omniture

LEAP Commerce, pendaya dan rakan kongsi jenama eDagang menang anugerah di Asia Pasifik

LEAP Commerce
2021-08-18 16:05 220

SINGAPURA, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sejak tahun 2016, LUXASIA telah melalui perjalanan Transformasi Digital. Sebagai sebahagian daripada perjalanan ini, LUXASIA telah menginkubasi dan membina salah satu pendaya eDagang yang terkemuka di rantau ini. Rekod prestasinya yang luar biasa diiktiraf oleh Forrester dalam laporan penyelidikan Q4-2020 dan pelbagai anugerah yang dimenangi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

As an end-end eCommerce enabler, LEAP Commerce partners more than 70 brands today across Asia Pacific, powered by a team which is widely regional, yet deeply local
As an end-end eCommerce enabler, LEAP Commerce partners more than 70 brands today across Asia Pacific, powered by a team which is widely regional, yet deeply local

Hari ini, LUXASIA mengumumkan pemerbadanan LEAP Commerce, subsidiari milik penuh yang akan terus membentuk ekosistem pendaya eDagang di Asia Pasifik. Perniagaan ini berkembang lebih daripada 40X dengan kadar pulangan pelanggan sifar dalam 4 tahun, mengumpul pelajaran berharga dengan mendayakan lebih 70 jenama dalam pelbagai kategori di rantau ini. Kini, ia bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya pemecutan eDagang dalam 10 pasaran iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, India dan Australia.

LEAP Commerce menawarkan penyelesaian pengupayaan eDagang hujung-ke-hujung yang meliputi semua saluran digital - pasaran dalam talian, tapak mono/berbilang jenama dan perdagangan sosial. Perkhidmatan bersepadunya mencakupi strategi, penciptaan & operasi kedai berbilang saluran, pemasaran prestasi, pengurusan rantaian bekalan termasuk pengawalseliaan dan pengimportan, perancangan-permintaan, analitik data serta khidmat pelanggan.

LEAP Commerce telahpun merupakan peneraju pasaran dalam kategori Kecantikan dan Mainan serta merupakan pengusaha utama dalam FMCG serta aksesori fesyen, yang telah bekerjasama dengan jenama-jenama seperti SK-II, Benefit, LEGO, Hasbro, Dettol, Durex dan Ray-Ban. Bagi mencapai pertumbuhan selanjutnya, ia menyasarkan untuk memperluas jangkauannya dalam Elektronik, Ibu & Bayi serta Fesyen khas. Dikuasakan oleh pasukan mantap yang bersifat serantau sepenuhnya namun amat berciri tempatan, dengan lebih 70 bakat eDagang dan lebih 200 bakat sokongan di pejabat tempatan serta gudang terurus, LEAP Commerce yakin dapat memberi hasil komersial mahupun kegembiraan pengguna untuk jenama-jenama.

Apa yang membezakan LEAP Commerce ialah sejauh mana ia mendukung nuansa penjenamaan rakan-rakan kongsinya dalam format digital dengan teliti, yang asal usulnya adalah dari LUXASIA. Satyaki Banerjee, Pengarah Urusan LEAP Commerce mengesahkan, "Kami memastikan bahawa etos jenama dapat diwakili dengan baik dalam dunia dalam talian sambil meneruskan pertumbuhan eDagang dan perdagangan sosial yang pesat, seperti yang dibuktikan oleh 100% pengekalan jenama kami sehingga kini." Di samping itu, disokong oleh LUXASIA, firma ini menikmati kadar kestabilan kewangan yang sangat baik walaupun merupakan sebuah syarikat pemula. Berhubung hal ini, Dr Wolfgang Baier, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LUXASIA dan Pengarah Lembaga LEAP Commerce menegaskan, "Penubuhan LEAP Commerce sebagai entiti bertumpu dan berdiri sendiri memberi keyakinan yang mantap dan ketenangan minda kepada semua jenama bahawa kami akan berkembang maju bersama mereka pada hari ini, hari esok dan jauh menuju masa depan."

Hubungi

Brynner Jananto
brynner@leapcommerce.com
+65-64888928/+65-9856-7597

Source: LEAP Commerce
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Acquisitions, mergers, takeovers