omniture

Just Eat Takeaway.com dan Adyen bekerjasama untuk mengeluarkan kad bagi program perbelanjaan korporat

Adyen Inc.
2021-08-19 18:51 20

AMSTERDAM, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS:ADYEN) , platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Just Eat Takeaway.com, sebuah pasaran penghantaran makanan dalam talian global yang terkemuka, akan melaksanakan penyelesaian pengeluaran kadnya dalam bentuk Kad Takeaway Pay. Penyelesaian Adyen membolehkan Just Eat Takeaway.com untuk mengeluarkan kad prabayar kepada para pekerja bagi perbelanjaan makanan. 

Walaupun Takeaway Pay telah membolehkan pelanggan korporat membeli daripada tawaran meluas restoran dalam talian, para pekerja kini boleh menggunakan Kad Takeaway Pay di luar talian untuk membelanjakan peruntukan makanan mereka bagi perjalanan yang sibuk, lawatan perniagaan atau makan tengah hari pasukan di luar yang biasa, tanpa perlu menghantar laporan perbelanjaan. Bagi pusingan pertama pelaksanaan ini, kad tersebut akan dilancarkan untuk para pekerja Just Eat Takeaway.com di Eropah. Produk ini juga tersedia untuk pelanggan korporat Just Eat Takeaway.com di Belanda, Jerman dan Poland serta seterusnya di lebih banyak negara tidak lama lagi dan boleh digunakan di kedai makanan dan minuman tersenarai yang menerima Maestro dan Mastercard.

Adyen Issuing menyediakan penyelesaian pengurusan perbelanjaan yang mengendalikan proses serba lengkap dalam satu platform yang membolehkan fleksibiliti yang lebih besar dalam penggunaan kad dan pengesahan pembayaran masa nyata. Adyen boleh menyediakan kad maya dan fizikal kepada para pedagangnya supaya perniagaan mempunyai lebih kawalan dan kebolehkesanan aliran tunai kepada pembekal dan juga daripada pekerja. 

"Disebabkan Adyen Issuing, pekerja boleh membeli-belah di ratusan ribu restoran dan kedai di luar talian — tiada laporan perbelanjaan diperlukan. Tidak kira sama ada pekerja berada di rumah, di mana-mana sahaja atau makan di restoran, Takeaway Pay merupakan faedah yang memberikan para pekerja dengan manfaat makanan yang paling menyeluruh," kata Imad Qutob, Pengarah Kanan Penyelesaian Korporat Just Eat Takeaway.com.

"Kami teruja apabila melihat lebih banyak kes penggunaan penyelesaian pengeluaran kami ini dilaksanakan," kata Kamran Zaki, Ketua Pegawai Operasi Adyen. "Bukan sahaja penyelesaian pengeluaran kami memudahkan pekerja Just Eat Takeaway.com dan pelanggannya untuk membeli-belah dan menjamu selera, malah pasukan HR mereka juga mendapat manfaat daripada gambaran keseluruhan yang segera dan telus tentang perbelanjaan para pekerja."

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur serba lengkap lagi moden dan dihubungkan terus kepada Visa, Mastercard serta kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat yang terletak di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L'Oréal. Kerjasama dengan Just Eat Takeaway.com seperti yang dijelaskan dalam kemas kini pedagang ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan baharu sejak sekian lama.

Tentang Just Eat Takeaway.com
Just Eat Takeaway.com (LSE: JET, AMS: TKWY, NASDAQ: GRUB) merupakan pasaran penghantaran makanan dalam talian global yang terkemuka di luar China. Beribu pejabat di Amsterdam, Syarikat ini memberikan tumpuan untuk menghubungkan pengguna dan restoran melalui platformnya. Dengan lebih 580,000 buah restoran terhubung, Just Eat Takeaway.com menawarkan pelbagai pilihan makanan kepada para pengguna. Just Eat Takeaway.com terutamanya bekerjasama dengan restoran penghantaran. Di samping itu, Just Eat Takeaway.com menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada restoran proprietarinya untuk restoran yang tidak memberikan khidmat penghantaran sendiri.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: Adyen Inc.
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN EuronextAmsterdam:TKWY LSE:JET NASDAQ:GRUB OTC:ADYEY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology