omniture

Pengeluar Kenderaan Elektrik Jerman, Next.e.GO, berjaya memuktamadkan pusingan pembiayaan Siri C bernilai $57 juta

Next.e.GO Mobile SE
2021-08-26 15:12 26

AACHEN, Germany, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE, syarikat pengeluar Kenderaan Elektrik Jerman yang mengeluarkan kenderaan elektrik bandar lestari yang dibina khas dengan harga berpatutan menggunakan teknologi baharu dan kilang mikronya yang unik, hari ini mengumumkan bahawa pemegang saham terbesarnya iaitu nd Industrial Investments B.V. yang merupakan sebahagian daripada syarikat ekuiti swasta antarabangsa, nd Group B.V. telah berjaya memuktamadkan pembiayaan pusingan pembiayaan ekuiti siri C bernilai $57 juta untuk syarikat tersebut.

Next_e_GO_Mobile_SE
Next_e_GO_Mobile_SE

Pusingan pembiayaan yang disertai oleh pelabur sedia ada serta yang baharu ini membolehkan e.GO mempercepat usahanya dalam mengubah elektromobiliti bandar dengan meningkatkan pengeluaran platform e.GO Lifenya, mendorong pembangunan model tambahan dan menawarkan ciri penambahan nilai yang unik kepada para pelanggan, termasuk pertukaran bateri.

Pusingan pembiayaan ini juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kejayaan trajektori e.GO dan kemajuan yang telah dicapainya dalam menjadi salah sebuah syarikat Kenderaan Elektrik Bateri barat yang bebas dan benar-benar membuat dan menyampaikan kereta kepada pelanggan.

"Kami amat gembira dengan kejayaan pembiayaan Siri C, namun berasa lebih gembira dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh para pelabur kami. Pasukan e.GO bertekad, lebih tinggi daripada sebelumnya untuk memacu transformasi yang amat diperlukan ke arah mobiliti bandar yang bebas karbon dengan menawarkan kenderaan elektrik yang terbaik." kata Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

Next.e.GO Mobile SE 

Next.e.GO Mobile SE yang beribu pejabat di Aachen ialah sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik dan sistem mobiliti lestari. Terdapat kira-kira 400 orang pekerja Next.e.GO Mobile SE dalam pasukan tangkas yang mengusahakan pelbagai kenderaan elektrik yang menjimatkan kos terutamanya yang tahan lama dan lestari untuk lalu lintas jarak dekat.

ND Group B.V. 

nd Group B.V. ialah sebuah syarikat Pemegangan dan Ekuiti Swasta yang beribu pejabat di Belanda. Ditubuhkan pada tahun 2008, firma ini memberi tumpuan terutamanya kepada Kenderaan Elektrik, Tenaga Alternatif, Teknologi Kewangan, Teknologi Kesihatan, aset Perindustrian dan hartanah.

Sila hubungi:
Next.e.GO Mobile SE
Perhubungan Awam
Lilienthalstraße 1
52074 Aachen 
T +49 241 47574-227 
presse@e-go-mobile.com

ND Group B.V.
Perhubungan Awam
Flight Forum 880
5657 DV Eindhoven,
Belanda
Telefon: +31 40 30 40 50 1
press@nd.net

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1601751/next_e_go_mobile_se.jpg?p=medium600

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities Venture Capital