omniture

Coty Inc. Menaikkan Pangkat Eksekutif Kanan Pemasaran

Coty Inc.
2013-06-26 11:04 110

-- Stephen Mormoris Dilantik Sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran Global American Fragrances, Coty Prestige

-- Johanna Businelli Dilantik Sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran Color Cosmetics, Coty Beauty

NEW YORK, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc. (NYSE: COTY), sebuah peneraju memuncul dalam kecantikan global, telah mengumumkan bahawa berkuatkuasa 1 Julai 2013, Stephen Mormoris akan dilantik menjadi naib presiden kanan Pemasaran Global American Fragrances, Coty Prestige. Tambahan lagi, Johanna Businelli telah dinaikkan pangkat untuk jawatan yang baru diwujudkan iaitu Naib Presiden Kanan Color Cosmetics, Coty Beauty.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130625/NY36518

Memegang jawatan baharu ini, Mormoris akan membina sokongan kukuh untuk jenama-jenama seperti Calvin Klein, Marc Jacobs dan Balenciaga, serta membangunkan jenama fesyen/gaya hidup mewah baharu yang menyatukan kepimpinan wangian Coty di dunia. Beliau juga mengekalkan tanggungjawab mencari hubungan kerjasama baharu dalam arena wangian serta menilai beberapa hubungan strategik yang dipunyai bersama rakan-rakan kongsi sedia ada. Mormoris akan melapor kepada Jean Mortier, presiden, Coty Prestige.

 "Steve ialah seorang pemasar yang berpengalaman dan handal yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Coty selama lebih 12 tahun lalu," kata Jean Mortier. "Menggunakan kreativiti beliau, daya perniagaan beliau dan pemahaman luas mengenai arah aliran pasaran global, beliau telah membina jenama-jenama yang kuat, tahan lama dan relevan pengguna bagi kosmetik dan wangian. Pelantikan beliau akan mengukuhkan lagi cita-cita global jenama-jenama kami, sambil kami terus membangunkan Coty sebagai pemimpin kecantikan sedunia yang dinamik."

"Saya sangat bersemangat dengan Coty, industri kecantikan dan rakan kongsi jenama yang membuat sumbangan besar kepada kejayaan kami," kata Mormoris. "Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menjawat peranan baharu ini dengan penuh semangat dan membantu jenama Coty dibangunkan lagi melalui Coty Prestige; potensi yang ada begitu hebat."

Mormoris, yang menyertai Coty pada tahun 2001, telah merangka portfolio wangian Coty Beauty, menetapkan penjana jenama-jenama fesyen dan selebriti yang merangkumi pasaran berprestij dan pasaran massa, serta mengendalikan pertumbuhan organik yang kuat. Contohnya, beliau telah membina hubungan kukuh dengan rakan-rakan kongsi berlesen Coty seperti Halle Berry, David dan Victoria Beckham, Beyonce, Celine Dion, Guess, Heidi Klum, Kylie Minogue, Kate Moss dan Katy Perry, antaranya.

Beliau juga banyak menyumbang kepada pembangunan portfolio kosmetik warna Coty, yang kini merangkumi jenama-jenama harga terendah kepada jenama-jenama yang lebih premium/terpacu imej. Lebih penting lagi, beliau juga banyak menyumbang kepada penukaran Rimmel menjadi jenama kosmetik global yang meneraju, bergaya dan dipandu nilai. Beliau juga bertanggungjawab menggunakan kelebihan kedudukan kepimpinan Sally Hansen dalam kategori kuku di AS, mencipta tawaran pengguna yang berbeza dalam warna kuku, tampalan kuku dan teknologi gel warna.

Peranan Businelli menandakan kali pertama Coty mempunyai jawatan pemasaran kanan yang dikhususkan sepenuhnya kepada kosmetik warna, yang telah menjadi segmen kedua terbesar dan paling pesat bertumbuh dalam Coty. Businelli telah membangunkan kepakaran menyeluruh dalam penumpuan warna untuk kategori itu sepanjang kerjaya beliau. Beliau akan memastikan peluasan portfolio warna Coty, membina jenama-jenama seperti Astor, Rimmel, Sally Hansen, Manhattan dan NYC. Beliau juga akan mengetuai, bersama Ketua Pegawai Saintis Ralph Macchio, Majlis Inovasi Teknologi Warna Coty. Businelli akan melapor kepada Renato Semerari, presiden, Coty Beauty.

 "Johanna telah menempa namanya dengan kukuh terhadap pembangunan perniagaan kami. Keghairahan dan kepakarannya yang menerajui industri bermakna beliau akan memberi impak besar terhadap kosmetik warna, yang telah bertumbuh menjadi segmen kedua terbesar Coty," kata Renato Semerari.

 "Pewujudan peranan ini menunjukkan kepentingan sektor kosmetik warna untuk Coty," kata Businelli. "Dan ini merupakan langkah positif untuk masa hadapan yang membolehkan saya menggunakan pengetahuan saya mengenai pasaran dan pengguna untuk kosmetik warna merentasi syarikat ini."

Businelli menyertai Coty pada tahun 1997 apabila Coty membeli Rimmel. Sejak itu, beliau telah menjawat pelbagai jawatan pemasaran dan pengurusan am yang semakin berkembang di United Kingdom dan juga di Itali. Baru-baru ini beliau dipertanggungjawabkan untuk pemasaran perdagangan global untuk kategori warna; bekerjasama rapat dengan pasukan global menyelaraskan inisiatif pemasaran Coty dengan keutamaan syarikat.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua jenama Coty, sila lawati www.coty.com.

Mengenai Coty Inc.

Coty ialah peneraju memuncul dalam bidang kecantikan global dengan hasil bersih bernilai $4.6 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2012. Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan fokus perniagaan tunggal dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan tubuh yang terkemuka dijual di lebih 130 buah negara dan wilayah. Produk-produk yang ditawarkan oleh Coty termasuklah jenama-jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coty Inc., sila lawati www.coty.com

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements