omniture

PDI Menandatangani Perjanjian Muktamad Mengambil Alih Pemilikan Orbis Tech bagi Memasuki Pasaran Point of Sales Global dan Menamakan Brad McGuinness sebagai Naib Presiden Kanan

Professional Datasolutions, Inc.
2021-09-01 19:00 17

PDI menambah rangkaian perisian POS dan memperluas keupayaannya dalam perisian Back Office and Head office  antarabangsa  bagi membantu perniagaan petroleum, runcit dan hospitaliti.

ATLANTA, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- PDI (www.pdisoftware.com), sebuah syarikat antarabangsa bagi perisian pengurusan perusahaan terkemuka untuk industri petroleum dan peruncitan serbaneka, telah menandatangani perjanjian muktamad mengambil alih pemilikan Orbis Technologies Ltd. (Orbis Tech), sebuah syarikat perisian antarabangsa  bagi Point of Sales, Back office dan Head Office, yang berasaskan infrastruktur Cloud. Pengambilalihan ini meningkatkan tawaran perisian antarabangsa PDI dengan platform Cloud bagi Point of Sales, Back Office dan Head office yang akan membantu perniagaan mempermudahkan operasi yang rumit. Selain itu, Brad McGuinness turut menyertai PDI sebagai Naib Presiden Kanan  PDI dengan membawa bersama kepakaran lebih 30 tahun dalam teknologi Point of Sales  serta industri petroleum dan peruncitan serbaneka. 

Orbis Tech telah membangunkan perisian modular bagi Point of Sales, Back Office dan Head office  berasaskan  infrastruktur Cloud  sebagai penyelesaian serba lengkap yang memberikan fleksibiliti yang diperlukan oleh syarikat pelbagai saiz yang mempunyai operasi antarabangsa untuk menjalankan perniagaan mereka. PDI mempunyai sejarah yang lama dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya dan menyampaikan perisian yang memenuhi keperluan mereka pada masa kini sambil menyediakan mereka untuk menghadapi masa hadapan. Rangkaian perisian Point of Sales  bersepadu yang moden menjadi semakin penting kepada masa depan petroleum dan peruncitan serbaneka dan cara perniagaan melakukan pembaharuan terhadap perniagaan  dan pengalaman pelanggan mereka. PDI akan terus melabur dalam platform ini untuk mempercepat penyampaiannya dan memastikan sokongan operasi global yang berterusan kepada para pelanggan PDI.

"Kami telah membangunkan rangkaian perisian tunggal yang hebat bagi sektor petroleum, peruncitan serbaneka dan hospitaliti  serta berasa teruja untuk menyertai pasukan PDI," kata Ketua Pegawai Eksekutif Orbis Tech, Jorundur Jorundsson. "Melalui penggabungan ini, kami dapat berinovasi dan memberi penyampaian dengan lebih cepat—supaya kami boleh membangunkan perisian kami yang mapan dengan memanfaatkan kepakaran PDI dalam operasi pejabat pentadbiran, rangkaian keselamatan  serta melindungi data dan aset perniagaan yang penting."

PDI mengukuhkan kepemimpinan dan kedudukannya di pasaran apabila Brad McGuinness menyertai syarikat tersebut bagi menerajui Point of Sales bisnes antarabangsa mereka serta infrastruktur Cloud bagi Back Office dan Head office Orbis.. Sebelum menyertai PDI, Brad McGuinness memegang beberapa jawatan kepemimpinan selama lebih 25 tahun bersama Verifone. Beliau bertanggungjawab dalam memperkenalkan Ruby, Commander, Topaz dan produk daripada rangkaian 'pin pad' atau peranti pembayaran kad menggunakan pin pelbagai jalur Mx Verifone untuk industri petroleum dan runcit.  . Pada awal kerjayanya, Brad telah mengetuai inisiatif pembangunan standard utama dengan Conexxus; beliau kini berkhidmat dengan Lembaga Pembekal NACS dan diiktiraf sebagai salah seorang daripada 50 orang yang paling berpengaruh dalam industri petroleum dan peruncitan serbaneka.

"PDI memiliki reputasi yang cemerlang dalam industri dan pasukan kepemimpinan yang bertaraf dunia," kata Brad McGuinness, Naib Presiden Kanan Point of Sales  PDI. "Saya teruja dapat menyertai pasukan ini dan berharap dapat mengembangkan bisness Point of Sales serta membantu pelanggan PDI mencapai kejayaan."

"Orbis Tech telah membangunkan perisian Point of Sales yang lengkap dan memenuhi keperluan pelanggan antarabangsa kami dengan membolehkan mereka mengoptimumkan perniagaan sambil mempermudah rangkaian teknologi mereka," kata Jimmy Frangis, Ketua Pegawai Eksekutif PDI. "Penambahan perisian Point of Sales memperkukuh penyelesaian kami bagi Back Office dan Head Office serta pelantikan veteran industri Brad McGuinness untuk memimpin, membolehkan PDI memberikan perkhidmatan kepada industri masa kini dan membantu para pelanggan kami membentuk masa depan perniagaan mereka."

Berenson & Company bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada PDI berkenaan transaksi tersebut.

Tentang PDI
Professional Datasolutions, Inc. (PDI) membantu perniagaan dan jenama dalam petroleum dan runcit untuk meningkatkan jualan, beroperasi dengan lebih cekap dan selamat serta meningkatkan taraf proses membuat keputusan yang kritikal. Sejak tahun 1983, PDI dengan bangganya telah berkhidmat dalam industri petroleum dan runcit . Pelanggan PDI melebihi 1,500 buah syarikat antarabangsa yang mewakili lebih 200,000 lokasi di seluruh dunia, bergantung kepada perisian dan kepakaran PDI untuk meyampaikan peruncitan serbaneka dan tenaga ke seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang PDI, sila kunjungi kami di www.pdisoftware.com.

Hubungan PR: Anna Patrick, Media Frenzy Global
201.704.6311 I anna@mediafrenzyglobal.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1517102/PDI_color_Logo.jpg?p=medium600

Source: Professional Datasolutions, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Personnel announcements