omniture

Henley & Partners menyerahkan permohonan ke-100 bagi Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan Montenegro

Henley & Partners
2021-08-17 17:32 20

LONDON, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Henley & Partners dengan berbesar hati mengumumkan penyerahan pentingnya iaitu 100 permohonan bagi Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan Montenegro. Daripada jumlah itu, 33 pelabur antarabangsa dan keluarga mereka telah menerima kewarganegaraan dan pasport mereka walaupun terdapat gangguan yang berterusan disebabkan oleh pandemik koronavirus. Firma perancang kediaman dan kewarganegaraan global yang terkemuka itu merupakan salah satu daripada tiga ejen pemasaran yang dilantik oleh kerajaan untuk program kewarganegaraan melalui pelaburan yang sangat dicari-cari, yang akan ditutup pada akhir tahun ini.

Rade Ljumović, Pengarah Henley & Partners di Montenegro, mengatakan bahawa program ini menawarkan peluang yang signifikan kepada pelabur dengan nilai bersih yang tinggi dalam pasaran serantau yang dinamik, namun hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk memohon. "Salah satu punca kejayaan Montenegro adalah kerana ia memenuhi keperluan para pelabur dengan pelbagai kepentingan dan keperluan. Pelabur boleh memilih antara resort tepi pantai yang glamor di mana mereka boleh melabur dalam hotel-hotel baharu yang sedang dibangunkan oleh pemaju terkemuka, termasuk pilihan yang canggih seperti jenama SIRO oleh Kerzner International dan InterContinental. Sebagai alternatif, mereka boleh memilih bahagian utara negara ini yang terdapat resort ski dan gunung eksklusif yang berada pada peringkat akhir pembinaan seperti Swissôtel."

Montenegro kini berada dalam "senarai selamat" negara-negara Kesatuan Eropah yang mempunyai kadar jangkitan Covid-19 yang agak rendah dan pasportnya berada di tempat ke-45 pada Indeks Pasport Henley, yang menyediakan para pemegangnya dengan akses tanpa visa ataupun visa semasa ketibaan ke 124 buah destinasi di seluruh dunia termasuk Hong Kong, Rusia, Singapura, Turki, UAE dan negara-negara di Kawasan Schengen di Eropah. Selain menjadi anggota NATO, Montenegro merupakan calon yang diiktiraf untuk keanggotaan Kesatuan Eropah pada masa hadapan yang menyaksikan ketua perunding kerajaannya, Zorka Kordic, baru-baru ini memberikan tahun 2024 sebagai garis masa sasaran bagi penyertaan Montenegro. Pada bulan lepas, Pusat Maklumat Kesatuan Eropah di Montenegro telah menerbitkan hasil penyelidikan yang menunjukkan bahawa 73.8% daripada penduduknya menyokong penyertaan ke dalam Kesatuan Eropah dan 86.9% akan memilih untuk menyertai Kesatuan Eropah sekiranya terdapat referendum tentang keanggotaan tersebut. Duta Kesatuan Eropah ke Montenegro, Oana Cristina Popa baru-baru ini menyatakan bahawa kepercayaan rakyat Montenegro menjurus kepada EU dan menggalakkan penyertaan Montenegro.

Pemohon bagi Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan Montenegro diperlukan untuk memberi sumbangan ekonomi wajib kepada negara itu. Sebagai balasannya dan tertakluk kepada proses tapisan dan penilaian wajar yang ketat merangkumi pemeriksaan latar belakang yang menyeluruh oleh firma khusus, pemohon dan keluarga mereka diberikan kewarganegaraan Montenegro. Pemohon utama hendaklah berusia lebih 18 tahun, memenuhi keperluan permohonan dan menyumbang sebanyak EUR 100,000 kepada Kerajaan Montenegro, yang diguna pakai untuk kemajuan unit kerajaan sendiri tempatan yang kurang membangun. Di samping itu, pemohon boleh melabur sekurang-kurangnya EUR 450,000 dalam projek pembangunan yang diluluskan di ibu kota Podgorica atau di wilayah pesisir pantai yang popular di Montenegro. Sebagai alternatif, mereka boleh melabur sekurang-kurangnya EUR 250,000 dalam projek pembangunan yang diluluskan di wilayah utara atau tengah Montenegro (tidak termasuk Podgorica). Yuran pemprosesan kerajaan tambahan dan yuran permohonan lain akan dikenakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Dr. Juerg Steffen berkata peningkatan di dalam aktiviti perniagaan dan peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan oleh program itu akan memberi manfaat kepada semua warga Montenegro. "Penghijrahan pelaburan membolehkan negara-negara berdaulat seperti Montenegro memanfaatkan sumber baharu pendapatan yang lestari tanpa menjadi terlalu terbeban. Dalam persekitaran pandemik semasa ini, terutamanya selepas berlakunya gangguan terdahulu seperti krisis kewangan 2008, program kediaman dan kewarganegaraan mewujudkan nilai yang signifikan untuk para pelabur dan negara-negara berdaulat yang memerlukan aliran pendapatan alternatif."

 

 

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Legal Services