omniture

Mobileum Dinobatkan Sebagai Vendor Contoh dalam laporan Gartner ® Hype Cycle™ 2021 bertajuk "Hype Cycle for Privacy, 2021" dan "Hype Cycle for the Future of CSP Network Infrastructure"

Mobileum Inc.
2021-09-01 15:00 23

Keselamatan Rangkaian 5G disebut sebagai Teknologi Utama seperti dalam laporan tersebut yang menyatakan, "Memperoleh rangkaian 5G merupakan keutamaan kepada CSP dan perusahaan disebabkan peningkatan dalam penggunaan swasta, penggunaan menegak, seni bina awan dan sambungan IoT besar-besaran 5G mewujudkan kerentanan dan cabaran baharu seperti kemungkinan berlakunya vektor serangan dan titik permulaan DDoS. "

CUPERTINO, California, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik global terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan pemantauan, berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai Vendor Contoh dalam laporan Gartner 2021 yang bertajuk  "Hype Cycle for Privacy, 2021" [1] dan "Hype Cycle for the Future of CSP Network Infrastructure, 2021"[2]. Mobileum menerima pengiktirafan bagi kategori keselamatan rangkaian 5G.

 

 

Menurut Gartner, "Memperoleh rangkaian 5G merupakan keutamaan kepada CSP dan perusahaan disebabkan peningkatan dalam penggunaan swasta, penggunaan menegak, seni bina awan dan sambungan IoT besar-besaran 5G mewujudkan kerentanan dan cabaran baharu seperti kemungkinan berlakunya vektor serangan dan titik permulaan DDoS". Tambahan pula, "Para pemimpin pengurusan risiko dan keselamatan yang menguruskan risiko teknologi, maklumat dan daya ketahanan menganggap kerahsiaan sebagai keutamaan yang paling penting". Gartner menganggarkan bahawa, " Menjelang akhir tahun 2023, 75% daripada populasi dunia akan mempunyai perlindungan data peribadi masing-masing di bawah peraturan kerahsiaan moden, yang menunjukkan peningkatan berbanding 25% pada masa kini".[1]

"Untuk memperoleh pengewangan daripada kes penggunaan 5G yang lebih mencabar seperti bandar-bandar pintar, CSP perlu menjamin tahap keselamatan. Ini memerlukan keselamatan rangkaian 5G hujung ke hujung sebenar yang merangkumi rangkaian teras, hirisan rangkaian, pinggir hingga ke hujung untuk meningkatkan perlindungan identiti pelanggan. Kami menganggap bahawa pengiktirafan oleh Gartner sebagai Vendor Contoh untuk kategori keselamatan rangkaian 5G memperkukuh kedudukan Mobileum sebagai peneraju pasaran dalam bidang pengurusan risiko dan keselamatan telekomunikasi," jelas Avnish Chauhan, Ketua Pegawai Teknologi Mobileum.

Platform Active Intelligence Mobileum merupakan teknologi analitik berfokus telekomunikasi terkemuka yang menyokong perayauan, perkhidmatan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian.  Portfolio produk keselamatan rangkaian Mobileum menyediakan CSP dengan keselamatan dan perlindungan lengkap untuk rangkaian, perkhidmatan dan pelanggan 5G. Penyelesaian Mobileum membolehkan saling hubung yang selamat antara rangkaian 5G sambil memastikan keserasian mengundur di seluruh rangkaian MNO 5G, 4G, 3G dan 2G. Platform Active Intelligence memastikan keselamatan rangkaian 5G dengan pengisyaratan tembok api menggunakan silang protokol termasuk tembok api SS7, GTP, Diameter dan SIP. Dengan sokongan analisis canggih, ujian penembusan, Perlindungan Spam SMS dan pengesanan anomali trafik Mobileum, CSP boleh mengesan ancaman sebelum ia berlaku, membolehkan ia menyampaikan hubungan IoT yang selamat, memenuhi keperluan keselamatan yang lebih tinggi bagi penghirisan rangkaian serta menyampaikan permintaan keselamatan 5G yang diperlukan untuk QoS dan QoE yang terjamin.

Sumber (tersedia untuk pelanggan Gartner):

[1] Gartner, Hype Cycle for Privacy, 2021, Bart Willemsen, 13 Julai 2021.

[2] Gartner, Hype Cycle for the Future of CSP Networks Infrastructure, 2021, Sylvain Fabre, 12 Julai 2021. 

Penafian Gartner 

GARTNER dan HYPE CYCLE ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata serta meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura dan UK.

Maklumat lanjut di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter. 

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Berguna: 

QUEXOR GROUP INC. 

Barbara Henris | bhenris@quexor.com | Mudah Alih: +1 (703) 470-9446

Komunikasi Media dan Korporat – Mobileum

Sandra Almeida  | sandra.almeida@mobileum.com | Mudah Alih +351 939650229

Pengurusan Produk dan Hubungan Penganalisis - Mobileum

Carlos Marques | Carlos.Marques@mobileum.com | Mudah Alih +351 939650124

 

Source: Mobileum Inc.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Publishing/Information Service Telecommunications Survey, Polls & Research Data Analytics