omniture

Adapdix menangani kekurangan saintis data melalui program $5/jam

Adapdix Corporation
2021-08-27 11:27 78

PLEASANTON, California, 27 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Adapdix, peneraju industri dalam perisian Automasi Pinggir dengan teknologi Automasi Dipacu Kecerdasan Buatan (AI) miliknya yang terkemuka, hari ini mengumumkan suatu program bersubsidi bagi memberi para pelanggannya akses kepada saintis data yang berkelayakan demi membantu mengatasi kekurangan kakitangan mahir sedunia yang diperlukan untuk pelaksanaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML).

Adapdix addresses data scientist shortage with a $5/hour program
Adapdix addresses data scientist shortage with a $5/hour program

Adapdix menggunakan kumpulan pekerja mahir dan perisian pemodelan pinggir AI/ML canggih yang sedia ada demi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi untuk projek AI/ML. Sumber yang sangat diperlukan ini kemudian disediakan kepada para pelanggan Adapdix pada kadar bersubsidi sebanyak $5 per jam. Tiada komitmen jangka panjang diperlukan, yang bermaksud sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembuktian konsep, perintis atau pelaksanaan pengeluaran yang aktif boleh mendapat manfaat daripada program ini.

"Bagi membantu memenuhi permintaan pelanggan walaupun terdapat kekurangan kemahiran ini, kami di Adapdix telah melancarkan suatu program baharu. Program ini memanfaatkan bakat pekerja Adapdix dan ekosistem rakan kongsi perkhidmatan yang telah kami nilai, latih dan perakui untuk memberikan nilai," kata Anthony Hill, Ketua Pegawai Eksekutif Adapdix. "Program ini melibatkan kakitangan yang mahir dan berkelayakan tinggi sahaja yang bekerjasama dengan pekerja Adapdix demi memastikan kualiti kerja sentiasa kekal di tahap tinggi. Dengan menawarkan kepakaran EdgeOps yang bersubsidi, kami berhasrat untuk membantu pelbagai syarikat mempercepat transformasi digital dan meningkatkan pelaksanaan AI/ML mereka ke tahap seterusnya."

Menurut IDC, dianggarkan bahawa dari tahun 2020 hingga 2027, permintaan untuk saintis data akan meningkat pada kadar 26.9% CAGR. QuantHub telah mengesan kekurangan yang sedang berlaku dan mendapati bahawa pada 2020 terdapat kekurangan seramai 250,000 saintis data, dengan 67% syarikat mengambil langkah-langkah untuk memperluas pasukan sains data mereka.

Adapdix baru-baru ini mengumumkan EdgeOps DataMesh™ iaitu produk platform perisian automasi dipacu AI EdgeOps™ generasi seterusnya yang pertama. Perisian Adapdix digunakan oleh kebanyakan pelanggan di seluruh industri, termasuk dua daripada lima pengeluar semikonduktor utama bagi meningkatkan prestasi pengeluaran mereka. EdgeOps DataMesh™ mengatasi halangan biasa dalam pengurusan data yang dikendalikan dalam masa nyata dengan melaksanakan pengambilan, prapemprosesan dan pentaabiran pinggir data dalam rangka masa milisaat, lantas membolehkan analisis masa nyata bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan masa henti aset yang bernilai tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Adapdix dan cara anda boleh boleh memanfaatkan promosi terhad ini, sertai webinar kami pada 28 September. Klik di sini: www.adapdix.com/promotions/ untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar untuk webinar berkenaan." 

Tentang Adapdix
Adapdix menyediakan platform perisian yang inovatif untuk perusahaan yang mengoptimumkan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) di pinggir. Platform EdgeOps yang berpusatkan pelanggan milik syarikat ini meningkatkan masa hidup peralatan, mengurangkan rantaian bekalan dan kos logistik serta meningkatkan produktiviti pekerja jarak jauh. Ditubuhkan pada 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – sila lihat www.adapdix.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1601860/adapdix_5_usd_data_scientist_program.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1601861/Adapdix_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Adapdix Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services