omniture

Big Data Exchange (BDx) Menandatangani Perjanjian dengan Red Dot Analytics untuk Meningkatkan Kelestarian di Seluruh Pusat Data Asia Pasifiknya

Big Data Exchange (BDx)
2021-09-01 06:05 36

HONG KONG, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- Big Data Exchange (BDx ), sebuah kluster pusat data Pan Asia, telah memeterai perjanjian dengan Red Dot Analytics (RDA) untuk mengubah kemudahan BDx secara digital dan memperkasa syarikat tersebut untuk menjadi lebih cekap dan lestari. Fasa pertama projek selama tiga tahun dengan RDA, perintis yang berpangkalan di Singapura dalam bidang kecerdasan buatan (AI) perindustrian ini, akan memberi tumpuan kepada pengoptimuman PUE dan penyejukan di kemudahan BDx di tanah besar China, Hong Kong dan Singapura.

Perjanjian ini membolehkan BDx mengenal pasti ketidakcekapan di seluruh kemudahannya dengan memanfaatkan Penyelesaian Pusat Data RDA yang menyepadukan aplikasi dan automasi dipacu AI. Hasilnya, BDx akan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang pengurusan kitaran hayat pusat data syarikat tersebut yang akan menjimatkan kos tenaga, mengurangkan kesilapan manusia dan meningkatkan penggunaan kapasiti. Akhirnya, BDx akan mengurangkan jejak dan pelepasan karbonnya yang penting kerana permintaan digital terus meningkatkan keperluan pusat data. 

Kecanggihan teknologi amat diperlukan di Singapura yang menempatkan salah sebuah pusat data BDx. Singapura membekalkan kira-kira 60% daripada keperluan pusat data di seluruh rantau Asia Pasifik dengan sebuah moratorium pusat data yang telah diwujudkan ketika pegawai kerajaan menangani kebimbangan mereka terhadap kelestarian pusat data. Pusat data menggunakan 7% daripada jumlah penggunaan elektrik negara disebabkan kos penyejukan pusat data yang tinggi untuk melindungi peralatan daripada persekitaran yang panas dan lembap. 

"Teknologi berasaskan kecerdasan buatan RDA akan membolehkan visualisasi ke dalam sistem kami untuk mengenal pasti cara kami meningkatkan prestasi dan kelestarian tanpa menjejaskan standard keselamatan yang diperlukan untuk infrastruktur misi kritikal," kata Jeremy Yew, Ketua Pegawai Operasi BDx. "Fokus terhadap kecekapan tenaga dan operasi ini akan membantu kami memajukan operasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami." 

Melalui model teknologi berkembar digitalnya, RDA mencipta infrastruktur yang kritikal dalam dunia fizikal dan mengoptimumkannya dengan penggunaan aplikasi berasaskan AI. Kemajuan syarikat dalam kelestarian dan ramalan penyelenggaraan membolehkan pengendali pusat data misi kritikal seperti BDx untuk terus menyediakan kesalinghubungan yang diperlukan dalam persekitaran yang lebih cekap.  

"BDx akan memperoleh keupayaan yang lebih kuat untuk mengenal pasti dan mencegah potensi titik panas dan kebimbangan keselamatan kepanasan yang lain di dalam pusat data," kata Profesor Yonggang Wen, Ketua Saintis RDA. "Pengoptimuman dan peraturan penyejukan akan menghasilkan pengoptimuman Kecekapan Penggunaan Kuasa (PUE) hingga 5%. Peningkatan kecekapan ini akan mendorong ke arah penjimatan tambahan bagi BDx dan para pelanggannya dalam persekitaran yang lebih lestari."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BDx, sila layari www.bdxworld.com. 

Tentang BDx
Big Data Exchange (BDx) ialah sebuah kluster pusat data Pan Asia dengan lokasi di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, kesalinghubungan dan kolokasinya yang unik menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan infrastruktur IT misi kritikal yang tiada tandingan kepada para pelanggan tempatan dan globalnya. Sebagai penyedia pembawa-neutral, BDx menyampaikan ekosistem hibrid yang selamat dengan penyelesaian kesalinghubungan yang inovatif kepada perusahaan, OTTS, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi. Dengan modulnya yang automatik, BDx membolehkan perusahaan menguruskan rak fizikal dengan kemudahan yang sama seperti bekerja di awan awam dengan tahap penyesuaian yang tiada tandingan. BDx telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan mempunyai ibu pejabat di Hong Kong. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.bdxworld.com atau ikuti BDx di Twitter dan LinkedIn.

Tentang Red Dot Analytics Pte. Ltd.
Red Dot Analytics Pte. Ltd. (RDA) ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Nanyang Technological University, Singapura. RDA memberi tumpuan kepada pengkomersialan penyelesaian berkembar digital kognitif yang memenangi anugerah untuk mendigital, mengoptimum dan mengautomasikan operasi serta pengurusan pusat data untuk kesinambungan dan kelestarian perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rda.ai/ 

Hubungan Media:
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
pr@jsa.net

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1086297/BDx_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Big Data Exchange (BDx)
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Corporate Expansion Data Analytics