omniture

Prime Venture Partners Mengumumkan Dana IV sebanyak AS$100 juta, dengan Penutupan Pertama sebanyak AS$75 juta (INR 556 crore)

Prime Venture Partners
2021-08-27 11:06 75

- Modal Usaha Niaga bertekad untuk menambah rakan kongsi keempat; meneruskan pelaburan dalam syarikat permulaan teknologi peringkat awal 

BENGALURU, India, 27 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Prime Venture Partners hari ini mengumumkan dana keempat sebanyak AS$100 juta dengan penutupan pertama sebanyak AS$75 juta (INR 556 crore). Prime telah mengumpul dana terakhir berjumlah $72 juta pada tahun 2018, dana kedua berjumlah $46 juta pada tahun 2015 dan dana pertama berjumlah $8 juta pada tahun 2012. Ia akan terus fokus untuk menjadi pelabur institusi pertama yang mengekalkan model pelaburan dengan sokongan mendalam dan keyakinan tinggi dalam syarikat permulaan teknologi peringkat awal. Selain daripada bidang tumpuan Teknologi Kewangan, Teknologi Pendidikan, Teknologi Kesihatan, Internet Pengguna dan Perisian sebagai Perkhidmatan Global yang sedia ada, firma ini berhasrat untuk berkembang ke dalam bidang baharu, terutamanya dalam platform infrastruktur Kewangan Tidak Berpusat (DeFi)/Kripto, Kenderaan Elektrik dan Permainan. Prime juga mengumumkan bahawa ia ingin mengembangkan pasukan kepemimpinannya secara aktif dengan menambah rakan kongsi keempat.

L to R: Shripati Acharya, Sanjay Swamy, Amit Somani
L to R: Shripati Acharya, Sanjay Swamy, Amit Somani

Ketika berlakunya pandemik ini, pengumpulan dana keseluruhan telah dilakukan secara maya dan menggambarkan minat dan sokongan berterusan daripada para pelabur institusi di seluruh dunia terhadap Prime. Pelabur Dana Ke Empat termasuk International Finance Corporation (IFC) iaitu sebahagian daripada World Bank Group, sebuah pembiaya universiti peringkat tinggi, beberapa buah institusi dan firma pengurusan kekayaan persendirian keluarga yang kembali melabur dan pelbagai usahawan teknologi global yang menunjukkan rangkaian hubungan yang kukuh pasukan ini di seluruh industri di AS dan juga Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Shripati Acharya dan Sanjay Swamy, Prime menambah Amit Somani sebagai rakan kongsinya pada tahun 2015. Dengan pandangan untuk membawakan profesionalisme seumpama Silicon Valley dalam pelaburan, misi Prime adalah untuk menjalinkan kerjasama awal dengan para usahawan dan membantu membangunkan syarikat teknologi bertaraf dunia yang menangani beberapa masalah paling penting di India. Prime merupakan pelabur institusi pertama yang lazim dan ia memberi tumpuan kepada syarikat dengan pendekatan yang inovatif untuk menyelesaikan masalah asas melalui teknologi. Firma ini mengikuti model yang sangat memilih dengan melabur dalam hanya 5 hingga 6 buah syarikat setahun, setelah membina kepercayaan yang mendalam terhadap usahawan dan syarikat permulaan mereka melalui suatu proses terperinci yang pantas dan menyeluruh. Tema yang sama dalam kalangan syarikat portfolio Prime ialah pasukan produk dan teknologi yang kukuh dengan pemahaman yang unik dan keupayaan untuk berkembang dengan pantas. Syarikat-syarikat portfolio bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi semasa fasa transformasi perniagaan dengan kerjasama yang dijalinkan melalui fasa Kesesuaian Pasaran-Produk dan pemantapan pertumbuhan awal. Firma ini menyokong para usahawan secara aktif dengan strategi perniagaan dan produk, memperhalusi metrik operasi, pengambilan pekerja, perkongsian, pemasaran, kewangan dan di sepanjang pengumpulan modal seterusnya.

Prime mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam pelaburan syarikat permulaan peringkat awal di India. Sebagaimana penanda aras Cambridge Associates, semua dana Prime berada dalam kedudukan teratas mengatasi semua dana Modal Usaha Niaga global dalam bidang masing-masing. Dana I hingga III mempunyai komitmen yang meliputi 32 buah syarikat termasuk sektor seperti teknologi kewangan, penjagaan kesihatan, SaaS, pendidikan dan logistik. Kebanyakan syarikat ini telah berusaha untuk meningkatkan pelaburan pusingan susulan yang kukuh daripada pelabur institusi terkemuka yang lain di India, Silicon Valley dan Asia. Walaupun kebanyakan syarikat portfolio Prime memberi tumpuan terhadap peluang Digital India yang semakin meningkat, Prime turut mempunyai beberapa syarikat yang menyasarkan pasaran Timur Tengah, AS dan pasaran Antarabangsa yang lain, atau yang bermula di India dan berkembang dari India ke kawasan geografi yang lain.

Antara syarikat-syarikat portfolio Prime yang terkenal termasuklah syarikat permulaan pembelajaran interaktif Quizziz yang digunakan oleh guru-guru di 120 buah negara dan dibiayai oleh pelabur terkemuka seperti Tiger Global, pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang dan lain-lain. MyGate menyediakan penyelesaian perisian keselamatan untuk apartmen yang digunakan dalam 20,000 kumpulan masyarakat dan 3.5 juta isi rumah. MFine, syarikat permulaan Kesihatan Digital dibiayai oleh SBI Holdings (Jepun) & Heritas & memperolehi 12,000 perundingan harian dengan lebih 600 buah hospital sebagai rakan kongsi. Syarikat Pemantauan Pesakit Jarak Jauh Dozee yang mengubah infrastruktur penjagaan kesihatan awam di India, NiYO, neobank universal yang terkemuka di India, Sunstone Eduversity, program pengurusan Bayaran selepas penempatan merupakan sebahagian daripada syarikat permulaan pertumbuhan tinggi bagi lain-lain kategori khusus dalam portfolio Prime.

Petikan Sokongan: 

Shripati Acharya, Rakan Kongsi Pengurusan Prime Venture Partners 

"Kami berpeluang untuk bekerjasama dengan pelbagai syarikat kategori khusus di India sejak di peringkat awal kewujudan mereka seperti Quizizz, MFine, MyGate, NiYO, KredX dan WheelsEye. Kami sangat optimistik tentang bakat keusahawanan dan tahap cita-cita yang mendalam dalam kalangan para pengasas di India kerana mereka membawa inovasi yang mengubah bukan sahaja di India tetapi di seluruh dunia."

Sanjay Swamy, Rakan Kongsi Pengurusan Prime Venture Partners 

"Kami berasa terharu dengan sokongan tidak berbelah-bagi yang kami terima daripada beberapa LP jangka panjang kami dan minat yang ditunjukkan oleh LP jangka panjang baharu terpilih yang telah menyertai kami. Dekad yang lalu menetapkan asas kepada usaha ini, manakala dekad seterusnya pasti mengagumkan apabila kita menyaksikan India mengalami transformasi ke arah kuasa digital. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan beberapa usahawan terbaik di India dan sangat teruja untuk bekerjasama dengan lebih ramai pengasas syarikat permulaan teknologi kategori khusus pada tahun-tahun akan datang."

Amit Somani, Rakan Kongsi Pengurusan Prime Venture Partners 

"Ketika India melangkah ke arah 5 ekonomi terbaik global menjelang tahun 2030 dan menerajui dunia melalui kepemimpinan digital, kami percaya ekosistem keusahawanan akan mendorong perubahan ini. Prime mempunyai keyakinan dan kebolehan dalam pelaburan peringkat awal dan kami berhasrat untuk membantu syarikat-syarikat yang ingin menerajui transformasi sekali-dalam-semua-generasi ini. Kami melihat diri kami terus membangunkan Prime sebagai rakan kongsi pilihan terbaik untuk usahawan peringkat awal yang membangunkan syarikat-syarikat kategori khusus dan kami bukan sahaja mencari modal kewangan malah turut merupakan pelabur yang aktif dengan keyakinan yang mendalam."

Tentang Prime Venture Partners 

Prime Venture Partners ialah sebuah dana Modal Usaha Niaga peringkat awal yang diuruskan oleh rakan kongsi yang mempunyai pengalaman mendalam sebagai usahawan dan pengendali. Dipimpin oleh Amit Somani, Sanjay Swamy dan Shripati Acharya, dana ini memberi tumpuan untuk membangunkan syarikat produk pengubah di India dan menangani jurang ekosistem syarikat permulaan India, yang sangat diperlukan - dengan menggabungkan pengalaman keusahawanan langsung, kepakaran operasi dan modal yang bermakna. Prime ialah pelabur volum rendah dengan keyakinan dan sokongan yang tinggi serta mempercayai dalam pembiayaan bagi pasukan berbakat yang mempunyai idea-idea yang berbeza. Prime mempunyai portfolio syarikat kategori khusus yang pelbagai termasuk Quizizz, MyGate, MFine, MyGate, Dozee, NiYO, Sunstone Eduversity, KredX, WheelsEye dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari:www.primevp.in.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1601538/prime_venture_partners.jpg?p=medium600  
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1601537/Prime_Venture_Partners_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Prime Venture Partners
Keywords: Banking/Financial Service Venture Capital