omniture

Shipsy Melakukan Penjenamaan Semula Bagi Menandakan Pertumbuhan Penting Dan Pembangunan Teknologi Yang Pantas

Shipsy
2021-08-17 20:13 63

- Memperlihatkan pertumbuhan yang komprehensif sejak penubuhan syarikat ini; mencatat peningkatan pendapatan dan pelanggan sebanyak 75% dalam tempoh enam bulan yang lalu

- Menyasarkan kehadiran global yang diperolehi dengan memperluas jangkauan antarabangsa

- Melancarkan logo dan laman web baharu; memperluas keupayaan tenaga kerja dan teknologi

GURUGRAM, India, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Shipsy, sebuah platform pengurusan logistik pintar yang terkemuka mengumumkan penjenamaan semulanya. Langkah ini selaras dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju SaaS global bagi pengurusan logistik dan perdagangan global.

Shipsy
Shipsy

Transformasi ini akan menyaksikan Shipsy beralih daripada pendekatan berasaskan produk untuk mencipta penyelesaian canggih bagi pelbagai kes penggunaan di seluruh industri. Pembangunan ini dizahirkan melalui laman web dan logo baharu mereka yang menekankan penampilan jenama yang sedia untuk masa depan. Ia juga bertujuan untuk menyampaikan cadangan nilai dengan lebih baik dari segi kes penggunaan khusus industri dan modul penghantaran. 

Shipsy merupakan rakan teknologi pilihan bagi perniagaan barangan mahal di seluruh dunia. Ia juga telah menubuhkan operasi di Timur Tengah dengan melancarkan ibu pejabat serantau di Dubai.

Syarikat tersebut telah merekodkan peningkatan pendapatan dan pelanggannya sebanyak 75% dalam tempoh enam bulan yang lalu. Shipsy telah melakukan beberapa pelantikan di seluruh hierarki organisasi untuk mempercepat pelan hala tuju pengembangannya dan meningkatkan kesedaran jenama dalam barisan kepemimpinan pakarnya.

Dari segi teknologi, operasi hab mereka kini mudah alih sepenuhnya sementara enjin peruntukan automatik canggih kini memberikan kadar kejayaan sebanyak 94%. Pengubahsuaian lain yang digabungkan turut mendorong hasil yang lebih bagi dalam manfaat pelanggan.

Mengulas tentang penjenamaan semula tersebut, Soham Chokshi, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Shipsy berkata, "Pendekatan kami yang mengutamakan pelanggan telah membolehkan kami memenangi hati dan mencipta kejayaan setakat ini. Kami ingin memulakan perjalanan baharu dengan memanfaatkan peluang-peluang yang telah direalisasikan dalam dunia baharu pascapandemik yang berani ini. Oleh sebab perubahan merupakan satu-satunya perkara yang berterusan, kami yakin bahawa pembentukan semula cadangan nilai kami akan menghasilkan beberapa penemuan cemerlang dan berjaya memperoleh kehadiran kami yang mengagumkan dalam bidang pengurusan perdagangan dan logistik global pada masa akan datang." 

Tentang Shipsy: 

Platform pengurusan logistik pintar Shipsy memperkasakan perniagaan global bagi mengoptimumkan, mengautomasi, mengesan dan memudahkan operasi rantaian bekalan yang lengkap. Ditubuhkan pada tahun 2015 di Gurugram, syarikat ini memanfaatkan AI dan data raya untuk mereka cipta dan membangunkan penyelesaian SaaS kod rendah bagi meningkatkan kecekapan operasi di seluruh industri. Baru-baru ini, jenama ini telah menubuhkan ibu pejabat serantau di Dubai. Pada tahun lepas, syarikat ini telah mengumpulkan dana sebanyak $6 Juta dalam pusingan Siri A yang diketuai oleh Surge, Sequoia Capital India dan pelabur sedia ada iaitu Info Edge.

Hubungan Media:
media@shipsy.io 
+91-9867999866

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1595269/shipsy.jpg?p=medium600

Source: Shipsy
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services