omniture

MedAlliance Mengumumkan Pendaftaran Pesakit Pertama dalam Kajian Kebolehlaksanaan Disfungsi Erektil dengan Belon Elusi Berubat Sirolimus

MedAlliance
2021-08-19 16:28 19

NYON, Switzerland, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- MedAlliance telah mengumumkan pendaftaran pesakit pertama dalam kajian kebolehlaksanaan disfungsi erektil (ED) dengan belon elusi berubat sirolimusnya [DEB]. Ia dijalankan di University of Rom Tor Vergata, Itali di bawah seliaan Penyelidik Utama kajian ini iaitu Giuseppe Sangiorgi, Profesor Patologi Intervensi Kardiovaskular.

Selution_MedAlliance
Selution_MedAlliance

Tujuan kajian ini ialah untuk menilai kebolehlaksanaan dan keselamatan angioplasti dengan belon elusi sirolimus pada pesakit yang menghidap penyakit ED dan pudendal dalaman distal dan/atau penyakit stenotik arteri penis menggunakan angioplasti 'Plain Old Balloon' (POB) sebagai pembanding. Sejumlah 10 orang pesakit akan didaftarkan untuk kajian kebolehlaksanaan yang kejayaan daripada hasil ini akan membawa kepada kajian ED yang lebih besar yang melibatkan lebih kurang 50 orang pesakit.

"Kami sangat teruja dengan potensi hasil kajian ini," kata Prof. Sangiorgi. "Terdapat sebahagian besar pesakit ED yang tidak bertindak balas terhadap terapi ubat-ubatan konvensional dan kajian awal telah mencadangkan bahawa belon elusi berubat boleh memberikan penyelesaian. Belon yang digunakan dalam kajian ini, menyediakan pelepasan sirolimus yang perlahan yang mungkin sangat sesuai." 

Dianggarkan bahawa 300 juta orang lelaki di seluruh dunia menghidap ED pada tahun 2020, suatu angka yang diunjurkan akan meningkat kepada 322 juta orang menjelang tahun 2025. Hampir 30% daripada golongan ini berusia antara 40 hingga 70 tahun. Punca ED yang paling biasa ialah penyakit vaskular. 70% daripada punca-punca ED yang berkaitan dengan fizikal ialah disebabkan oleh kurangnya peredaran darah ke penis. PDE5i (contohnya Viagra, Cialis) ialah jenis ubat yang paling lazim digunakan untuk merawat ED namun setinggi 50% daripada mereka yang dirawat mengalami tindak balas suboptimum. Terapi alternatif yang berpotensi untuk pesakit ini ialah dengan merawat arteri pudendal dan/atau penis melalui pendekatan perkutaneus menggunakan stent koronari atau belon PTCA. Penyakit oklusif aterosklerotik arteri penis pudendal ilio yang membabitkan kekurangan arteri ke penis telah dilaporkan menjejaskan hingga 75% pesakit yang menghidap ED.

"Ini merupakan kajian yang sangat menarik bagi kami kerana kami percaya ia akan menunjukkan potensi DEB sirolimus kami untuk membantu sebilangan besar penderita ED yang tidak responsif terhadap terapi lain," kata Jeffrey B. Jump, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MedAlliance. 

Teknologi DEB Med Alliance melibatkan MicroReservoirs yang unik yang diperbuat daripada polimer biodegradasi yang dicampurkan dengan ubat sirolimus antirestenotik. MicroReservoirs menyediakan pelepasan ubat yang terkawal dan berterusan hingga 90 hari1. Pelepasan sirolimus yang dilanjutkan daripada stent telah terbukti sangat berkesan pada kedua-dua vaskulatur koronari dan periferal. CAT™ (Cell Adherent Technology) proprietari MedAlliance membolehkan MicroReservoirs disalut pada belon dan mematuhi lumen salur darah apabila dihantar melalui belon angioplasti.

Sirolimus DEB Med Alliance yang dikenali sebagai SELUTION SLR™, telah diberi Kelulusan Tanda CE untuk rawatan penyakit arteri periferal pada bulan Februari 2020 dan untuk rawatan penyakit arteri koronari pada bulan Mei 2020.  Ia kini tersedia di Eropah dan di semua negara lain yang mengiktiraf Tanda CE.  SELUTION SLR tidak dilesenkan untuk rawatan ED pada masa ini.

Hubungan Media:
Richard Kenyon
rkenyon@medalliance.com
+44 7831 569940

Tentang MedAlliance 

MedAlliance ialah sebuah syarikat teknologi perubatan milik persendirian. Ia beribu pejabat di Nyon, Switzerland dan mempunyai pejabat di Jerman, Singapura, UK dan AS. MedAlliance mengkhusus dalam pembangunan teknologi terkini dan pengkomersialan kombinasi produk peralatan dan ubat-ubatan canggih untuk rawatan penyakit arteri koronari dan periferal. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.medalliance.com

1. Drug concentration evident in MicroReservoirs and tissue – Data pada fail M.A. Med Alliance SA

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1196864/MedAlliance_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1597150/selution_medalliance.jpg?p=medium600

Source: MedAlliance
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries