omniture

Pengguna Afimilk Diiktiraf Sebagai Pengurus Kelompok Terbaik Ontario Kanada

Afimilk Ltd
2013-06-24 09:33 171

AFIKIM, Israel, 24 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Organisasi catatan susu dan pengurusan kelompok, CanWest DHI, telah menunjukkan dua ladang terurus yang terbaik dalam rantau Ontario, Kanada. Kedua-dua pemenang menggunakan sistem pengurusan Afimilk.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130624/622660-a)

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130624/622660-b)

Albadon Farms Ltd berada di kedudukan pertama dan Summitholm Holsteins di kedudukan kedua dalam proses pemantauan yang bertindak sebagai barometer prestasi kelompok keseluruhan. Bagi menilai prestasi, enam bidang pengurusan telah diperiksa: nilai susu, kesihatan ambing, usia semasa kelahiran anak pertama, sela masa antara kelahiran anak, kelanjutan umur dan keberkesanan kelompok.

"Sistem Afimilk kami merupakan alat penting dalam mencapai kadar kehamilan tinggi, salah satu daripada aspek penting untuk keberuntungan ladang,"kata Josh Ireland dari Albadon Farms, Ontario.

Ireland menyatakan bahawa sistem pengesanan kesediaan mengawan Afimilk beliau telah membolehkan kadar persenyawaan sebanyak 55% berbanding 38% dengan kaedah-kaedah lain. Penjimatan tenaga kerja juga merupakan salah satu faedah lain, kerana tidak ada masa yang dihabiskan untuk pengesanan kesediaan mengawan.

Ben Loewith dari Summitholm Holsteins, Ontario, turut bersetuju. "Sistem Afimilk kami mengesan 97% daripada lembu-lembu yang kami biakkan. Lagi 3% kebanyakannya dibiak menggunakan peranti CIDR, jadi tidak ada tanda-tanda kesediaan mengawan," kata beliau.

"Selain ciri pengesanan kesediaan mengawan yang cemerlang, kami menggunakan sistem itu sebagai alat yang sangat berguna untuk mengukur prestasi parlur kami," sambung Loewith. "Sambil kami membuat perubahan kepada persediaan parlur, sama ada pada rutin persediaan, seting pengeluar susu atau perkakasan, kami dapat lihat serta-merta kesan kuantitatifnya,"kata beliau. Tambahan lagi, menurut Loewith, sistem itu membolehkan perbandingan antara pengeluar-pengeluar susu dalam parlur itu bagi memastikan semua orang mengikuti set protokol yang sama.

"Afimilk adalah penting dalam pemantauan harian kesihatan kelompok,"tambah Josh Ireland. "Lembu-lembu yang sakit dan lembab atau lembu susu segar yang sakit dapat dikesan dengan lebih pantas," tambah Ireland. "dan kemampuan untuk mengetahui setiap berat pemerahan susu untuk setiap ekor lembu adalah sangat penting."

"Saya sangat gembira dengan penggunaan teknologi Afimilk dalam menguruskan kelompok lembu susu kami," kata Ireland, petani yang terkemuka.

Afimilk membekalkan pengeluar bahan tenusu dengan teknologi dan pengetahuan bagi mengeluarkan susu berkualiti tinggi dan menjana keuntungan. Afimilk ialah peneraju sensor susu & lembu dan perisian pengurusan, dengan sistem-sistem yang sedang berfungsi dalam lebih daripada 50 buah negara di lima benua. Kibbutz Afikim dan Fortissimo Capital, firma ekuiti swasta utama Israel ialah dua pemegang saham dalam Afimilk.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web kami: http://www.afimilk.com

Maklumat hubungan: Cik Noa Yonish, Pengurus Marcom, Tel: +972-50-7589973, emel: noa@afimilk.co.il

Sumber: Afimilk Ltd

Source: Afimilk Ltd
Keywords: Agriculture Awards