omniture

Casio bakal Lancar Model Istimewa Rui Hachimura Kedua

Reka Bentuk Diinspirasikan oleh Bendara Negara Benin, Tempat Asal Leluhur Hachimura
CASIO COMPUTER CO. LTD
2021-08-18 09:00 179

TOKYO, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran GM-110RH, penambahan baharu kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. GM-110RH ialah model istimewa kedua yang direka bentuk dengan kerjasama pemain profesional NBA Rui Hachimura.

GM-110RH
GM-110RH

Hachimura ialah warga Jepun yang pertama seumpamanya yang diambil dalam pusingan pertama draf NBA (2019). Musim ini, Hachimura terus menjadi tumpuan dalam pasukan beliau dan impak beliau dijangkakan berkembang pada masa akan datang. Casio menandatangani perjanjian kerjasama global dengan Hachimura pada November 2019 untuk menyokong beliau dalam menangani cabaran sukar yang mendatang.

GM-110RH baharu ialah model istimewa yang direka dengan kerjasama Hachimura yang telah menjadi peminat G-SHOCK sejak di bangku sekolah lagi. GM-110RH adalah berdasarkan GM-110 yang menampilkan bezel logam dan reka bentuk bergaya. Muka jam tangan dan gelung tali jam pada GM-110RH menampilkan serlahan warna kuning, merah dan hijau daripada warna-warna bendera negara Benin, tempat asal leluhur Hachimura. Jarum pendek berwarna kuning, jarum panjang berwarna merah, muka jam inset berwarna hijau dan penghubung berbentuk-Y dipaparkan demi keterlihatan yang optimum.

Jam tangan baharu ini bukan sahaja didatangkan dengan tali jam uretana hitam asas, tetapi juga tali jam uretana dengan motif kain kente Afrika Barat yang diinspirasikan oleh pakaian tradisional benua tersebut — dan ia mudah ditukarkan antara kedua-duanya. Logo istimewa "Samurai Hitam" Hachimura diukir pada plat belakang, gelung tali jam dan bungkusan khas. Simbol (hachi dalam Bahasa Jepun, bermaksud "lapan") mewakili nama dan juga nombor jersi beliau.

Hachimura mengatakan hal ini berkenaan model baharu ini: "Jam tangan ini mengambil inspirasi daripada asal usul saya di Benin dan Afrika yang sangat penting buat saya. Reka bentuk tali jam dan muka jam membangkitkan unsur-unsur budaya Benin dan saya gembira dari segi bagaimana Casio telah dapat menghidupkan idea saya."


 


 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports New products/services