omniture

Locus Robotics Memperoleh Pencapaian Setengah Bilion Unit Kutipan

Locus Robotics
2021-08-25 13:36 33

Peneraju Robotik Gudang Memperoleh Pencapaian Dalam Masa Hanya 94 Hari

WILMINGTON, Massachusetts, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/-- Locus Robotics (www.locusrobotics.com), peneraju pasaran robot mudah alih autonomi (AMR) untuk gudang operasi logistik, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengatasi pencapaian setengah bilion unit kutipan. Pencapaian baharu ini diperoleh hanya dalam masa 94 hari selepas Locus mencapai tahap 400 Juta mereka.

"Pencapaian setengah bilion kutipan kami ini sekali gus menekankan nilai perniagaan penting teknologi Locus yang terbukti yang dibawakan kepada para pelanggan kami di seluruh dunia ketika mereka berhadapan dengan jumlah pesanan yang mendadak berbanding ketersediaan buruh yang terhad," kata Rick Faulk, Ketua Pegawai Eksekutif, Locus Robotics. "Semakin jumlah e-dagang meningkat, semakin kadar kutipan LocusBots meningkat secara mendadak. Pencapaian 100 juta pertama Locus mengambil masa selama 1,542 hari manakala 100 juta kutipan yang terbaru ini hanya mengambil masa 94 hari. Locus berbangga dapat membantu para pelanggan kami mengatasi cabaran ini dengan cekap sambil membolehkan mereka mencapai kejayaan pada hari ini dan pertumbuhan yang boleh diskala secara mudah pada masa hadapan."

Kutipan ke-500 juta telah dibuat di Pusat Operasi Logistik VF Corporation di Prague, Republik Czech dan barangan yang dikutip ialah sepasang Kasut Vans Old Skool.

Oleh kerana semakin ramai pembeli terus membeli secara dalam talian dan perniagaan bersiap sedia untuk menghadapi musim percutian yang memecahkan rekod, peruncit dan pengendali gudang operasi logistik beralih kepada AMR untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja bagi mengelakkan risiko kehilangan pelanggan yang berharga.

"DHL Supply Chain komited untuk membawa teknologi yang meningkatkan produktiviti dan inovatif ini kepada pelanggan kami dengan rakan kongsi seperti Locus supaya mereka mempunyai kapasiti dan fleksibiliti untuk memanfaatkan peluang baharu di pasaran," kata Adrian Kumar, Naib Presiden Operasi Sains Global, DHL Supply Chain. "Kami mengucapkan tahniah kepada Locus atas pencapaian penting ini dan berharap untuk terus bekerjasama dengan Locus bagi memacu produktiviti, menyokong pertumbuhan kapasiti dan memberikan peningkatan yang berterusan dalam rantaian bekalan pelanggan kami."

LocusBots kini telah menjelajah ke gudang pelanggan dengan jarak lebih 3 juta batu yang menyamai lebih 120 kali pusingan mengelilingi Bumi.

"Inovasi dan dorongan berterusan ke arah kejayaan pelanggan merupakan pemacu pencapaian ini yang tidak dapat dinafikan lagi." Kata John Santagate, Naib Presiden Robotics, Körber Supply Chain. "Kutipan berjumlah 500 Juta yang dikendalikan oleh LocusBots merupakan pencapaian yang luar biasa.  Tahniah kepada pasukan Locus dan semoga berjaya untuk mencapai 500 Juta yang seterusnya."

Penyelesaian operasi logistik Locus Robotic yang terkemuka dalam industri membolehkan jenama, peruncit dan pengendali logistik pihak ketiga (3PL) untuk memenuhi jumlah pesanan yang lebih tinggi dan meningkatkan permintaan pengguna terhadap e-dagang, peruncitan, saluran omni dan operasi logistik pesanan pembuatan. Pelanggan global termasuk CEVA, DHL, Boots UK, GEODIS, Whiplash, Saddle Creek, Quiet 3PF, Radial dan lain-lain, meningkatkan produktiviti operasi logistik mereka sebanyak dua atau tiga kali ganda sambil mengurangkan kos pengambilan, latihan dan pengekalan pekerja.

Tentang Locus Robotics
Penyelesaian berbilang bot Locus Robotics yang revolusioner menggabungkan robot mudah alih autonomi yang hebat dan pintar yang beroperasi secara kolaboratif dengan tenaga kerja manusia untuk meningkatkan produktiviti pengendalian setiap unit secara dramatik iaitu sebanyak 2 hingga 3 kali ganda dengan tenaga kerja yang kurang berbanding sistem kutipan tradisional. Penyelesaian yang memenangi anugerah ini membantu peruncit, 3PL dan gudang khusus memenuhi dan mengatasi keperluan persekitaran operasi logistik yang semakin kompleks. Locusbot boleh disepadukan dengan mudah ke dalam infrastruktur gudang sedia ada dan gudang baharu tanpa mengganggu aliran kerja untuk meningkatkan produktiviti dengan serta-merta tanpa mengubah gudang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.locusrobotics.com.

SILA HUBUNGI

Amerika Utara


UK/EU

Christina Gorini


Duncan Tift

BRANDSTYLE


ADFIELD

Christina@brandstyle.com  


duncan@adfield.co.uk

+1 732-496-1118


+44 (0) 1952 752511

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1440363/Locus_Robotics_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Locus Robotics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Machinery Mining/Metals Retail Transportation Corporate Expansion