omniture

DOCOMO Digital memacu produk langganan Optus generasi seterusnya iaitu SubHub

DOCOMO Digital
2021-08-18 13:59 40

SYDNEY, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- DOCOMO Digital, pendorong perdagangan mudah alih terkemuka di dunia, telah membangunkan bersama pengurusan langganan pintar generasi seterusnya dan suit pakej untuk Optus yang merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi dan teknologi terkemuka di Australia. SubHub Optus ialah perkhidmatan pengurusan langganan yang direka bentuk supaya menjadi pusat sehenti bagi para pengguna dalam menguruskan langganan OTT pihak ke-3 mereka dengan lancar dan memanfaatkan diskaun dan pakej tawaran yang menarik daripada Optus. Para pengguna boleh membayar langganan ini sebagai sebahagian daripada bil bulanan telefon mudah alih atau perkhidmatan jalur lebar mereka dengan mudah dan selamat.

 

 

Australia berada pada kedudukan ketujuh di peringkat global dari segi penembusan perkhidmatan penstriman video terkemuka, menurut Statista[1]. SubHub Optus akan menjadikan penambahan dan pengubahsuaian perkhidmatan ini serta langganan lain lebih mudah digunakan oleh para pelanggan Optus. Optus memilih untuk bekerjasama dengan DOCOMO Digital bagi keluaran platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) mereka dengan antara muka pengaturcaraan penggunaan (API) yang maju, pelaksanaan yang berjaya dan integrasi sedia ada dengan jenama terkemuka seperti Amazon Prime. Optus ingin bekerjasama dengan penyedia yang mempunyai pengalaman global dalam mengintegrasikan penyedia OTT global dan menguruskan pakej dan promosi langganan untuk syarikat pembawa mudah alih yang besar.

"SubHub menghapuskan kerumitan pengurusan pelbagai langganan OTT yang dialami para pelanggan kami dengan menawarkan pengalaman pengguna yang mudah dan lebih bernilai. Kami menemui rakan kongsi yang tepat di DOCOMO Digital demi membawa SubHub ke pasaran melalui rekod prestasi mereka yang terbukti dalam pengebilan pembawa secara terus dan pakej langganan," kata Corin Dimopoulos, Ketua TV dan Kandungan Optus.

"Sebagai sebuah syarikat pembawa yang progresif, Optus sedang membangunkan perniagaan perkhidmatan digital generasi seterusnya yang melangkaui kesalinghubungan dan kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Platform SaaS keluaran kami dibina khas untuk mengurangkan masa ke pasaran dan usaha oleh bahagian pasukan dalaman Optus di samping menawarkan analisis, pelaporan dan pencegahan penipuan yang mantap", kata Jonathan Bennett, Ketua Pegawai Komersial DOCOMO Digital.

Optus akan melancarkan SubHub dengan promosi yang menarik pada Amazon Prime, Kindle Unlimited dan Calm pada bulan ini, dengan lebih banyak perkhidmatan yang bakal ditawarkan, sila layari www.subhub.optus.com.au. 

Tentang Optus 

Optus (Singtel Optus Pty Ltd) ditubuhkan pada 1991 dan merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi Australia yang terkemuka serta sebahagian daripada Singtel.  Optus mempunyai lebih 10 juta pelanggan dan mengendalikan saluran utama Australia bagi bola sepak utama Eropah; perkhidmatan penstriman video Optus Sport - yang dilancarkan pada Jun 2016. Optus memegang hak eksklusif untuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Super Wanita Barclays FA di Australia serta merupakan saluran utama Piala Dunia Wanita FIFA 2023 di Australia dan New Zealand.  Optus Sport yang mempunyai lebih 900,000 pelanggan aktif, turut menawarkan kandungan kesihatan dan kesejahteraan kepada para pelanggan melalui OS Fitness. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.optus.com.au/

Tentang DOCOMO Digital

DOCOMO Digital ialah perniagaan pembayaran antarabangsa NTT DOCOMO. Kami bekerjasama dengan syarikat pembawa, pedagang, perkhidmatan OTT, gedung aplikasi dan penyedia pembayaran dalam kedua-dua pasaran maju dan baru muncul di seluruh dunia. Kami menyelesaikan cabaran perolehan dan pengekalan pelanggan, peraturan dan kerumitan untuk rakan kongsi kami melalui kaedah pembayaran alternatif seperti pengebilan pembawa secara terus dan dompet digital. Menerusi pasukan yang berpangkalan di lima belas buah negara, kami membolehkan rakan kongsi kami menambahkan pendapatan perkhidmatan digital mereka sambil meningkatkan pengalaman pelanggan bagi para pengguna mereka. Pengurusan platform dan liputan perkhidmatan kami yang kukuh di seluruh syarikat pembawa dan kaedah pembayaran tempatan yang paling relevan membolehkan masa ke pasaran yang lebih cepat, khususnya untuk penstriman, permainan, e-Dagang dan penyedia aplikasi produktiviti.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.docomodigital.com atau temui kami di LinkedIn.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1529217/DOCOMO_Digital_Logo.jpg?p=medium600

Pertanyaan media:
Rahul.mudgal@docomodigital.com
Tel: +65 9781 7160

[1] https://www.statista.com/topics/5038/video-streaming-industry-in-australia/

Source: DOCOMO Digital
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications New products/services