C$ melainkan dinyatakan sebaliknya
TSX/NYSE/PSE: MFC SEHK: 945
TORONTO, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Manulife mengumumkan "Fuel Up Fridays", satu inisiatif baharu bagi menyokong kesejahteraan pasukan globalnya. Bermula pada 10 September, Manulife akan mengkhaskan Jumaat kedua setiap bulan hingga penghujung tahun untuk "fueling up" (menaikkan semangat) melalui satu pembelajaran kolektif sepanjang pagi yang disusuli dengan cuti di sebelah petang bagi pengecasan semula sebagai sokongan terhadap kesihatan fizikal dan mental.
Selain itu, Manulife sekali lagi memberikan lima hari peribadi tambahan kepada lebih 37,000 rakan sekerjanya untuk digunakan pada tahun 2022 sebagai penghargaan atas segala kerja keras yang telah mereka lakukan dalam membantu orang ramai membuat keputusan dengan lebih mudah dan hidup dengan lebih baik.
"Pasukan kami telah menunjukkan stamina yang luar biasa ketika kami terus menangani pandemik global dengan memberi sokongan kepada para pelanggan kami, komuniti kami dan antara satu sama lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif Manulife, Roy Gori. "Kami tahu bahawa terdapat pelbagai faktor berbeza yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan mental kami dan itulah sebabnya kami akan terus mengambil pendekatan holistik yang memberi tumpuan kepada mendorong kreativiti kami melalui pembelajaran serta meningkatkan daya ketahanan kami melalui rehat."
Sepanjang pandemik ini, Manulife berpandukan komitmen untuk menyokong kesejahteraan pasukan globalnya dan menggalakkan rasa kesalinghubungan, penglibatan dan penyertaan yang lebih besar. Pada awal tahun ini, Manulife melancarkan "Elevate", sebuah program aktiviti dan sambutan yang berkisar tentang kehidupan yang sihat serta turut menjadi "Hari Terima Kasih" kedua cuti untuk semua rakan sekerja di seluruh dunia.
Tentang Manulife
Manulife Financial Corporation ialah penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang membantu orang ramai membuat keputusan dengan lebih mudah dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. Dengan ibu pejabat global kami di Toronto, Kanada, kami beroperasi sebagai Manulife di seluruh pejabat kami di Kanada, Asia dan Eropah serta dikenali secara khusus sebagai John Hancock di Amerika Syarikat. Kami menyediakan nasihat kewangan dan insurans, sementara segmen pengurusan aset dan kekayaan global kami iaitu Manulife Investment Management memberikan perkhidmatan kepada individu, institusi dan ahli pelan persaraan di seluruh dunia. Pada akhir tahun 2020, kami mempunyai lebih 37,000 orang pekerja, lebih 118,000 ejen dan ribuan rakan pengedar yang memberi perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan. Pada 30 Jun 2021, kami menguruskan dan mentadbir aset bernilai CAD$1.3 trilion (AS$1.1 trilion) serta dalam tempoh 12 bulan sebelumnya, kami telah membuat pembayaran sebanyak $31.3 bilion kepada para pelanggan kami. Operasi utama kami terletak di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat serta kami telah memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di negara-negara ini selama lebih 155 tahun. Kami didagangkan sebagai 'MFC' di bursa saham Toronto, New York dan Filipina dan sebagai '945' di Hong Kong.
Hubungan Media: Cheryl Holmes, Manulife, 416-557-0945, cheryl_holmes@manulife.com