![]() |
NEW YORK, 30 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Novak Djokovic telah menyertai keluarga Hublot di dalam syarikat tersebut yang disertai ahli sukan legenda seperti Pelé, Kylian Mbappé, Usain Bolt dan Dustin Johnson! Beberapa hari sebelum bermulanya Kejohanan Terbuka AS, pemain tenis No. 1 dunia ini telah memilih untuk menjadi duta bagi pengeluar jam tangan mewah Switzerland tersebut
"Kami amat berbesar hati kerana Novak Djokovic yang hebat menyertai keluarga Hublot kami yang menarik. Beliau ialah seorang pemain yang mencipta sejarah tenis dengan cirinya yang unik, pertama dan berbeza yang bertepatan dengan moto kami. Ia merupakan hari yang hebat untuk Hublot!"
Ricardo Guadalupe
Ketua Pegawai Eksekutif Hublot
"Sebagai seorang atlet yang didorong oleh cita-cita untuk mencipta sejarah dalam sukan tenis, saya amat berbangga kerana berpeluang menyertai keluarga Hublot yang disertai oleh para atlet yang telah mencipta nama dalam bidang masing-masing dengan menjadi legenda seperti Pelé atau Usain Bolt. Bersama-sama dengan Hublot, kami masih perlu meraih lebih banyak kemenangan!"
Novak Djokovic
Novak Djokovic tidak perlu diperkenalkan – rekod beliau menceritakan semuanya. Pemain tenis berketurunan Serbia ini telah memenangi pelbagai perlawanan: 85 gelaran juara perseorangan dalam litar ATP, termasuk 20 Grand Slams, 5 Masters dan 36 Masters 1000 serta satu Pingat Olimpik. Kerjaya beliau telah mengangkat kedudukannya ke tempat teratas dalam senarai ATP lebih sepuluh tahun yang lalu iaitu pada bulan Julai 2011, kedudukan yang masih dipegangnya hingga ke hari ini… selepas 337 minggu. Beliau merupakan satu-satunya pemain dalam era Kejohanan Terbuka yang telah memenangi sekurang-kurangnya dua kejohanan Grand Slam. Dan kejayaan ini berterusan, seperti dalam beberapa hari lagi beliau akan cuba untuk memenangi kejuaraan ke-21 beliau dan seterusnya memecahkan rekod sepanjang zaman dengan memenangi Grand Slam dalam pusingan seterusnya pada Kejohanan Terbuka AS.
Sebagai legenda hidup yang masih berada di kemuncak permainannya, Novak Djokovic memutuskan untuk menyertai keluarga duta Hublot yang hebat. Beliau berkongsi banyak persamaan dengan syarikat pembuatan jam tangan Switzerland, Hublot yang tidak pernah berhenti mengejar kecemerlangan dan prestasi. Ini merupakan sumber kebanggaan yang hebat bagi pasukan Hublot yang mengalu-alukan penyertaan seorang lelaki yang hari demi hari membuktikan dirinya sebagai pemain tenis terhebat sepanjang zaman. "Game, set and match" (Mata kemenangan) untuk "Nole" dan Hublot!
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1603910/hublot_novak_djokovic.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1176881/Hublot_Logo.jpg?p=medium600