omniture

Alithea Genomics melancarkan Kit Penjujukan BRB untuk Penjujukan RNA Celusan Tinggi bagi Sampel Tisu, Sel dan Darah

Alithea Genomics
2021-08-31 19:00 22

LAUSANNE, Switzerland, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Alithea Genomics, sebuah syarikat yang berkembang pesat dalam bidang transkriptomik, hari ini mengumumkan pelancaran kit penjujukan BRB MERCURIUS pertamanya yang membolehkan penyediaan perpustakaan penjujukan RNA dengan celusan yang tinggi dan kos yang efisien daripada pelbagai sampel RNA.

 

 

Penjujukan BRB ialah teknologi terbaik Alithea dan ia adalah berdasarkan pengekodan bar dan pengumpulan sampel awal. Dengan penjujukan BRB, sejurus selepas tindak balas transkripsi songsang permulaan, beratus-ratus sampel RNA boleh diproses dalam satu tiub tunggal. Ini dapat diterjemahkan kepada pengurangan reagen yang signifikan dan usaha manual yang terlibat dalam aliran kerja keseluruhan.

Kit penjujukan BRB MERCURIUS menyediakan sekumpulan kod bar yang dioptimumkan, yang memastikan penjanaan data yang seragam dan boleh dihasilkan semula daripada sejumlah sampel yang banyak. 

Selain itu, kit penjujukan BRB yang baru dilancarkan itu juga dioptimumkan untuk sampel RNA daripada pelbagai jenis tisu. Selain daripada RNA tulen yang standard, kit penjujukan BRB juga sesuai dengan lisat sel (iaitu tanpa memerlukan pengekstrakan RNA) dan untuk sampel RNA darah (iaitu susutan globin terintegrasi dalam aliran kerja penjujukan BRB).

"Kami amat berbangga dengan kit pertama kami, terutamanya selepas tempoh ujian beta yang berjaya dengan pengguna awal" kata Daniel Alpern, Ketua Pegawai Teknologi Alithea Genomics. "Penjujukan BRB telah membuktikan bahawa ia merupakan penyelesaian hebat untuk beberapa pengguna dan kini melalui kit kami, kami ingin memudahkan dan menyenangkan sesiapa sahaja untuk mengguna pakai teknologi baharu ini".

Maklumat lanjut boleh diminta daripada info@alitheagenomics.com atau layari https://www.alitheagenomics.com/contact

Tentang Alithea Genomics 

Ditubuhkan pada tahun 2020, Alithea Genomics SA merupakan penyedia penyelesaian bioinformatik, kit dan perkhidmatan penjujukan RNA celusan tinggi. Produk Alithea sesuai untuk kajian transkriptomik berskala besar seperti penemuan biopenanda, pembangunan antibodi dan saringan ubat-ubatan. Selain kesihatan manusia, penjujukan BRB boleh diguna pakai dengan mudah untuk pemodelan bagi model organisma, tumbuh-tumbuhan dan in-vitro.

Alithea Genomics ialah sebuah syarikat persendirian yang berpusat di Lausanne (Switzerland) dan kini menghantar kitnya secara terus dan ke seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Alithea Genomics, sila layari https://www.alitheagenomics.com/

Hubungi: Riccardo Dainese, Ketua Pegawai Eksekutif, riccardo.dainese@alitheagenomics.com, +41 788 30 31 39

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1603362/Alithea_Genomics_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Alithea Genomics
Keywords: Biometrics Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Corporate Expansion New products/services