omniture

Moonbug Entertainment Meningkatkan Jangkauan CoComelon di Seluruh China Melalui Kerjasama yang Diperluas dengan Tencent Video

Moonbug
2021-08-23 06:30 44

Kini Lima IP Popular Moonbug Tersedia di Platform Video Terkemuka di China

LONDON, 23 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Moonbug Entertainment Ltd., hari ini mengumumkan perluasan berterusannya dengan Tencent yang membawa siri prasekolah YouTube kanak-kanak global CoComelon ke Tencent Video yang merupakan platform penstriman terbesar di China. 180 episod siri animasi 3D pendidikan dan permainan itu kini tersedia dalam bahasa Inggeris dan juga Mandarin kepada lebih 900 juta pengguna di China.

CoComelon
CoComelon

"Pengembangan global yang berterusan bagi jenama kanak-kanak kami merupakan misi kami di Moonbug dan ini menandakan kerjasama strategik kedua kami dengan platform video atas permintaan terkemuka, Tencent Video," kata Nicolas Eglau, Pengarah Urusan EMEA & APAC, Moonbug. "China ialah pasaran yang penting bagi kami dan penambahan IP kami yang paling berjaya ke dalam tawaran kandungan Tencent menjadi bukti besar terhadap matlamat global kami bagi jenama ini."

Sebagai saluran YouTube kedua terbesar di dunia yang menjana lebih 2.6 bilion tontonan bulanan, CoComelon mengajar kanak-kanak melakukan aktiviti harian dan menampilkan model peranan tingkah laku positif. Kanak-kanak boleh mengaitkan tema universal dan kebiasaan harian dengan mudah seperti memakan sayur-sayuran, belajar untuk mengikat tali kasut dan bersiap sedia untuk tidur. Dengan warna yang terang dan berani serta lagu dan puisi kanak-kanak yang ceria, CoComelon menarik minat kanak-kanak untuk menyanyi dan menari bersama-sama dengan Baby JJ dan adik-beradiknya sambil mereka belajar tentang huruf, nombor, bunyi haiwan, warna dan banyak lagi. 

Moonbug pada awalnya bekerjasama dengan Tencent dalam bulan September 2020 untuk menjadikan empat daripada IP terkemuka Moonbug iaitu Go Buster, Playtime with Twinkle, The Sharksons dan KiiYii tersedia kepada pengguna platform tersebut. 

Tentang Moonbug Entertainment
Moonbug Entertainment ialah sebuah syarikat hiburan global yang memenangi anugerah yang menghasilkan beberapa program kanak-kanak yang paling popular di dunia. Barisan program kanak-kanak Moonbugs merangkumi sensasi global CoComelon, Blippi, Little Baby Bum, My Magic Pet Morphle, Supa Strikas, Go Buster, Playtime with Twinkle, Gecko's Garage, ARPO dan banyak lagi yang tersedia dalam 27 bahasa.

Dalam tempoh hanya tiga tahun, ia telah menjadi sebuah syarikat pemprograman kanak-kanak yang besar dengan pustaka yang mengandungi lebih 550 jam kandungan dan diedarkan pada lebih 100 buah platform di seluruh dunia termasuk YouTube, Netflix, Hulu, Amazon Prime Video, Sky, Tencent, Youku dan Roku. Pada bulan Mei 2020, Tubular Labs telah menamakan Moonbug sebagai salah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak digital terkemuka di dunia berdasarkan jumlah minit yang ditonton di seluruh dunia.

Tentang Tencent Video
Tencent Video ialah platform penstriman video dalam talian terkemuka di China. Dengan pustaka kandungan yang luas bagi siri drama, filem, rancangan hiburan aneka ragam, animasi, sukan, dokumentari, berita dan banyak lagi, Video Tencent memberikan pengalaman hiburan yang terbaik kepada penonton di pelbagai platform dan peranti.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1599121/moonbug_cocomelon_storyart__1.jpg?p=medium600

 

 

Source: Moonbug
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Social Media Television Contracts