omniture

Adapdix memperoleh Edge Intelligence untuk menggabungkan data dengan AI

Adapdix Corporation
2021-08-17 23:06 75

PLEASANTON, Calif., 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Adapdix, peneraju perisian automasi dipacu AI yang terkemuka dalam industri, mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Edge Intelligence, pembangun platform pengurusan data yang teragih secara geografi untuk analisis yang dibina bagi persekitaran awan hibrid dan pengkomputeran pinggir. Platform pengurusan data Edge Intelligence melengkapi platform Data Mesh AI/ML EdgeOps™ Adapdix secara ideal dan akan membolehkan Adapdix meletakkan sasaran pada pasaran tambahan baharu serta mengembangkan tawarannya ke seluruh pasaran automasi pinggir. Platform gabungan antara EdgeOps dengan Edge Intelligence ini akan mendayakan pengurusan AI teragih dan data perusahaan pada sumber penciptaan data. Ini membolehkan Adapdix menawarkan manfaat/kelebihan penumpuan IT/OT sebenar, repatriasi awan dan pembelajaran bersekutu bagi syarikat yang mempunyai data teragih secara geografi di pinggir atau pada awan.

 

Adapdix acquires Edge Intelligence to bring data and AI closer together
Adapdix acquires Edge Intelligence to bring data and AI closer together

 

Anthony Hill, Ketua Pegawai Eksekutif Adapdix berkata, "Edge Intelligence telah membangunkan penyelesaian pengurusan data pinggir teragih yang terkemuka dengan teknologi yang dipatenkan serta suatu aplikasi analisis data yang canggih yang menyasarkan pelanggan dan analisis awan. Penambahan Edge Intelligence ini membolehkan Adapdix menawarkan penumpuan IT/OT yang sebenar, dengan pemayaan data penuh yang masih dianggap sebagai konsep secara teori oleh para penyedia. Pengambilalihan ini membolehkan Adapdix menangani pelanggan dengan mempertimbangkan repatriasi Awan."

Kate Mitchell, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Intelligence berkata, "AI dan data merupakan gandingan yang penting dan dengan teknologi pangkalan data teragih Edge Intelligence, Adapdix kini mampu menawarkan suatu pangkalan data logik tunggal kepada pelanggan untuk persoalan dan analisis data IT dan OT dipacu AI. Keupayaan Edge Intelligence yang digabungkan dengan Edge Ops AI dan platform pemodelan Adapdix mendayakan AI masa nyata yang bersepadu sepenuhnya pada sumber penciptaan data yang menjimatkan kos pengangkutan, pengkomputeran dan penyimpanan data pelanggan."

"Pada hari ini, kebanyakan penyelesaian AI/ML adalah bersifat sekali guna dengan keupayaan yang disediakan hanya sebagai ciri tambahan. Walau bagaimanapun, untuk AI/ML mencapai potensi sepenuhnya, ia mesti dibina ke dalam platform teknologi," kata Ritu Jyoti Naib Presiden Kumpulan, Automasi Penyelidikan dan AI Sedunia di IDC. "Dengan pemerolehan Edge Intelligence ini, Adapdix terus mengguna pakai perubahan ciri seni bina ini dengan menyampaikan platform bersepadu penuh untuk pengingesan, analisis dan kesimpulan data AI/ML – sambil mengekalkan data pada sumbernya. Dengan menggabungkan Edge Intelligence dengan keupayaan platform automasi dipacu AI EdgeOps mereka, Adapdix merealisasikan janjinya terhadap penumpuan data IT/OT."   

Adapdix baru-baru ini mengumumkan EdgeOps DataMesh™iaitu produk platform perisian automasi dipacu AI EdgeOps™ generasi seterusnya yang pertama mengatasi halangan biasa dalam pengurusan data yang dikendalikan dalam masa nyata. Pemerolehan Edge Intelligence mempertingkat produk DataMesh™ Adapdix dengan pengurusan data teragih yang sebenar dan membolehkan pengguna mengemukakan pertanyaan serta menyimpan data IT bersama-sama data OT mereka. Dengan melaksanakan pengingesan, prapemprosesan dan menyimpulkan data dalam tempoh milisaat, EdgeOps DataMesh™ mendayakan kawalan dan analisis masa nyata untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan masa henti aset bernilai tinggi. Perisian ini telah digunakan oleh pelanggan Fortune 500 termasuk beberapa pengeluar semikonduktor terkemuka untuk meningkatkan prestasi pengendalian mereka.

Tentang Adapdix

Adapdix menyediakan platform perisian yang inovatif untuk perusahaan yang mengoptimumkan Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) di pinggir. Platform EdgeOps yang berpusatkan pelanggan milik syarikat ini meningkatkan masa hidup peralatan, mengurangkan rantaian bekalan dan kos logistik serta meningkatkan produktiviti pekerja jarak jauh. Ditubuhkan pada tahun 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – sila lihat www.adapdix.com.

Tentang Edge Intelligence

Edge Intelligence telah membangunkan platform analitik teragih yang pertama dalam industri yang dibina untuk pengkomputeran canggih dan persekitaran awan hibrid. Penyedia komunikasi, perusahaan dan entiti kerajaan boleh menyimpan, menganalisis dan memproses semua jenis data dengan cekap di pelbagai lokasi geografi tanpa menggerakkannya secara fizikal. Edge Intelligence mengatasi cabaran yang perlu ditangani secara langsung untuk merealisasikan maklumat yang boleh dilaksanakan serta-merta daripada data raya. Pelanggan mendapat kepintaran masa nyata yang hampir sama daripada data yang berusia sama ada beberapa saat atau bertahun-tahun yang amat penting untuk menjayakan usaha transformasi digital mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi kami di www.edgeintelligence.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1589890/adapdix_acquires_edge_intelligence.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1359461/ADAPDIX__Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Adapdix Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics