omniture

Microland melantik Ashish Mahadwar sebagai Ketua Pegawai Operasi

Microland
2021-08-26 12:15 34

BENGALURU, India, LONDON dan SAN JOSE, California, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, hari ini mengumumkan pelantikan Ashish Mahadwar sebagai Ketua Pegawai Operasi. Ashish berpangkalan di pejabat Microland di San Jose, California, Amerika Syarikat. Beliau akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan kepemimpinan Microland dan meningkatkan skala keupayaan transformasi perniagaan global organisasi pelanggan. Pelantikan ini membolehkan Pengasas, Pengerusi & Pengarah Urusan Microland, Pradeep Kar, fokus terhadap inisiatif strategik jangka panjang untuk syarikat tersebut.

Microland names Ashish Mahadwar as Chief Operating Officer
Microland names Ashish Mahadwar as Chief Operating Officer

Ashish menyertai semula Microland pada bulan Ogos 2019 sebagai Presiden Jualan dan Pemasaran. Beliau membawa pengalaman global selama lebih 30 tahun yang menyiapkan dirinya untuk meningkatkan kemampuan aplikasi, infrastruktur, dan perundingan. Sebelum menyertai Microland, Ashish ialah Ketua Pegawai Operasi & Hasil di sebuah syarikat perkhidmatan IT terkemuka di Kawasan Teluk San Francisco dan sebelum itu beliau merupakan Penasihat Kanan di Bain Capital.

Selama 2 tahun yang lalu, Ashish telah menentukan dan mengasah model 3-horizon Microland untuk pertumbuhan dan sebagai kaedah menangani kesan pandemik COVID-19:

  • Meningkatkan skala Rangkaian dan Tempat Kerja Digital
  • Membangun pertumbuhan Unit Awan melalui pelaburan dalam keupayaan platform dan Aplikasi Digital
  • Melabur dalam Keselamatan Siber, IoT Perindustrian dan Pengurusan Perkhidmatan

"Ashish akan memimpin semua fungsi perniagaan di peringkat global. Beliau akan mendorong penerimagunaan perkhidmatan berasaskan platform yang lebih besar dengan pengeluaran yang mempercepat masa kepada nilai kepada pelanggan serta menyampaikan penyelesaian menegak. Saya amat mempercayai kepemimpinan dan kebijaksanaannya untuk bertindak balas terhadap pelanggan dan pekerja dengan rasa empati," kata Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi & Pengarah Urusan Microland Ltd.

Ashish berpendapat Microland mempunyai kedudukan unik di pasaran perkhidmatan IT. "Microland mempunyai rekod prestasi inovasi, kerjasama dan penyampaian global bertaraf dunia yang konsisten yang mendayakan perjalanan digital pelanggan kami. Saya teruja dengan peluang yang kami ada untuk mempercepat usaha kami bagi membina sebuah syarikat perkhidmatan Digital Diutamakan berasaskan platform global," kata Ashish ketika dilantik sebagai COO.

Ashish mempunyai minat yang mendalam terhadap Kepelbagaian & Keterangkuman (D&I). Beliau percaya bahawa organisasi yang inklusif memupuk idea baharu dengan lebih baik dan merupakan penaja eksekutif untuk inisiatif D&I Microland.

Ashish ialah seorang yang amat percaya kepada pembangunan kendiri, seorang pengembara dunia dengan minat yang mendalam terhadap budaya dan sejarah serta menikmati sukan berbasikal dan golf pada masa terluang.

Tentang Microland 

Penyampaian digital Microland adalah berdasarkan keupayaan teknologi untuk melakukan lebih banyak dengan gangguan yang sedikit. Ketika kami membantu perusahaan bergerak ke arah teknologi generasi seterusnya, kami memastikan bahawa penerimaan kepintaran ini boleh diramal, boleh dipercayai dan stabil.

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat perkhidmatan di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web syarikat di www.microland.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1600644/ashish_mahadwar_microland.jpg?p=medium600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Personnel announcements