omniture

Sasol menghasilkan penyata kewangan yang kukuh untuk tahun yang berakhir pada 30 Jun 2021

Sasol Limited
2021-08-18 22:47 76

JOHANNESBURG, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sasol menghasilkan penyata kewangan yang kukuh untuk tahun yang berakhir pada 30 Jun 2021. Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) kami bernilai R16.6 bilion dengan peningkatan lebih 100% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi ini telah disokong oleh prestasi perbelanjaan modal, modal kerja dan kos yang kukuh, walaupun terdapat kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 serta kejadian cuaca buruk.

Pemulihan margin kasar yang ketara telah direkodkan pada separuh kedua tahun kewangan ini yang disokong oleh gabungan kesan harga minyak mentah Brent dan bahan kimia yang lebih tinggi serta diimbangi oleh kadar pertukaran mata wang Rand/Dolar AS yang lebih kukuh.

Pendapatan kami dipengaruhi terutamanya oleh pelarasan bukan tunai dengan nilai bersih berjumlah R15.4 bilion:

  • Pengurangan bersih sebanyak R28.7 bilion terutamanya disebabkan pelarasan kadar pertukaran mata wang jangka panjang kami dan kos yang lebih tinggi untuk membeli gas dalam jangka panjang;
  • Keuntungan bersih daripada pelupusan perniagaan berjumlah R2.2 bilion, termasuk Unit Pemisahan Udara;
  • Laba sebanyak R3.4 bilion daripada realisasi rizab terjemahan mata wang asing (FCTR), terutamanya daripada nyahlabur sebanyak 50% kepentingan dalam perniagaan LCCP Base Chemicals;
  • Laba sebanyak R5.5 bilion daripada terjemahan aset dan liabiliti kewangan disebabkan pengukuhan kadar pertukaran mata wang Rand/Dolar AS sebanyak 18% berbanding bulan Jun 2020; dan
  • Laba sebanyak R2.3 bilion daripada penilaian instrumen kewangan dan kontrak terbitan.

Metrik Utama 

2021

2020

Perubahan % 


Pernyataan semula 


EBIT/(LBIT) (R juta)

16 619

(111 926)

>100

EBITDA Terlaras1(R juta)

48 420

34 976

38

Pendapatan utama/(kerugian) (R juta)

24 503

(7 106)

>100

Pendapatan asas/(kerugian) sesaham (Rand)

14.57

(148.49)

>100

Pendapatan utama/(kerugian) sesaham (Rand)

39.53

(11.50)

>100

Pendapatan utama teras sesaham2 (Rand)

27.74

15.08

84

Dividen sesaham (Rand)




-  Interim (Rand)

-

-

-

-  Akhir (Rand)

-

-

-


1.  EBITDA terlaras dikira dengan menyelaraskan EBIT untuk susut nilai, pelunasan, pembayaran
berasaskan saham, item pengukuran semula, perubahan dalam kadar diskaun peruntukan alam
sekitar, semua laba dan kerugian terjemahan belum terealisasi serta semua laba dan kerugian
belum terealisasi pada aktiviti terbitan dan lindung nilai kami. Kami percaya EBITDA Terlaras
merupakan ukuran yang berguna bagi prestasi aliran tunai dasar Kumpulan ini. Walau
bagaimanapun, ini bukan istilah yang ditakrifkan oleh IFRS dan tidak boleh dibandingkan
dengan ukuran di bawah tajuk yang sama yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat lain. (EBITDA
Terlaras merupakan maklumat kewangan proforma dari segi Keperluan Penyenaraian Terhad
JSE dan harus dibaca bersama-sama dengan asas penyediaan dan maklumat kewangan proforma
seperti yang dinyatakan dalam set lengkap ringkasan pernyataan kewangan teraudit).

 

2  HEPS Teras dikira dengan menyelaraskan pendapatan utama sesaham dengan item bukan
berulang, kerugian pendapatan projek modal yang signifikan (melebihi R4 bilion) yang telah
mencapai operasi bermanfaat dan masih sedang melonjak naik, semua laba dan kerugian
terjemahan (terealisasi dan belum terealisasi), semua laba dan kerugian daripada aktiviti
terbitan dan lindung nilai kami (terealisasi dan belum terealisasi) serta pembayaran berasaskan
saham daripada pelaksanaan urus niaga B-BBEE. Pelarasan berhubung dengan penilaian terbitan
kami pada penghujung tempoh adalah untuk menghapuskan turun naik pendapatan kerana
instrumen ini dinilai menggunakan lengkung ke hadapan dan faktor pasaran lain pada tarikh
pelaporan dan boleh berbeza-beza dari tempoh ke tempoh. Kami percaya pendapatan utama
teras merupakan ukuran yang berguna bagi prestasi operasi mapan Kumpulan. (HEPS Teras
merupakan maklumat kewangan proforma dari segi Keperluan Penyenaraian Terhad JSE dan
harus dibaca bersama-sama dengan asas penyediaan dan maklumat kewangan proforma seperti
yang dinyatakan dalam set lengkap ringkasan pernyataan kewangan teraudit.

 

Nilai aset bersih 

2021

2020

Perubahan % 


Pernyataan semula 


Jumlah aset (R juta)

360 743

474 535

-24

Jumlah liabiliti (R juta)

208 272

318 618

53

Jumlah ekuiti (R juta) 

152 471

155 917

-2

Perolehan 


EBIT/(LBIT) 

2020

2021


2021

2020





Pernyataan semula 

R juta 

R juta 


R juta 

R juta 



Perniagaan tenaga 



19 981

21 704

Perlombongan

3 227

2 756

12 419

10 990

Gas

6 656

5 527

62 553

60 649

Bahan Api

(18 170)

(11 609)



Perniagaan bahan kimia 



54 310

60 597

Afrika

6 957

(17 035)

28 809

29 360

Amerika

8 116

(77 556)

39 989

46 038

Eurasia

4 680

(894)

30

26

Pusat Korporat 

5 153

(13 115)

218 001

229 364

Prestasi Kumpulan 

16 619

(111 926)

(27 634)

(27 454)

Perolehan antara segment


190 367

201 910

Perolehan luaran 


Pengurusan kunci kira-kira 

Tunai yang dijana oleh aktiviti operasi meningkat sebanyak 6% kepada R45.1 bilion berbanding tahun sebelumnya. Keadaan ini berserta program nyahlabur aset telah membolehkan pembayaran balik hutang bernilai kira-kira R81 bilion, termasuk penyelesaian kemudahan perbankan kami dalam mata wang Rand yang bernilai kira-kira R4 bilion.

Perbelanjaan modal sebenar berjumlah R16.4 bilion berbanding R35.2 bilion pada tahun 2020. Pengurangan perbelanjaan modal telah dilaksanakan dengan berhati-hati hasil daripada fokus pengurusan risiko kami yang dioptimumkan sambil memastikan integriti dan keselamatan aset tidak terjejas.

Nisbah hutang bersih kami berbanding EBITDA pada 30 Jun 2021 berdasarkan kemudahan kredit pusingan (RCF) dan definisi perjanjian pinjaman bertempoh dalam Dolar AS ialah sebanyak 1.5 kali di bawah paras ambang yang dipersetujui secara signifikan. Walaupun nisbah ini memenuhi sasaran tahap hutang bersih kami berbanding EBITDA, kami akan meneruskan usaha untuk mengurangkan lagi tahap leveraj dan hutang mutlak. Ini akan mewujudkan fleksibiliti kewangan yang berharga ketika kami melaksanakan strategi Sasol Masa Depan kami semasa persekitaran makroekonomi yang tidak menentu. Objektif kami kekal untuk memacu metrik kunci kira-kira ke arah pemulihan tahap gred pelaburan kami.

Pada tahun ini, bon bernilai AS$1.5 bilion (R21.4 bilion) telah dikeluarkan dan disenaraikan di Bursa Saham New York. Pada 30 Jun 2021, jumlah hutang kami ialah R102.9 bilion berbanding R189.7 bilion pada 30 Jun 2020. Pada tahun ini, kami menggunakan hasil daripada nyahlabur aset kami untuk membayar balik pinjaman sindiket dalam Dolar AS iaitu sebahagian daripada RCF dan pinjaman bertempoh kami dengan mengurangkan hutang dalam mata wang Dolar AS yang berjumlah hampir R76 bilion (AS$5 bilion).

Perkadaran kami menurun daripada 117.0% pada 30 Jun 2020 kepada 61.5% pada 30 Jun 2021 yang terutamanya disebabkan pembayaran balik hutang dalam Dolar AS dan penutupan kadar pertukaran mata wang Rand/Dolar AS yang lebih kukuh.

Setakat 30 Jun 2021, jumlah kecairan kami ialah R84 bilion (AS$5.9 bilion) yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan kami untuk mengekalkan kecairan melebihi AS$1 bilion, dengan dana tersedia dalam mata wang Rand dan Dolar AS yang semakin meningkat apabila kami meneruskan tindakan pengurusan kami yang berfokus. Kami tidak mempunyai kematangan hutang yang signifikan sebelum November 2022 apabila bond bernilai AS$1 bilion berakhir.

Selaras dengan rangka kerja pengurusan risiko kewangan kami, kami terus melakukan kemajuan yang baik dengan melindungi nilai mata wang asing, pendedahan minyak mentah dan etana kami. Kami telah berjaya dalam melindung nilai jumlah pendedahan minyak kami untuk tahun 2022 yang meningkatkan kepastian aliran tunai masa depan bagi mengurangkan tahap hutang dan membolehkan kami melaksanakan strategi Sasol Masa Depan kami. Untuk maklumat lanjut tentang kedudukan lindung nilai terbuka kami, kami membawa anda untuk merujuk Buku Penganalisis kami (www.sasol.com).

Dividen 

Pemulihan dividen merupakan suatu keutamaan penting tetapi dalam konteks tahap ketidakpastian makroekonomi yang tinggi, Ahli Lembaga Pengarah percaya bahawa ia adalah wajar untuk tidak mengisytiharkan dividen pada peringkat ini.

Perubahan Pengarah 

Perubahan Ahli Lembaga Pengarah seperti yang berikut telah berlaku selepas penerbitan penyata kewangan interim Syarikat pada 22 Februari 2021:

Encik S Subramoney telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan ahli Jawatankuasa Audit berkuat kuasa pada 1 Mac 2021. Syarikat ini mengumumkan pelantikan Cik GMB Kennealy iaitu Pengarah Bukan Eksekutif Bebas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit berkuat kuasa pada 1 September 2021 setelah persaraan Encik C Beggs sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan Pengerusi Jawatankuasa Audit pada 31 Ogos 2021.

Encik P Victor telah memaklumkan Syarikat bahawa beliau akan melepaskan jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Pengarah Eksekutif Sasol Limited pada 30 Jun 2022. Encik H Rossouw telah dilantik sebagai CFO dan Pengarah Eksekutif Sasol bagi menggantikan Encik Victor. Beliau akan menyertai Sasol pada 4 April 2022 dan akan mengambil alih jawatan Encik Victor sebagai Pengarah Eksekutif dan CFO pada 1 Julai 2022.

Pernyataan pendek 

Pengumuman ini merupakan tanggungjawab para pengarah. Maklumat dalam pengumuman pendek ini yang merangkumi maklumat kewangan berdasarkan jangkaan adalah tidak diaudit dan dilaporkan oleh juruaudit luar Sasol Limited. Angka kewangan dalam pengumuman ini telah diambil dengan tepat daripada penyata kewangan teraudit. Penyata kewangan teraudit ini telah diaudit oleh juruaudit Kumpulan ini iaitu PwC yang menyatakan pendapat yang tidak diubah suai. Masalah utama audit yang berkaitan dengan "Penilaian penurunan nilai hartanah, kilang dan peralatan serta pelaburan dalam anak syarikat" dibincangkan dalam laporan juruaudit bebas oleh PwC. Pengumuman ini tidak termasuk maklumat yang diperlukan menurut perenggan 16A(j) 'Pelaporan Kewangan Interim' IAS 34. Ia hanya ringkasan maklumat yang terkandung dalam pengumuman penuh dan tidak mengandungi butiran penuh atau lengkap. Sebarang keputusan pelaburan juga perlu mengambil kira maklumat yang terkandung dalam pengumuman penuh yang diterbitkan pada SENS bertarikh 16 Ogos 2021 melalui pautan JSE. Pengumuman penuh dan penyata kewangan teraudit bagi FY21 yang merangkumi laporan juruaudit boleh didapati di laman web Syarikat di https://www.sasol.com/investor-centre/financial-reporting/annual-integrated-reporting-set.

Hari Pasaran Modal 

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sasol, Fleetwood Grobler bersama-sama dengan pasukan kepemimpinan eksekutifnya akan menganjurkan Hari Pasaran Modal secara maya termasuk sesi Soal Jawab pada hari Rabu, 22 September 2021 jam 12:00 (waktu SA).

Sila sertai kami dalam Hari Pasaran Modal 2021 kami secara maya yang menyediakan maklumat terkini tentang strategi dan matlamat kelestarian jangka panjang Sasol serta rancangan peralihan kami hingga tahun 2050.

Butiran agenda dan penyertaan akan menyusul apabila acara tersebut hampir tiba. Sila kemukakan sebarang pertanyaan kepada: investor.relations@sasol.com atau hubungi +27 10 344 9280.

Nota kepada Editor:

Pembentangan yang telah direkodkan terlebih dahulu boleh didapati pada pautan berikut: 

https://www.corpcam.com/Sasol16082021 

Pautan JSE ialah seperti berikut: https://senspdf.jse.co.za/documents/2021/JSE/ISSE/SOL/FY21Result.pdf

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Ketua Pegawai Kewangan akan menganjurkan panggilan persidangan melalui siaran web pada hari Isnin, 16 Ogos 2021, jam 15:00 (waktu SA) untuk membincangkan penyata kewangan tersebut dan memberi maklumat terkini tentang perniagaan.

Pautan panggilan persidangan secara langsung:

https://www.corpcam.com/Sasol16082021Q 

Butiran panggilan persidangan: 




Isnin, 16 Ogos 2021 

Masa 



Afrika Selatan 

15:00



United Kingdom 

13:00



Amerika Syarikat (ET) 

08:00







Dikeluarkan oleh: 

Matebello Motloung
Pengurus: Perhubungan Media Kumpulan
Telefon: +27 (0) 10 344 9256
Mudah Alih: +27 (0) 82 773 9457
matebello.motloung@sasol.com

Alex Anderson
Pengurus Kanan: Komunikasi Luaran Kumpulan
Telefon: +27 (0) 10 344 6509
Mudah Alih: +27 (0) 71 600 9605
alex.anderson@sasol.com 

Source: Sasol Limited
Related Stocks:
NYSE:SSL
Keywords: Chemical Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Earnings