TOKYO dan DUBLIN, Ireland, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Airborne Capital Limited ("Airborne") dan Mercuria Investment Holdings Co., Ltd. ("Mercuria") dengan sukacitanya mengumumkan perjanjian antara Airborne dengan anak syarikat Mercuria iaitu Mercuria Investment Co., Ltd untuk menjalinkan usaha sama operasi entiti baharu di Jepun dengan nama "Mercuria Airborne Capital Co., Ltd." ("JV").
JV ini memberikan Airborne akses yang meningkat terhadap para pelabur penerbangan Jepun dan membolehkan Mercuria memperluas kepakarannya dalam pelaburan alternatif rentas sempadan bagi memenuhi hasrat pelabur Jepun yang ingin melabur dalam penerbangan yang ditempah khas. Perniagaan ini akan menghubungkan keperluan khusus para pelabur penerbangan Jepun dengan perubahan dinamik dalam pasaran penerbangan global.
Walaupun berhadapan cabaran pandemik COVID-19, pelaburan pesawat terus memberikan peluang pelaburan dan pulangan yang menarik kepada para pelabur di seluruh dunia, dengan JV yang dijalinkan mengikut jangkaan bahawa peranan yang akan dimainkan oleh pelabur institusi dalam industri penerbangan ini akan berkembang dengan lebih pesat.
Mercuria ialah sebuah kumpulan pengurusan pelaburan berbilang strategi dengan pejabat di Tokyo, Beijing, Hong Kong dan Bangkok dan Pengurusan Aset (AUM) syarikat ini bernilai kira-kira USD2 bilion. Mercuria telah memberikan penyelesaian yang inovatif dalam pertumbuhan, pembelian dan pelaburan aset nyata kepada para pelabur Jepun dan luar negara.
Airborne ialah sebuah syarikat yang pakar dalam penyewaan pesawat dan pengurusan aset yang beribu pejabat di Ireland dengan kehadiran di Shannon, Dublin, London, New York, Montreal, Hong Kong, Seoul dan Tokyo. Airborne telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan menguruskan aset pesawat bernilai kira-kira USD1 bilion melalui hubungan yang aktif dengan kumpulan pelabur global termasuk pelabur Jepun.
Toshihiro Toyoshima, Ketua Pegawai Eksekutif Mercuria berkata:
"Usaha sama ini merupakan langkah yang menarik bagi Mercuria dan akan memperluas pelbagai peluang pelaburan alternatif antarabangsa yang boleh kami tawarkan kepada pelanggan kami. Perniagaan ini menggabungkan kepakaran Airborne dalam kewangan penerbangan global dengan pangkalan pelanggan dan latar belakang pelaburan kami yang kukuh."
Ramki Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Airborne Capital berkata:
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mercuria dan memperluas operasi kami yang telah pun berjaya di Jepun. Mercuria Airborne Capital akan menawarkan pelabur institusi di Jepun dengan akses kepada pelbagai peluang pelaburan yang menarik dalam sektor kewangan penerbangan global."
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: