperlukan untuk Xi'an menjadi ibu negara sukan dunia yang terkenal dan terunggul menjelang tahun 2035.

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Sporting Events Sports Trade show news Future Events