omniture

Tetamu Antarabangsa Sertai Forum SCO China, Smart China Expo 2021 yang Dianjurkan di Chongqing

SCO Forum on the Digital Economy Industry
2021-08-24 18:11 23

CHONGQING, China, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Forum iChongqing- China—Shanghai Cooperation Organization (SCO) Forum tentang Industri Ekonomi Digital dan Smart China Expo 2021 (SCE 2021) telah dirasmikan di Chongqing pada 23 Ogos. Majlis perasmian dan forum utama ini telah dianjurkan bersama-sama dengan pameran luar talian, manakala pameran dalam talian merasmikan laman web rasmi SCE.

 

The China—Shanghai Cooperation Organization Forum on the Digital Economy Industry and the Smart China Expo 2021 opened in Chongqing on August 23th. SCO Secretary-General Vladimir Imamovich Norov delivered a speech online during the opening ceremony.
The China—Shanghai Cooperation Organization Forum on the Digital Economy Industry and the Smart China Expo 2021 opened in Chongqing on August 23th. SCO Secretary-General Vladimir Imamovich Norov delivered a speech online during the opening ceremony.

 

Presiden China, Xi Jinping telah menghantar surat ucapan tahniah kepada forum SCO China tentang ekonomi digital dan Smart China Expo 2021 yang berlangsung dari 23-25 Ogos sebagai platform bersama untuk berkongsi penyumberan, perancangan dan penyepaduan dalam industri pintar.

Bertemakan Membangunkan Ekonomi Digital dan Mempromosikan Kemakmuran Bersama, Forum SCO China ini turut menganjurkan acara menandatangani perjanjian untuk projek kerjasama, subforum dan pameran bertema yang disertai oleh kesemua 18 buah negara SCO termasuk China.

Setiausaha Agung SCO, Vladimir Imamovich Norov menyatakan bahawa pengalaman pembangunan China dalam ekonomi digital dan e-dagang rentas sempadan telah memberikan suatu model yang amat berharga untuk diikuti oleh negara-negara SCO.

Nikolai Snopkov, Timbalan Perdana Menteri Pertama Republik Belarus memberi ucapan semasa majlis perasmian dengan menegaskan keyakinan beliau bahawa Forum SCO China 2021 akan meneroka peluang baharu bagi kerjasama serantau.

Pemenang Anugerah Turing, John Hennessy menyimpulkan ia sebagai perasmian besar-besaran yang berjaya dengan menyatakan SCE 2021 akan membawa pembaharuan kepada semua.

Sejak penularan COVID-19, ekonomi digital telah memainkan peranan yang penting dalam pencegahan dan kawalan sambil mempromosikan pemulihan ekonomi dan sosial. Hasilnya, peralihan kepada teknologi digital telah menjadi suatu matlamat yang penting dan Chongqing terus berkembang pesat dalam bidang ini.

Josephine Teo, Menteri Komunikasi dan Maklumat serta Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri, Singapura telah memberi ucapan kepada para penonton semasa majlis perasmian dalam talian. Beliau menekankan bahawa teknologi merupakan salah satu daripada empat sektor tonggak dalam Inisiatif Kesalinghubungan Chongqing serta pemacu utama dalam perkhidmatan dan kesalinghubungan moden.

Dalam konteks ini, forum SCO China 2021 bermatlamat untuk membina platform yang lebih luas bagi memperkukuhkan pertukaran dan kerjasama antara Chongqing dan negara-negara SCO, terutamanya dalam bidang utama seperti ekonomi digital dan kecerdasan buatan.

SCE 2021 meneruskan tema yang telah ditetapkan iaitu Teknologi Pintar: Memperkasakan Ekonomi dan Memperkayakan Kehidupan, serta menganjurkan 6 Forum, 5 pertandingan, lebih 100 acara keluaran dan dihadiri oleh lebih 610 buah perusahaan dari 31 buah negara di dalam talian dan di luar talian.

Pertukaran dan kerjasama yang mendalam akan dianjurkan berdasarkan tema ekonomi dan perdagangan yang melibatkan negara dan perusahaan terkemuka dalam inisiatif 'Belt and Road', manakala organisasi antarabangsa, bandar berkembar dan peneraju industri akan mengambil bahagian secara aktif.

Selain itu, acara ini juga merupakan platform yang ideal untuk mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi dan produk bagi industri pintar, dengan adanya kawasan pameran fizikal seluas 70,000 meter persegi.

Platform pameran dalam talian ini menampilkan model meja pasir digital yang membawa pelawat melalui satu siri pengalaman berdasarkan senario dengan imej 3-D yang menampilkan ciri-ciri mengagumkan yang telah dicapai dalam pembangunan teknologi pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://www.ichongqing.info/special/smart-china-expo-2021/,  dan https://www.ichongqing.info/special/2021sco/

Sila hubungi: Cao Xiangyi
Tel.: 0086-1862-3565-606
E-mel: caoxy@ichongqing.inf

Logo- https://mma.prnasia.com/media2/1599889/SCO_Logo.jpg?p=medium600 
Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1599890/sco_forum.jpg?p=medium600

 

 

Source: SCO Forum on the Digital Economy Industry
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Trade show news