SHANGHAI, 23 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- JW Therapeutics (HKEx: 2126), syarikat bioteknologi inovatif yang memberi tumpuan terhadap membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan imunoterapi sel, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki satu kerjasama strategik dengan MediTrust Health. Memanfaatkan kelebihan perniagaan masing-masing, kedua-dua pihak merancang untuk mengukuhkan kerjasama dalam polisi insuran perubatan dan insuran kesihatan tambahan, untuk meringankan beban bayaran pesakit dan meningkatkan kebolehcapaian terapi CAR-T melalui polisi insuran komersial swasta.
Sementara itu, kedua-dua pihak telah bersama-sama mengadakan seminar mengenai "Menubuhkan Sistem Insurans Perubatan Pelbagai Peringkat untuk Terapi CAR-T" dan melakukan perbincangan mendalam mengenai topik-topik seperti bagaimana menubuhkan sistem insurans penjagaan kesihatan swasta pelbagai peringkat dan sistem pembayaran yang inovatif.
Latar Belakang JW Therapeutics
JW Therapeutics (HKEx: 2126) ialah syarikat bioteknologi inovatif yang memberi tumpuan terhadap membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan imunoterapi sel. Diasaskan bersama oleh Juno Therapeutics (syarikat Bristol Myers Squibb) dan WuXi AppTec dalam tahun 2016, JW Therapeutics komited untuk menjadi pemimpin inovatif dalam imunoterapi sel. Syarikat ini telah membina platform bertaraf dunia utama bagi pembangunan teknologi dan produk dalam imunoterapi sel, dan barisan produk yang berpotensi besar yang meliputi kemaglinan hematologi dan tumor pepejal, yang memberikan harapan untuk sembuh kepada pesakit Cina dan global, dan untuk memimpin pembangunan yang sihat dan sekata dalam industri imunoterapi sel China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.jwtherapeutics.com.
Kenyataan pandang ke hadapan
Kenyataan pandang ke hadapan yang berdasarkan kepada jangkaan dan kepercayaan semasa pengurusan dan adalah tertakluk kepada sejumlah risiko, ketidaktentuan dan andaian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang diterangkan. Semua kenyataan, selain daripada kenyataan fakta sejarah, adalah kenyataan yang dapat dianggap sebagai kenyataan pandang ke hadapan, yang termasuk unjuran pendapatan, margin operasi, perbelanjaan modal, tunai, metriks kewangan lain, jangkaan keputusan atau amalan perundangan, timbang tara, politik, kawal selia atau klinikal, corak atau amalan pelanggan dan penyedia, aktiviti dan hasil pembayaran balik dan anggaran dan keputusan lain sepertinya. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang ketara, termasuk yang dibincangkan di bawah dan dijelaskan dengan lebih lengkap dalam laporan Stock Exchange of Hong Kong Limited (HKEx) yang difailkan oleh Syarikat. Kecuali dinyatakan sebaliknya, Syarikat menyediakan maklumat ini setakat tarikh ia diumumkan, dan dengan zahirnya menolak sebarang kewajipan untuk mengemaskini maklumat yang terkandung dalam terbitan dan maklumat yang berkaitan.
Tiada kenyataan pandang ke hadapan yang dapat dijamin dan keputusan sebenar mungkin sangat berbeza daripada yang kami unjurkan. Penemuan atau pengenalpastian calon produk baharu atau pembangunan petunjuk baharu bagi produk sedia ada tidak dapat dijamin dan pergerakan dari konsep ke produk tidak dapat dipastikan; akibatnya, tiada sebarang jaminan bahawa sebarang calon produk tertentu atau pembangunan petunjuk baharu bagi produk sedia ada akan berjaya dan menjadi produk komersial. Selanjutnya, keputusan pra-klinikal tidak menjamin prestasi calon produk yang selamat dan berkesan pada manusia. Kerumitan tubuh manusia tidak dapat dimodelkan dengan sempurna, atau kadang-kadang, mahupun secukupnya oleh sistem komputer atau kultur sel atau model haiwan. Tempoh masa yang diambil oleh kami untuk melengkapkan ujian klinikal dan memperoleh kelulusan kawal selia untuk pemasaran produk di masa lalu adalah pelbagai dan kami mengharapkan keragaman yang serupa di masa akan datang. Kami membangunkan calon produk secara dalaman dan melalui kolaborasi, perkongsian dan usaha sama pelesenan. Calon produk yang diperoleh daripada hubungan sedemikian mungkin tertakluk kepada pertikaian antara pihak-pihak atau mungkin terbukti sebagai tidak seberkesan atau seselamat seperti yang kami percayai sewaktu menjalinkan hubungan tersebut. Juga, kami atau pihak lain dapat mengenalpasti masalah keselamatan, kesan sampingan atau pengeluaran produk kami setelah mereka berada di pasaran. Perniagaan kami mungkin dipengaruhi oleh siasatan kerajaan, tuntutan litigasi dan liabiliti produk, dan risiko pematuhan tertentu, bahkan sekatan daripada aktiviti pasaran yang boleh dipertikaikan. Kami bergantung kepada pihak ketiga untuk sebahagian besar kapasiti pengeluaran kami untuk pembekalan produk semasa dan masa hadapan tertentu dan had pembekalan mungkin mengekang jualan produk semasa dan pembangunan calon produk tertentu.
Di samping itu, jualan produk kami dipengaruhi oleh polisi pembayaran balik yang dikenakan oleh pembayar pihak ketiga, termasuk kerajaan, pelan insurans swasta dan penyedia penjagaan terurus dan mungkin dipengaruhi oleh pembangunan kawal selia, klinikal dan garis panduan dan trend domestik dan antarabangsa terhadap penjagaan terurus dan pembendungan kos penjagaan kesihatan serta perundangan yang mempengaruhi harga dan pembayaran balik farmaseutikal. Peraturan kerajaan dan pihak lain dan polisi pembayaran balik mungkin mempengaruhi pembangunan, penggunaan dan harga produk kami. Sebagai tambahan, kami bersaing dengan syarikat-syarikat lain dalam beberapa produk yang telah kami pasarkan serta untuk penemuan dan pembangunan produk baharu. Kami percaya bahawa beberapa produk terbaharu, calon produk atau petunjuk baharu untuk produk sedia ada kami, mungkin berhadapan persaingan apabila dan semasa mereka diluluskan dan dipasarkan. Produk kami mungkin bersaing dengan produk-produk yang mempunyai harga yang mempunyai harga yang lebih murah, pembayaran balik yang mantap, prestasi yang unggul, dan lebih mudah untuk diberikan, atau yang bersaing dengan produk kami dengan cara lain. Di samping itu, meskipun kami secara rutin memperoleh hak paten untuk produk dan teknologi kami, perlindungan yang ditawarkan oleh paten dan aplikasi paten kami mungkin dicabar, dibatalkan atau dipintas oleh pesaing kami dan tiada jaminan pada kemampuan kami untuk memperoleh atau mengekalkan perlindungan paten untuk produk atau calon produk kami. Kami tidak dapat menjamin bahawa kami akan dapat menghasilkan produk yang berjaya secara komersial atau mengekalkan kejayaan komersial produk sedia ada kami. Harga saham kami mungkin dipengaruhi oleh peluang sebenar atau anggapan pasaran, kedudukan kompetitif, dan kejayaan atau kegagalan produk atau calon produk kami. Selanjutnya, penemuan masalah yang signifikan dengan produk yang serupa dengan salah satu daripada produk kami yang membabitkan keseluruhan kelas produk mungkin memberi kesan buruk kepada jualan produk yang terjejas dan kepada perniagaan dan hasil operasi kami. Usaha kami untuk menggabungkan operasi syarikat-syarikat yang telah kami perolehi mungkin tidak berjaya. Kami mungkin mengalami kesukaran, kelewatan atau kos yang tidak dijangka dan tidak dapat mencapai faedah dan penjimatan yang diharapkan daripada pelan penstrukturan semula berterusan kami. Prestasi perniagaan kami mungkin mempengaruhi atau membatasi keupayaan lembaga pengarah kami untuk mengumumkan dividen atau kemampuan untuk membayar dividen atau pembelian semula saham kami.
Kenyataan Berjaga-jaga yang diperlukan oleh Peraturan 18A.05 Peraturan Pentadbiran Penyenaraian Sekuriti Stock Exchange of Hong Kong Limited: JW Therapeutics tidak dapat menjamin bahawa ia akan dapat membangunkan, atau akhirnya memasarkan Relmacabtagene autoleucel ("relma-cel") dengan berjaya. Pemegang saham dan pelabur berpotensi JW Therapeutics dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berurusan dengan saham JW Therapeutics.