omniture

Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan St Kitts dan Nevis Menduduki Tempat Terbaik mengikut Indeks CBI 2021

The Government of St Kitts and Nevis
2021-08-19 19:48 34

BASSETERRE, Saint Kitts dan Nevis, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Laporan tahunan yang dijalankan oleh penyelidik, James McKay, dan diterbitkan oleh majalah Professional Wealth Management milik Financial Times, telah mengiktiraf Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) Persekutuan Saint Kitts dan Nevis sebagai yang terbaik di dunia. Laporan tersebut yang dikenali sebagai CBI Index merupakan salah satu kaedah yang paling komprehensif dan boleh dipercayai dalam industri bagi membandingkan pelbagai program CBI di pasaran.

 

St Kitts and Nevis’ Citizenship by Investment Programme tops the CBI Index ranking for the first time since the report’s inception.
St Kitts and Nevis’ Citizenship by Investment Programme tops the CBI Index ranking for the first time since the report’s inception.

 

Buat pertama kalinya sejak laporan tersebut mula diterbitkan pada 2017, Program CBI Saint Kitts dan Nevis telah mendahului kedudukan setelah mendapat markah penuh dalam lima teras yang mencerminkan keutamaan pelabur, termasuk Perjalanan atau Mastautin Wajib, Garis Masa Kewarganegaraan, Kemudahan Pemprosesan, Usaha Wajar dan Keluarga. St Kitts dan Nevis mengekalkan markah terbaik dalam teras Perjalanan atau Mastautin Wajib kerana ia tidak mewajibkan pemohon memenuhi syarat perjalanan atau mastautin sebelum atau selepas memohon untuk menjadi rakyat negara berkenaan. St Kitts dan Nevis juga mendapat markah tertinggi bagi Garis Masa Kewarganegaraan dalam semua bidang kuasa CBI kerana ia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai proses laluan pantas yang terjamin.

Laporan ini menekankan: "St Kitts dan Nevis sekali lagi mendahului teras Garis Masa Kewarganegaraan disebabkan oleh Proses Permohonan Dipercepat, yang menawarkan kewarganegaraan kepada para pemohon yang layak dalam tempoh maksimum 60 hari dan dalam keadaan tertentu, mengambil masa 45 hari sahaja. Bagi para pemohon yang tidak mahu membayar yuran, permohonan kewarganegaraan St Kitts dan Nevis yang biasa menawarkan tempoh pemprosesan purata selama tiga bulan."

Negara ini juga diberikan markah penuh dalam teras Kemudahan Pemprosesan dan Usaha Wajar. St Kitts dan Nevis telah mendapat markah maksimum untuk prosedur usaha wajarnya selama lima tahun berturut-turut. Akhir sekali, Saint Kitts dan Nevis memperoleh markah penuh dalam teras Keluarga yang diperkenalkan dalam edisi tahun lalu. Pencapaian ini terhasil selepas negara tersebut memperluas takrifan 'tanggungan' yang merangkumi adik-beradik yang berumur 30 tahun ke bawah, belum berkahwin, tidak mempunyai anak, dan masih di bawah tanggungjawab pemohon utama dari segi kewangan.

Perdana Menteri Timothy Harris memuji pencapaian ini, "Sebagai perintis program kewarganegaraan melalui pelaburan, Saint Kitts dan Nevis telah sekian lama menjadi peneraju industri dalam bidang CBI dan kami amat berbesar hati kerana hal ini ditonjolkan dalam laporan yang mendapat pengiktirafan tinggi."

"Program CBI St Kitts dan Nevis merupakan salah satu pilihan tertua dalam pasaran dan telah bertahan sekian lama, sentiasa membuat pembaharuan demi memenuhi keperluan para pelabur yang berubah-ubah - terutamanya sepanjang tahun lalu," kata Les Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit CBI. "Kedudukan program dalam laporan tersebut menjadi bukti keyakinan para pelabur yang sentiasa terus memilih negara kami."

Indeks CBI 2021 juga menyatakan bahawa Saint Kitts dan Nevis ialah negara CBI Caribbean yang menawarkan perjalanan tanpa visa dan visa semasa ketibaan yang paling meluas. Mereka yang menjadi warganegara memperoleh manfaat kebebasan perjalanan yang lebih baik ke hampir 160 destinasi di seluruh dunia, bilangan ini akan terus meningkat hasil usaha Menteri Luar, Mark Brantley.

Para pelabur juga boleh memanfaatkan tawaran masa terhad yang diumumkan pada tahun lalu dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 kerana popularitinya yang semakin meningkat. Menerusi tawaran tersebut, keluarga yang terdiri sehingga empat orang boleh memperoleh kewarganegaraan dengan hanya menyumbang AS$150,000 kepada Dana Pertumbuhan Lestari Program ini, dan bukannya sumbangan AS$195,000 yang sebelum ini dikenakan kepada keluarga yang biasanya yang terdiri daripada empat orang.

ciuunitskn@gmail.com , www.ciu.gov.kn

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1597315/cs_global_st_kitts.jpg?p=medium600

 

 

Source: The Government of St Kitts and Nevis
Keywords: Banking/Financial Service Travel Awards New products/services Survey, Polls & Research Legal Services