Syarikat baharu ini ditubuhkan apabila KPS Capital Partners melengkapkan pengambilalihannya terhadap Crown Holdings Inc. iaitu syarikat perniagaan pembungkusan barangan pengguna dan makanan di EMEA.
-- Firma pembungkusan global, Eviosys telah ditubuhkan untuk memberikan penyelesaian pembungkusan lestari dan pintar kepada para pelanggannya.
-- Nama jenama baharu, Eviosys ini berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'kelestarian' dan akan memanfaatkan kepakaran pembungkusan selama 200 tahun bagi memperluas kedudukannya sebagai peneraju dalam industri serta memberikan pertumbuhan masa depan.
-- Eksekutif industri pembungkusan, Tomás López akan memimpin Syarikat ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu.
-- KPS Capital Partners, LP, sebuah firma ekuiti swasta global yang terkemuka membawa bersama pengalaman industri yang luas sebagai pemilik baharu Eviosys setelah membangunkan syarikat-syarikat perindustrian dan pembuatan yang terkemuka dalam industri serta bertaraf dunia selama hampir tiga dekad.
ZUG, Switzerland, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Eviosys ("Syarikat"), peneraju dalam industri pembungkusan logam dengan inovasi dan kelestarian sebagai terasnya, hari ini dilancarkan sebagai sebuah syarikat bebas yang baru ditubuhkan. Syarikat ini merupakan pengeluar pembungkusan makanan keluli dan aluminium yang terbesar di Eropah serta mempunyai ratusan pelanggan produk pengguna dan makanan, serantau dan global.
Eviosys akan memberi tumpuan kepada penyelesaian pembungkusan pintar yang unik melalui penggabungan warisan yang kaya dengan fokus terhadap inovasi, penyelidikan dan pembangunan yang dipertingkatkan dan terkemuka di pasaran. Kelestarian merupakan teras Eviosys yang mempunyai portfolio produk berasaskan substrat logam boleh dikitar semula secara 100%. Syarikat ini akan memperjuangkan evolusi pembungkusan yang benar-benar lestari, membangunkan penyelesaian kepada para pelanggannya bagi membantu memenuhi matlamat kelestarian mereka sambil turut melindungi planet, manusia dan komuniti.
Eviosys yang memiliki tujuh buah studio reka bentuk dan tiga buah makmal di seluruh Eropah akan meneruskan peranannya sebagai peneraju dalam penyelesaian pembungkusan pintar dengan menawarkan cara yang menarik dan inovatif bagi membantu para pelanggan menampilkan kelainan dalam persaingan dan memanfaatkan peluang untuk pertumbuhan.
Eviosys mempunyai jejak pembuatan terbesar di rantau ini dengan 6,300 orang pekerja di 44 buah kemudahan pembuatan di 17 buah negara di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Dengan kemudahan pembuatannya yang terletak di lokasi strategik, Eviosys akan meneruskan komitmennya untuk menjamin kualiti dan memelihara produk serta mempromosikan reputasi jenama tempatan dan antarabangsa di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.
Tomás López, seorang eksekutif industri dengan pengalaman perniagaan pembungkusan terkemuka selama beberapa dekad akan memimpin Eviosys sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu. Encik Lopez sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mivisa sebelum syarikat tersebut diambil alih oleh Crown Holdings pada tahun 2014.
Tomás López, Ketua Pegawai Eksekutif berkata: "Ini merupakan detik yang amat menarik bagi industri pembungkusan. Eviosys menggabungkan pengalaman selama 200 tahun dalam memelihara produk dan mempromosikan jenama dengan fokus masa depan untuk berinovasi bagi melindungi planet ini.Dengan jejak perniagaan yang luas di seluruh EMEA, pelancaran Eviosys menjadi langkah perubahan sebenar kepada keseluruhan industri yang akan membawa kepada pembungkusan pintar dan lestari untuk semua."
Olivier Aubry, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran menambah: "Dengan fokus kami terhadap pembungkusan lestari yang pintar, Eviosys akan mengambil langkah dengan penuh keyakinan ke arah menghasilkan produk yang sesuai untuk para pelanggan kami, pengguna akhir dan planet ini. Ini bermakna penyelesaian reka bentuk yang bijak tanpa menjejaskan kualiti dengan kelestarian sebagai teras yang paling penting."
Tentang Eviosys
Eviosys yang beribu pejabat di Zug, Switzerland, merupakan pembekal pembungkusan logam global terkemuka yang mengeluarkan tin makanan dan penutupnya, tin aerosol, penutup logam serta pembungkusan promosi untuk memelihara produk bagi ratusan jenama pengguna.
Eviosys mempunyai jejak pembuatan terbesar di rantau ini dengan 6,300 orang pekerja di 44 buah kemudahan pembuatan di 17 buah negara di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Pada tahun 2020, ia menjana pendapatan sebanyak €1.9 bilion. Eviosys ialah sebuah syarikat portfolio KPS Capital Partners, LP.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eviosys.com.
Tentang KPS Capital Partners
Melalui entiti pengurusan gabungannya, KPS merupakan pengurus kepada KPS Special Situations Funds iaitu sebuah rangkaian dana pelaburan dengan aset di bawah pengurusan yang bernilai lebih $12.8 bilion (pada 31 Mac 2021). Selama hampir tiga dekad, Rakan Kongsi KPS telah berusaha secara eksklusif untuk merealisasikan penambahan nilai modal yang signifikan dengan melakukan pelaburan ekuiti kawalan dalam syarikat pembuatan dan perindustrian di pelbagai industri yang merangkumi bahan asas, penjagaan kesihatan pengguna dan produk mewah berjenama, komponen automotif, kelengkapan modal serta pembuatan am.
KPS mewujudkan nilai untuk para pelaburnya dengan berusaha secara membina dengan pasukan pengurusan yang berbakat untuk menjadikan perniagaan yang lebih baik dan menjana pulangan pelaburan dengan meningkatkan kedudukan strategik, daya saing dan keuntungan syarikat portfolionya secara berstruktur, daripada bergantung sepenuhnya pada leveraj kewangan.
Syarikat-syarikat portfolio KPS Funds mempunyai jumlah pendapatan tahunan terkumpul kira-kira $13.5 bilion, mengendalikan 156 buah kemudahan pembuatan di 23 buah negara serta mempunyai kira-kira 40,000 orang pekerja secara langsung dan melalui usaha sama di seluruh dunia (proforma untuk pengambilalihan terkini pada 31 Mac 2021). Strategi pelaburan dan syarikat portfolio KPS diterangkan secara terperinci di www.kpsfund.com.