omniture

Excelra melancarkan versi GOSTAR yang diperbaharui, aplikasi hubungan aktiviti strukturnya dengan satu set ciri baharu yang inovatif untuk mempercepat kitaran penyelidikan ubat-ubatan

Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
2021-08-24 16:22 21

HYDERABAD, India, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Excelra, sebuah syarikat sains data dan analisis data global, hari ini melancarkan versi GOSTAR yang ditambah baik yang menjadi jentera pemahaman kimia utamanya. Penambahbaikan ini menawarkan keupayaan carian, analisis dan visualisasi canggih yang membolehkan para saintis penyelidikan ubat-ubatan mempercepat proses pengenalpastian dan pengoptimuman yang utama.

"Para penyelidik ubat-ubatan perlu memastikan bahawa mereka memperoleh pemandangan paling luas tentang data aktiviti struktur serta pada masa yang sama mampu mengkaji data yang paling bermakna dengan mendalam. Versi GOSTAR ini telah diperbaharui berdasarkan maklum balas pengguna yang banyak untuk menyediakan para penyelidik dengan antara muka yang intuitif dan mengurangkan masa ubat-ubatan baharu ke pasaran. Ia menggabungkan keupayaan analitik yang menghapuskan keperluan untuk menggunakan pelbagai peralatan bagi menilai sebatian sambil memberikan pemahaman secara langsung dalam aplikasinya. Hasilnya ialah suatu proses membuat keputusan yang pantas dan lebih yakin," kata Norman Azoulay, Pengarah, Produk Saintifik.

Keupayaan GOSTAR yang terkemuka dalam industri merangkumi:

  • Carian Lanjutan: Meneroka pemahaman yang lebih cepat dengan keupayaan carian yang dinamik, fleksibel dan interaktif
  • Pemandangan SAR: Melihat, menyusun dan mengeksport struktur berdasarkan aktiviti terhadap kepentingan yang disasarkan
  • Analitik: Membandingkan sebatian dan melakukan padanan Molekul, substruktur biasa maksimum dan analisis keberkesanan ligan berbanding ligan-lipofilisiti

Semua data dalam GOSTAR yang kini merangkumi lebih 8 juta sebatian berserta data bioaktiviti adalah tertakluk kepada proses kawalan kualiti tiga peringkat yang diperakui oleh QMS-ISO. Penyeragaman dan normalisasi semua data memberikan kejelasan tambahan sambil memastikan ia boleh dibandingkan pada bila-bila masa dan secara langsung.

"Excelra berhasrat untuk mengubah data sains hayat menjadi pemahaman yang boleh digunakan oleh pelanggan R&D kami. Penambahbaikan yang dibuat terhadap GOSTAR akan meningkatkan keupayaan untuk membuat ramalan yang bermakna dan mendorong perancangan yang lebih memberangsangkan," kata Anandbir Singh Brar, Ketua Pegawai Eksekutif, Excelra.

GOSTAR tersedia sebagai sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencari, menemukan dan menerokai sebatian. Di samping itu, ia ditawarkan melalui API sebagai set data yang boleh dimuat turun untuk mendayakan pustaka dalaman dan model pembelajaran mesin.

Untuk maklumat lanjut tentang GOSTAR, sila layari www.gostardb.com

Tentang Excelra

Penyelesaian analitik dan data Excelra memperkasa inovasi sains hayat dari molekul hingga ke pasaran. Excelra Edge berasal daripada gabungan aset data proprietari, kepakaran domain dan data sains yang lancar untuk mempercepat penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.excelra.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Jigesh Shah
Jigesh.shah@excelra.com 
+91-9820444994

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1599641/GOSTAR_Logo.jpg?p=medium600

Source: Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Data Analytics