omniture

Walkers Memperluas Perkhidmatan Profesional Terkemuka di Pasaran ke BVI

Walkers
2021-09-01 02:37 54

GEORGE TOWN, Kepulauan Cayman, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan undang-undang dan profesional terkemuka, Walkers, mengumumkan bahawa Walkers Professional Services (WPS) akan memperluas operasinya ke Kepulauan Virgin British (BVI). Pada tahun lalu, WPS telah melaksanakan beberapa pelantikan kanan strategik dengan fokus utamanya untuk menyediakan perkhidmatan korporat, tadbir urus korporat, pematuhan kawal selia dan fidusiari kepada pelanggan korporat dan institusi di pelbagai pusat kewangan global.

Peningkatan peraturan antarabangsa dan domestik telah menyebabkan peralihan kepada kualiti bagi kebanyakan peserta pasaran yang kini tertumpu kepada penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan korporat, fidusiari dan undang-undang bersepadu. Seiring dengan Walkers, WPS berupaya menyediakan infrastruktur dan skala yang diperlukan untuk mengendalikan permintaan kawal selia yang semakin meningkat bagi pihak pangkalan pelanggannya dengan mudah.

Pelaburan WPS dalam teknologi dan aplikasi dipacu proses memastikan bahawa pelanggan mematuhi keperluan kawal selia. Kejayaan firma ini di Kepulauan Cayman, Bermuda, Ireland dan UAE didorong oleh tindak balas pasukannya yang cekap dan penggunaan aplikasi digital, sebuah model yang akan direplika oleh WPI di BVI. Tawaran perkhidmatan WPS juga sejajar sepenuhnya dengan amalan Penasihat Risiko dan Kawal Selia Walker yang terkemuka di pasaran yang terdiri daripada pelbagai pakar dalam sektor teknologi kewangan, insurans, perkhidmatan kewangan serta yang menasihati pelanggan tentang pelbagai hal ehwal kawal selia yang komprehensif.

Steven Manning, Ketua Pegawai Eksekutif Walker Professional Services menyatakan, "Pelanggan kami telah lama memberitahu kami bahawa mereka menghargai pengembangan perkhidmatan WPS di BVI. Salah satu pendorong utama langkah ini ialah permintaan yang semakin meningkat yang kami lihat daripada pangkalan pelanggan institusi kami di Eropah dan Asia khususnya terhadap perkhidmatan profesional yang berkualiti tinggi dan bersepadu yang disediakan oleh WPS. Kami berhasrat untuk menjadi kuasa utama dalam industri perkhidmatan profesional di BVI dengan memupuk dan membangunkan bakat di jajahan tersebut sambil menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang."

Pengembangan ke dalam pasaran BVI menandakan komitmen berterusan Walkers terhadap negara itu. BVI ialah pusat perkhidmatan kewangan utama dan diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana rejim kawal selianya yang kukuh serta infrastruktur korporatnya yang dibangunkan dengan baik.

Tentang Walkers & WPS

Walkers ialah sebuah firma undang-undang antarabangsa yang terkemuka. Kami menyediakan perkhidmatan undang-undang, korporat, fidusiari dan pematuhan kepada institusi kewangan, bank pelaburan, peserta pasaran modal, syarikat Fortune 500, penyusun, penganjur dan pengurus, firma perundangan Magic Circle dan AmLaw 100, firma perakaunan, perkongsian, syarikat pemegang amanah dan fidusiari global yang lain.

Walkers Professional Services (WPS) ialah penyedia utama perkhidmatan korporat, tadbir urus korporat, pematuhan kawal selia dan fidusiari kepada pelanggan korporat dan institusi di pelbagai pusat kewangan global. WPS menyampaikan nilai perbelanjaan dan kepakaran yang terkemuka di pasaran melalui pasukan perkhidmatan profesional dan undang-undang bersepadu yang unik serta teknologi yang canggih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Robert Hazelton
Pengurus Komunikasi
T +44-(0)-20-3880-4918
E robert.hazelton@walkersglobal.com     

         

 

Source: Walkers
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion Legal Services