omniture

Edisi Kelima Indeks CBI Meletakkan Kedua-Dua Dominica serta Saint Kitts dan Nevis sebagai Negara Kewarganegaraan Melalui Pelaburan Yang Terbaik

CBI Index
2021-08-19 16:47 23

LONDON, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 18 Ogos, majalah Professional Wealth Management (PWM) iaitu sebuah penerbitan daripada Financial Times telah mengeluarkan edisi kelima laporan tahunannya: "Panduan untuk Kewarganegaraan Global: Indeks CBI 2021." Kajian ini menilai semua program kewarganegaraan melalui pelaburan (CBI) yang aktif di seluruh dunia menggunakan sembilan teras yang dianggap sebagai keutamaan tertinggi bagi para pelabur yang ingin memohon program sedemikian. Teras-teras ini ialah Kebebasan Pergerakan, Taraf Kehidupan, Perbelanjaan Pelaburan Minimum, Perjalanan atau Kediaman Wajib, Garis Masa Kewarganegaraan, Kemudahan Pemprosesan, Penilaian Wajar, Keluarga dan Kepastian Produk.

2021 CBI Index – A Guide to Global Citizenship
2021 CBI Index – A Guide to Global Citizenship

Dalam laporan tahunan edisi tahun ini, kedua-dua negara iaitu Komanwel Dominica dan Persekutuan Saint Kitts dan Nevis berkongsi kedudukan teratas sebagai negara yang mempunyai program CBI terbaik. Bagi Dominica, 2021 menandakan tahun kelima berturut-turut bagi kepulauan itu dinobatkan sebagai negara dengan tawaran terbaik untuk kewarganegaraan kedua. Walau bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Saint Kitts dan Nevis menduduki tempat teratas itu.

Kedua-dua negara telah menerima skor penuh kerana tiada syarat perjalanan atau kediaman wajib untuk pemohon, yang disertai dengan proses, prosedur penilaian wajar dan struktur mesra keluarga mereka yang mudah. Di samping itu, Dominica menerima skor penuh dalam teras Perbelanjaan Pelaburan Minimum dan Kepastian Produk sementara Saint Kitts dan Nevis merupakan satu-satunya negara yang menerima markah tertinggi dalam teras Garis Masa Kewarganegaraan bagi tahun kedua berturut-turut. Ini disebabkan oleh Proses Permohonan Dipercepat negara itu yang memberikan kewarganegaraan kepada pemohon yang berjaya dalam masa 60 hari. Namun begitu dalam sesetengah kes, AAP boleh mengambil masa sekurang-kurangnya 45 hari.

Negara-negara dari Caribbean sekali lagi mengambil lima tempat teratas dalam laporan tahun 2021 ini, iaitu Grenada, Saint Lucia dan Antigua dan Barbuda yang berada di bawah Dominica serta Saint Kitts dan Nevis. Dengan pengalaman selama beberapa dekad dalam industri yang dikongsi antara lima buah negara ini, Program CBI di rantau itu berkembang dengan pantas untuk memenuhi perubahan keutamaan pelabur semasa pandemik COVID-19 ini. Perubahan ini termasuklah pengurangan masa terhad pada ambang pelaburan seperti yang ditunjukkan di Saint Lucia serta Saint Kitts dan Nevis serta memperluas penyertaan keluarga dengan membolehkan tanggungan tambahan dimasukkan dalam permohonan.

Secara keseluruhan, industri CBI telah menyaksikan beberapa perubahan sepanjang tahun lalu, dengan negara-negara baharu seperti Mesir memasuki industri itu, sementara Cyprus memansuhkan programnya yang telah lama dijalankan. Permintaan untuk program CBI pada tahun 2021 menyaksikan peningkatan minat terhadapnya apabila lebih ramai pelabur di luar pasaran tradisional mula mencari penyelesaian yang sah terhadap sekatan yang disebabkan oleh pandemik tersebut.

Yuri Bender, Ketua Editor PWM mengulas: "Kedua-dua bank swasta dan firma undang-undang melaporkan peningkatan minat dalam kalangan pelanggan yang mencari kewarganegaraan dan pasport baharu sejak bermulanya pandemik ini. Kata pengulas, para pelabur yang kaya hanya mula menghargai mobiliti apabila ia ditarik secara tiba-tiba disebabkan oleh COVID."

Industri ini disesuaikan untuk memenuhi keperluan demografi yang semakin meningkat ini: "Trend adalah merangkumi penyertaan keluarga, penekanan yang berterusan terhadap penilaian wajar dan peningkatan pengawasan projek harta tanah yang tersedia untuk pelaburan di bawah Program CBI tertentu," menurut laporan itu.

Klik di sini untuk memuat turun laporan penuh.

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1597161/cbi_index_infographic.jpg?p=medium600

Hubungi: 
info@cbiindex.com 
www.cbiindex.com

 

Source: CBI Index
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Travel Survey, Polls & Research Legal Services