omniture

VFS Global akan memperluas rangkaian Pusat Pembaharuan e-Pasport Filipina ke sembilan buah negara baharu

VFS Global
2021-08-31 15:02 29

- Untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan e-Pasport kepada warganegara Filipina di 13 buah bandar di seluruh Afrika, Amerika, Asia, Eropah dan Timur Tengah menjelang suku ketiga tahun 2021 

- VFS Global pada masa ini mengendalikan Pusat Pembaharuan e-Pasport di Dubai dan Abu Dhabi di UAE, dan di Riyadh, Jeddah serta Al Khobar di Arab Saudi bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Filipina 

DUBAI, UAE, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dalam usaha memudahkan proses memperbaharui e-Pasport untuk warganegara Filipina yang tinggal di luar negara, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Filipina dan VFS Global telah menandatangani kontrak pada 6 Ogos 2021 untuk menyediakan perkhidmatan Pembaharuan e-Pasport di Cyprus, Ethiopia, Perancis, Ireland, Kuwait, Singapura, UK, Amerika Syarikat dan Vietnam. 

Undersecretary Brigido. J. Dulay and Acting Assistant Secretary Senen T. Mangalile from The Republic of Philippines Department of Foreign Affairs at the signing of the contract with VFS Global via a virtual event for ePassport Renewal services extension to nine new countries.
Undersecretary Brigido. J. Dulay and Acting Assistant Secretary Senen T. Mangalile from The Republic of Philippines Department of Foreign Affairs at the signing of the contract with VFS Global via a virtual event for ePassport Renewal services extension to nine new countries.

Pelancaran Pusat Pembaharuan e-Pasport VFS Global di Dubai, UAE pada bulan November 2019 merupakan kali pertama proses pembaharuan e-Pasport untuk rakyat Filipina yang tinggal di luar negara disumberluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina. Susulan kejayaan perkhidmatan di lokasi pertama yang beroperasi selama 12 jam setiap hari ini, VFS Global telah berjaya mengembangkan perkhidmatannya ke sebuah lagi bandar di UAE dan tiga buah bandar di Arab Saudi pada tahun 2020, ketika pandemik.

Encik Chris Dix, Ketua Pembangunan Perniagaan, VFS Global berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina atas kepercayaan berterusan mereka kepada kami selaku penyedia perkhidmatan pasport dan konsular yang terkemuka. Saya amat sukacita untuk menyampaikan bahawa perkhidmatan Pasport dan Konsular kami telah berkembang dengan kukuh kerana kami menawarkan pengalaman perkhidmatan bertaraf dunia untuk memudahkan proses pembaharuan e-Pasport bagi warganegara Filipina yang menetap di Cyprus, Ethiopia, Perancis, Ireland, Kuwait, Singapura, Arab Saudi, UK, UAE, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kami mengharapkan lebih banyak kerjasama yang produktif untuk tahun-tahun akan datang bagi memastikan warganegara Filipina di seluruh dunia mendapat manfaat daripada perkhidmatan pembaharuan e-Pasport kelas pertama dengan memperluas perkhidmatan ini ke lebih banyak lokasi."

Kelebihan utama Pusat Pembaharuan e-Pasport Filipina:

  • Penambahbaikan perkhidmatan pasport dan konsular kepada warganegara Filipina yang tinggal di luar negara
  • Proses yang disahkan dengan ketat untuk memastikan ketepatan pengumpulan data biometrik
  • Perkhidmatan 'waktu perdana' yang fleksibel di lokasi terpilih

VFS Global kini mengendalikan 163 pusat yang menyediakan Perkhidmatan Pasport dan Konsular kepada 12 entiti kerajaan di 31 buah negara di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1603946/vfs_global_dfa_addendum_signing.jpg?p=medium600

Sila hubungi:
Yasser Zeriz
Yasser.zeriz@mslgroup.com

Source: VFS Global
Keywords: Travel Contracts New products/services