omniture

Acision Fusion -- Platform Penghantaran Pesanan Semua dalam Satu Tersepadu Menawarkan Perkhidmatan IP, Keanjalan Pengaturan Kedudukan, Kecekapan Perkhidmatan dan Penjimatan Kos

Acision
2013-06-24 16:06 189

READING, England, 24 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Platform penghantaran pesanan tersepadu memberi kuasa kepada perkhidmatan Penghantaran Pesanan Beraneka dengan saling fungsi SMS dan MMS, penyepaduan perkhidmatan IP dan penjimatan kos sehingga 70% untuk pengaturan kedudukan VAS tradisional

Acision, peneraju global dalam penghantaran pesanan mudah alih, hari ini memperkenalkan Acision Fusion, sebuah platform penghantaran pesanan tersepadu yang membolehkan pengendali mudah alih bertukar daripada pendekatan silo terserpih kepada pengaturan kedudukan sistem Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) dan menggantikan semua ini dengan satu penyelesaian tertumpu tunggal. Platform ini mengurangkan kos dan kerumitan prasarana VAS pengendali, dan pada masa yang sama membolehkan perkembangan pesat dan pengaturan kedudukan perkhidmatan IP baharu dan lancar seperti penghantaran pesanan beraneka dan Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS), bersama SMS, MMS dan pesanan suara. Buat kali pertama, Acision Fusion akan membolehkan saling fungsi MMS agar pengguna RCS boleh berkongsi gambar dan video dengan pengguna yang tidak dibolehkan RCS. Ini memanjangkan jangkauan secara dramatik untuk pengguna RCS menggunakan kemampuan perkhidmatan penghantaran pesanan dipertingkat ini. Acision Fusion juga menyediakan Logik Perniagaan Umum merentasi semua perkhidmatan penghantaran pesanan untuk satu rangkaian fungsi termasuk pengenaan bayaran masa sebenar, pencetusan perkhidmatan, penghalaan pesanan, kawalan kadar pesanan volumetrik, akses perkhidmatan dan pemantauan.

Ruang penghantaran pesanan menunjukkan perubahan yang paling ketara dalam landskap mudah alih yang bergerak pantas hari ini. Sambil pengambilan perkhidmatan Over-the-top (OTT) berkembang pantas dan pengguna semakin mahukan pengalaman komunikasi dipertingkat, pengendali mudah alih kini mendapati mereka berada dalam kedudukan yang mencabar kerana wujud keperluan menambah perkhidmatan baharu yang berinovasi kepada portfolio mereka bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan dan melanjutkan peluang mereka untuk menguasai saham pasaran. Pembinaan apa-apa portfolio perkhidmatan boleh menghasilkan tahap-tahap kerumitan keterlaluan merentasi berbilang vendor, sumber-sumber pendua dan titik penyepaduan yang banyak, yang memerlukan staf berkemahiran khusus dan kos tinggi. Acision Fusion membolehkan para pengendali menambah tawaran perkhidmatan mereka merentasi satu platform bagi menarik pelanggan, sementara mengurangkan kerumitan pengendalian, kos, dan mengoptimumkan sumber bagi mencapai keberuntungan yang boleh diuruskan.

"Pelancaran Acision Fusion menunjukkan komitmen berterusan kami membantu para pengendali memberi penyelesaian penghantaran pesanan yang mendorong kepada pelanggan mereka dengan pantas dan mempergunakan nilai hebat yang diberi platform ini. Penggunaan pelombongan data, analitik dan kepintaran membolehkan para pengendali memastikan perkhidmatan dan penglibatan mereka boleh disesuaikan dengan kelakuan dan keperluan pengguna. Pilihan pengaturan kedudukan yang ada, daripada penghantaran awan tanpa memerlukan teras IMS hingga melanjutkan penghantaran dalam rangkaian melalui perkakas pengendali itu sendiri, membolehkan Acision Fusion menyediakan para pengendali mudah alih satu platform tersepadu yang menangani cabaran yang mereka hadapi hari ini sementara membolehkan mereka meningkatkan hasil dan mengurangkan kos keseluruhan operasi (TCO)," kata JF Sullivan, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran di Acision.

Acision Fusion menyediakan penyelesaian bertumpu bagi menyampaikan perkhidmatan baharu berinovasi, bersama set perkhidmatan penghantaran pesanan penuh, termasuk SMS, MMS, pesanan suara dan Suite Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS) GSMA -- seperti penghantaran pesanan serta-merta, sembang berkumpulan, pemindahan fail dan perkongsian video. Tambahan lagi, fungsiannya menyediakan saling fungsi SMS dan MMS bagi memastikan jangkauan maksimum bagi ciri pemindahan fail RCS. MMS ialah fungsi baharu bagi Fusion. Pengguna RCS sentiasa boleh berkomunikasi dengan pengguna tanpa RCS, dan perkhidmatan boleh disepadukan dengan perkhidmatan OTT lain --membolehkan interaksi dengan komuniti mudah alih global yang terdiri daripada lebih 6 bilion pengguna SMS dan MMS sejak perkhidmatan ini mula-mula diperkenalkan.

Jorgen Nilsson, Ketua Eksekutif Acision berkata: "Arah aliran pasaran menunjukkan terdapat darjah penyerpihan tinggi dalam penggunaan perkhidmatan penghantaran pesanan oleh pengguna. Menurut kajian[1] Acision sendiri awal tahun ini, lebih 77% pengguna Telefon Pintar di UK dan 72% pengguna AS kini menggunakan kombinasi OTT, MMS dan SMS bagi menghantar dan menerima pesanan, dengan tiga perempat pengguna UK menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang secara serentak setiap hari. Para penyelidik juga meramalkan bahawa hasil penghantaran pesanan mudah alih global boleh bertumbuh sehingga $195.9 bilion menjelang tahun 2016, kerana lalu lintas penghantaran pesanan daripada perkhidmatan baharu ini mungkin akan bertambah sekali ganda dalam masa tiga tahun seterusnya. Lantaran ini, para pengendali berada dalam situasi yang unik untuk mengeksploitasi kedudukan pasaran mereka dan memanfaatkan pertumbuhan ini. Ini boleh dilakukan dengan menyepadukan platform penghantaran pesanan mereka dan melancarkan satu pengalaman penghantaran pesanan IP merentasi rangkaian dan peranti yang tunggal bagi perkhidmatan beraneka yang memecahkan halangan penyerpihan perkhidmatan OTT sementara meningkatkan keberuntungan."

Acision Fusion melangkaui piawaian RCS, menyediakan penghantaran pesanan yang benar-benar lancar melalui saling hubung antara komuniti SMS dan MMS global, serta perkhidmatan sembang rangkaian sosial. Fusion melanjutkan pengalaman pengguna SMS yang sedia ada kepada RCS, mengewangkan aset penghantaran pesanan sedia ada seperti perkhidmatan SMS premium serta kandungan dan aplikasi SMS.

Acision Fusion membenarkan penyatuan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  • RCS: Ia menyediakan set penuh perkhidmatan Suite Komunikasi Beraneka (RCS) berdasarkan senibina CPM (Penghantaran Pesanan IP Bertumpu) termasuk RCS5 penuh, saling fungsi SMS/MMS, penyepaduan rangkaian sosial, kehadiran rangkaian, polisi dan simpanan pesanan pusat untuk strategi peranti berbilang/skrin berbilang.
  • SMS: Acision Fusion menyediakan fungsian SMS rangkaian teras termasuk: penghalaan SMS, penghalaan rumah SMS (pintasan pesanan), percubaan penghantaran pertama SMS, simpanan dan penghantaran hadapan SMS, perlindungan spam dan penipuan SMS, sokongan pengebilan prabayar/pascabayar, hubungan dengan aplikasi pihak ketiga, sokongan MVNO, enjin peraturan fleksibel dan SMS atas IP (Get Laluan IP-SM).
  • MMS: Fusion menyediakan fungsian MMS rangkaian teras termasuk simpanan dan penghantaran hadapan MMS, tolakan kandungan MMS pihak ketiga, legasi dan emel MMS, sokongan pengalamatan, transkod kandungan MMS, saling fungsi RCS berasaskan MM4, MMS dengan proksi GW/HTTPWAP terbina dalam, enjin peraturan MMS fleksibel, penyepaduan penghantaran pesanan spam dan penipuan tersuai khusus, saling kendali MMS dan kesedaran perayauan, sekatan MMS yang mematuhi undang-undang, sokongan pengebilan prabayar/pascabayar, sokongan MVNO.
  • Perkhidmatan Penghantaran Pesanan Suara: Acision Fusion boleh digunakan bagi menggantikan platform pesanan suara legasi yang rumit dan menyusahkan dengan perkhidmatan suara tertentu yang tangkas termasuklah:
    Penyimpanan dan Penebusan Pesanan: Penamatan panggilan SIP, simpanan pesanan suara dan akses TUI.
    Pemberitahuan Pesanan: Pemberitahuan (melalui SMS, emel atau ikon MWI) termasuk nombor pemanggil, tarikh, masa dan kepanjangan pesanan.
    Pesanan Suara Bergambar: Tangkapan pesanan suara dan paparan melalui aplikasi klien gagang.
    Suara ke Teks: Tangkapan pesanan suara yang diseragamkan dan interaksi rakan untuk transkripsi dan pemberitahuan.
    Tolak Suara: Tangkapan pesanan suara yang diseragamkan dan tolakan kepada pelanggan menerusi MMS atau emel.

Acision bakal menganjurkan Forum Penghantaran Pesanan Beraneka selama separuh hari pada pukul 9.30 pagi pada hari Khamis 27 Jun semasa Ekspo Mudah Alih Asia 2013 GSMA di Shanghai. Berasaskan penyelidikan terkini Acision, sesi itu akan membincangkan kelakuan penghantaran pesanan semasa dan jangkaan pengguna dalam dunia penghantaran pesanan perkhidmatan melebihi batasan (OTT), dunia pesanan IP, sementara mempamerkan jalan menyediakan pengalaman penghantaran pesanan hujung ke hujung baharu yang diperkaya merentasi apa-apa rangkaian, domain, teknologi dan peranti. Forum ini percuma dan terbuka kepada semua pelawat pameran. Untuk maklumat lanjut dan bagi mendaftarkan kepentingan anda, sila klik sini.

--------------------------------------------------

1. Penyelidikan yang dikendalikan oleh Vanson Bourne pada bulan Januari dan April 2013 ini merupakan kajian menyeluruh Acision mengenai landskap penghantaran pesanan UK dan AS. Ia berasaskan temu bual dengan 1000 pengguna Telefon Pintar masing-masing di UK dan AS.

Mengenai Acision

Sebagai peneraju sedunia dalam penghantaran pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia dengan memberi kuasa kepada perkhidmatan penghantaran pesanan yang relevan dan lancar, yang memperkaya pengalaman komunikasi mudah alih dan mencipta peluang baharu untuk pembawa dan perusahaan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

 

 

Source: Acision
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services