omniture

Sekiranya Anda Cedera Disebabkan Beg Udara Takata yang Tidak Berfungsi, Anda Masih Layak Menerima Pampasan Melalui Proses Tuntutan 'Special Master' Dan Pemegang Amanah Untuk Kecederaan Peribadi atau Kematian Salah.

Takata Special Master/Trustee
2021-08-23 21:01 81

BOSTON, 23 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pernyataan berikut dikeluarkan oleh Profesor Eric D. Green, 'Special Master' (Tetuan Khas) bagi Dana Restitusi Individu Beg Udara Takata Jabatan Kehakiman dan Pemegang Amanah Dana Amanah Pampasan Tort yang Diwujudkan dalam Kes Kebankrapan Takata.

Tuntutan Kerosakan Beg Udara Takata 

Profesor Eric D. Green, sebagai 'Special Master' dan Pemegang Amanah telah mengumumkan program pampasan pada bulan Mei 2018 untuk individu yang telah atau akan mengalami kecederaan peribadi atau kematian salah yang disebabkan oleh inflator beg udara ammonium nitrat yang dalam keadaan stabil, telah pecah atau berlaku pengembangan agresif ("Kerosakan Inflator Beg Udara Takata").  Di bawah program tersebut, pihak menuntut boleh mendapatkan pampasan daripada Dana Restitusi Individu ("IRF") Jabatan Kehakiman yang bernilai $125 juta dan/atau Dana Amanah Pampasan Tort Beg Udara Takata ("TATCTF") yang bernilai kira-kira $140 juta. Proses tuntutan sedang dijalankan dan pihak menuntut yang layak masih mempunyai masa untuk bertindak.

Terdapat tiga jenis tuntutan yang boleh dilakukan oleh individu yang mengalami kecederaan atau kematian salah akibat Kerosakan Inflator Beg Udara Takata: (i) "Tuntutan IRF" terhadap Takata untuk pampasan daripada IRF, dana restitusi bagi kecederaan peribadi dan kematian yang diuruskan oleh 'Special Master' dan ditubuhkan di bawah Perintah Restitusi yang dibuat oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Timur Michigan berhubung dengan kes jenayah Jabatan Kehakiman terhadap Takata, A.S. v. Takata Corporation, No. Kes 16-cr-20810 (E.D. Mich.); (ii) "Tuntutan Amanah" terhadap Tata untuk pampasan daripada TATCTF, dana amanah bagi kecederaan peribadi dan kematian salah yang diuruskan oleh Pemegang Amanah dan ditubuhkan berhubung dengan Pelan Penyusunan Semula Bab 11 Takata di Mahkamah Kebankrapan untuk Daerah Delaware dan (iii) "Tuntutan POEM" terhadap Pengilang Peralatan Asal yang Terlibat ("POEM;" pada masa ini, satu-satunya POEM ialah Honda/Acura) untuk pampasan daripada POEM, yang mesti diselesaikan melalui TATCTF yang diuruskan oleh Pemegang Amanah.   

Setiap satu daripada tiga jenis tuntutan ini mempunyai syarat kelayakan masing-masing; walau bagaimanapun, setiap jenis tuntutan hanya meliputi kecederaan fizikal dan kematian salah akibat Kerosakan Inflator Beg Udara Takata. Tuntutan yang berkaitan dengan kecederaan atau kematian salah akibat komponen beg udara yang lain -- seperti kegagalan beg udara untuk berkembang, pengembangan beg udara secara spontan, kecederaan kemalangan yang tidak berkaitan dengan inflator, atau kerugian ekonomi yang tidak berkaitan dengan kecederaan fizikal atau kematian -- adalah tidak diliputi oleh tiga jenis tuntutan ini seperti yang diterangkan di atas.

Individu boleh mengakses borang tuntutan yang mengandungi arahan terperinci tentang cara memfailkan tuntutan di laman web IRF, www.takataspecialmaster.com, atau di laman web TATCTF, www.TakataAirbagInjuryTrust.com.

Penyeliaan Proses Tuntutan dan Sumber untuk Maklumat Lanjut 

Profesor Green telah dilantik oleh Mahkamah Daerah untuk bertindak sebagai 'Special Master' yang menyelia Tuntutan IRF dan dilantik oleh Mahkamah Kebankrapan untuk bertindak sebagai Pemegang Amanah yang menyelia Tuntutan Amanah dan Tuntutan POEM.

Untuk maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh akhir pemfailan dan cara untuk memfailkan tuntutan, sila layari www.takataspecialmaster.com, www.TakataAirbagInjuryTrust.com, e-mel Questions@TakataAirbagInjuryTrust.com, atau hubungi kami di talian bebas tol (888) 215-9544.

 

Source: Takata Special Master/Trustee
Keywords: Banking/Financial Service Hispanic-oriented news Legal issues Public Interest