omniture

Selling Simplified Menduduki Senarai Inc. 5000 Tahun Keenam Berturut-turut

Selling Simplified Group, Inc
2021-08-19 19:12 25

SSG memperoleh kedudukan ke-4187 dalam senarai berprestij berkenaan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 70% sepanjang tiga tahun.

DENVER, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Selling Simplified Group, Inc. (SSG) telah dinobatkan sebagai Syarikat Swasta yang Paling Pesat Berkembang di Amerika dalam senarai Inc. 5000 2021 pada 17 Ogos. Ini menandakan tahun keenam berturut-turut SSG menerima pengiktirafan tersebut yang menurut Inc., senarai tersebut direka demi memberikan "pemahaman yang lebih mendalam dan lebih bernilai berkenaan landskap keusahawanan" kepada para pembaca. SSG, peneraju penjanaan permintaan B2B global yang memberi tumpuan dalam menyampaikan penyelesaian Teknologi Pemasaran yang dipacu data secara menyeluruh, menduduki tempat ke-4,187 dalam senarai tersebut.

Selling Simplified Group, Inc. (SSG) ranked 4,187 on Inc. 5000 list recognizing America's fastest-growing private companies.
Selling Simplified Group, Inc. (SSG) ranked 4,187 on Inc. 5000 list recognizing America's fastest-growing private companies.

"Pertumbuhan sebanyak 70% sepanjang tiga tahun yang lalu merupakan bukti kesungguhan para pekerja kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, Michael Whife. "Apabila saya melihat nama syarikat kami dalam senarai Inc. 5000, saya amat berbangga dengan pasukan kami atas wawasan dan semangat mereka. Saya berharap kita bersama-sama dapat mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun akan datang, serta membantu perniagaan meraih manfaat melalui pendekatan teknologi dan digital kami yang inovatif." 

Penunjuk pertumbuhan terkini bagi syarikat yang berpangkalan di Denver ini merangkumi peningkatan jualan tahun ke tahun sebanyak 180% pada Ogos 2021 dan pelantikan veteran B2B yang berpengalaman iaitu Thomas Koletas sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan dan Dan Juanillo sebagai Ketua Pegawai Kewangan. SSG turut menambah beberapa pejabat baharu di Auckland, Tokyo dan Oahu pada separuh pertama tahun 2021 dengan rancangan peluasan tambahan di Amerika Syarikat dan China sebelum akhir tahun ini. 

"Menduduki senarai Inc. 5000 merupakan suatu penghormatan yang besar. Pengiktirafan ini mengesahkan bahawa kami sedang melaksanakan sesuatu yang benar-benar istimewa—membantu perniagaan berkembang—dengan cara yang betul," kata Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, Jag Sidhu. "Saya mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali segala usaha gigih yang menjadikan pencapaian ini suatu kenyataan dan saya bersyukur atas satu lagi tahun pertumbuhan yang luar biasa sebagai sebuah perniagaan dan sebagai satu pasukan." 

Menurut laman web Inc., "Senarai berprestij bagi syarikat swasta yang paling berjaya di negara ini telah menjadi mercu tanda kejayaan keusahawanan dan menjadi wadah untuk jenama-jenama besar pada masa depan mula-mula mengukir nama mereka." Inc. menyenaraikan kedudukan syarikat mengikut pertumbuhan pendapatan keseluruhan sepanjang tempoh tiga tahun. 

Untuk melihat butiran mengenai kedudukan Selling Simplified serta para penerima anugerah yang lain dalam senarai tersebut, sila layari https://www.inc.com/inc5000/2021

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1596446/ssg_inc_5000.jpg?p=medium600  

Source: Selling Simplified Group, Inc
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Awards