![]() |
Peranti pengumpulan kendiri ini direka untuk kemudahan penggunaan dan keselamatan
IRVINE, California, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- Zymo Research hari ini mengumumkan rangkaian baharu kit pengumpulan sampel di rumahnya telah menerima tanda CE untuk jualan di Kesatuan Eropah (EU). Kit Pengumpulan Sampel SafeCollect™ telah direka dengan mengutamakan keselamatan pengguna sepenuhnya untuk pengumpulan kendiri tanpa pengawasan. Pada masa ini, teknologi SafeCollect™ tersedia dalam kedua-dua format swab dan pengumpulan air liur.
Pertambahan bilangan syarikat teknologi dan lokasi ujian COVID-19 pandu lalu yang memerlukan para pengguna mengumpul sampel mereka sendiri telah menyebabkan penelitian dilakukan terhadap penggunaan peranti pengumpulan sampel tradisional. Bagi menangani keperluan ini, para saintis dan jurutera di Zymo Research membangunkan SafeCollect™, sebuah peranti pengumpulan sampel di rumah yang direka khas serta memberikan keselamatan dan memudahkan penggunaannya kepada pengguna untuk pensampelan yang konsisten. Tiub Kit Pengumpulan Sampel SafeCollect™ yang dipatenkan ini menampilkan penutup keselamatan yang mencegah tumpahan, sentuhan dan/atau pengingesan medium penstabilan sampel secara tidak sengaja.
Peranti SafeCollect™ diisi dengan larutan penstabilan DNA/RNA Shield ™ proprietari Zymo Research yang memelihara DNA dan RNA pada suhu persekitaran sekurang-kurangnya selama 30 hari. Pemeliharaan sedemikian bukan sahaja menjimatkan tetapi juga penting apabila penghantaran sampel dengan menggunakan ais kering yang mahal dan kaedah penghantaran sejuk yang lain tidak tersedia atau dibenarkan. DNA/RNA Shield™ merupakan medium pengangkutan yang pertama mendapat kelulusan 510(k) bagi pengumpulan, pemeliharaan dan penyahaktifan SARS-CoV-2 yang menyediakan lapisan perlindungan tambahan untuk mereka yang berhubung secara langsung dengan sampel, termasuk kakitangan kurier dan makmal.
"Ujian dan pengumpulan kendiri spesimen biologi di rumah tidak lagi dikhaskan kepada ujian genetik pengguna khusus tetapi akan menjadi penting bagi memudahkan usaha saringan berasaskan maklumat dan pengawasan yang luas serta menjadi aspek penting dalam pasaran telekesihatan yang baru muncul," kata Dr. Stanislav Forman dari Zymo Research. "Kit Pengumpulan Sampel SafeCollect™ telah dibangunkan untuk membantu memenuhi permintaan ini tanpa menjejaskan kemudahan atau keselamatan pelanggan sambil melindungi integriti sampel yang dikumpulkan untuk analisis yang mantap. Kami ingin mencipta piawaian baharu dalam pengumpulan sampel melalui rangkaian produk SafeCollect™."
OEM Zymo Research mengeluarkan peranti SafeCollect™ untuk pihak ketiga dan menawarkan pengisian, pelabelan dan pemasangan/pembungkusan yang disesuaikan. Untuk maklumat lanjut tentang Kit Pengumpulan Sampel Di Rumah SafeCollect™ Zymo Research, sila layari laman web syarikat.
Tentang Zymo Research Corp.
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi perkhidmatan kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. Visi syarikat iaitu "Keindahan Sains Menjadikan Semua Perkara Mudah" dizahirkan pada semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Dikenali dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research melangkaui batas kemajuan dengan penyelesaian baharu untuk pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiomik, peranti diagnostik dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook , LinkedIn , Twitter dan Instagram .
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1605591/zymo_research_safecollect.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600