MOSCOW, 23 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 16 Ogos, keputusan Stevie Awards yang merupakan salah satu anugerah paling berprestij di dunia untuk mereka yang menyumbang kepada masyarakat, telah diumumkan. Dalam kategori "Kempen Pemasaran Tahun Ini – Bukan Berasaskan Keuntungan", pencipta pertandingan permainan "Rybakov School Award" (RSA) memperoleh anugerah Bronze Stevie. Ia merupakan pertandingan pendidikan pertama dalam format permainan: pelajar dan individu dewasa melengkapkan tugasan untuk mewujudkan komuniti, memperbaiki kualiti pendidikan sekolah dan membina kemahiran insaniah. Para juri menghargai format permainan pertandingan tersebut yang sesuai dengan pelbagai khalayak sasaran dan penyelesaian teknikal. Lebih 15,000 orang pekerja daripada 3,500 institusi di 29 buah negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Para juri menilai format permainan "pertandingan tanpa permohonan" ini. Untuk permainan ini, ia mengambil kira reka bentuk, sifat dan plot yang telah dibangunkan. Para peserta mengumpul kristal ketika menyelesaikan tugasan seperti membentuk pasukan, mengadakan lelongan amal atau mencari penaja. Format ini membolehkan lebih banyak penglibatan peserta dan mewujudkan kerjasama kumpulan yang terdiri daripada mereka yang berada di pihak bertentangan: ibu bapa dan guru, pelajar dan pihak pentadbiran. Permainan ini menekankan proses bermain sebagai kaedah pembelajaran, bukan sebagai pertandingan dengan keputusan.
Pakar juga memerhatikan penglibatan khalayak yang benar-benar berbeza - guru dan pengetua sekolah, kanak-kanak sekolah dan ibu bapa mereka, alumni dan rakan sekolah. Setiap pasukan perlu memainkan peranan kesemua golongan ini. Strategi komunikasi peraduan merangkumi kempen untuk setiap khalayak sasaran. Sebagai contoh, flash mob telah dilancarkan di TikTok dan Instagram untuk kanak-kanak sekolah.
Teknologi merupakan satu lagi ciri pertandingan yang dinilai. Peserta mendaftar dalam platform pesanan popular dan menerima tugasan serta kristal daripada bot sembang - lebih 10,000 siaran dengan tanda pagar pertandingan telah diterbitkan yang menyebabkan video para peserta di TikTok memperoleh 4.2 juta tontonan.
Juri Stevie Awards memuji: "Usaha hebat yang menyediakan akses kepada pendidikan kualitatif!"
Rybakov Foundation merupakan sebuah hab Rusia yang terdiri daripada gerakan sosial global EdHeroes yang bermatlamat untuk mengubah dunia melalui pendidikan. Kini, terdapat peluang bagi semua orang untuk menganjurkan pertandingan permainan seperti RSA di segenap pelosok dunia dengan menyertai EdHeroes Movement untuk mengubah masa depan pendidikan sekolah menjadi lebih baik.
Ekaterina Rybakova, Pengasas Bersama merangkap Presiden Rybakov Foundation: "Ia tidak dijangka, tetapi logik juga bagi projek pendidikan kami memenangi Stevie Awards dalam kategori Kempen Pemasaran Tahun Ini. Kini, projek-projek tidak cukup jika dicipta sekadar untuk menjadikan ia berguna, malah penting untuk ia kelihatan menarik perhatian, penglibatan dan kreatif. Dan supaya penyertaan tersebut selain memberi manfaat, ia juga menggembirakan emosi, menjalin persahabatan dan membina sahsiah semua peserta yang mengambil bahagian. Saya rasa ini trend baharu dalam sektor bukan berasaskan keuntungan. Dan saya gembira kerana usaha pasukan kami diiktiraf sebagai manifestasi yang kuat untuk trend ini."
The Rybakov Foundation ialah sebuah organisasi dermawan yang diasaskan oleh Ekaterina dan Igor Rybakov pada tahun 2015 untuk membangunkan pendidikan berorientasikan keluarga.
Sila hubungi: pr@rybakovfoundation.org
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1598921/rybakov_family_foundation_ekaterina.jpg?p=medium600