omniture

Venture Global LNG dan PGNiG Memuktamadkan Peluasan Perkongsian LNG

Venture Global LNG
2021-09-02 19:25 47

Venture Global bersedia untuk menjadi pembekal LNG Amerika yang terbaik kepada Poland  

WARSAW, Poland, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG dan PGNiG (Syarikat Minyak dan Gas Poland) memuktamadkan perjanjian bersama pada hari ini berkenaan PGNiG yang akan membeli tambahan 2 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) daripada Venture Global selama 20 tahun. Kargo akan dibekalkan daripada kemudahan eksport Calcasieu Pass LNG dan Plaquemines LNG milik Venture Global. Dokumen tersebut ditandatangani semasa upacara di Bursa Saham Warsaw. 

"Venture Global berasa bangga dapat memperluas kerjasama kami yang sedia ada dengan PGNiG demi menyediakan bekalan LNG Amerika yang bersih dan boleh dipercayai kepada Poland. Sejak 2018, kedua-dua syarikat kami telah meningkatkan kerjasama kami dengan ketara, menggandakan jumlah LNG Venture Global yang akan dieksport ke PGNiG hampir sebanyak tiga kali. Poland akan mengurangkan jejak karbonnya dan mempelbagaikan gabungan tenaga negara itu dengan menambahkan lebih banyak gas asli Amerika dalam portfolionya. Dengan menyasarkan gas asli yang lebih bersih dari Amerika Syarikat bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan tenaga Poland, malah dapat mengurangkan pelepasan karbonnya, dan Venture Global berharap dapat menyokong rakan kongsi kami PGNiG dalam usaha ini untuk tahun-tahun yang akan datang," ujar Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global LNG.

"Pengimportan LNG membolehkan PGNiG mempelbagaikan sumber dan laluan bekalan gas asli. Dengan cara ini kita boleh menyediakan jaminan tenaga kepada pelanggan Poland – menerusi penghantaran gas yang berterusan dan tidak terganggu. Hal ini sangat penting memandangkan gas asli akan menjadi bahan api perantaraan dalam proses peralihan tenaga ekonomi Poland. Pada masa yang sama, perolehan LNG Amerika memberi kami peluang bagi membangunkan perdagangan bahan api ini di pasaran global – bagi tujuan ini, kami akan menyewa pengangkut LNG untuk penghantaran gas asli cecair. Dalam hal ini, kami menghargai kerjasama dengan Venture Global LNG kerana usaha ini membolehkan kami mencapai matlamat strategik kami," ulas Paweł Majewski, Presiden Lembaga Pengurusan PGNiG.

Pengumuman hari ini meminda Perjanjian Jual Beli sedia ada yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat itu pada 2018, meningkatkan jumlah LNG yang dibeli daripada Calcasieu Pass LNG kepada 1.5 MTPA dan jumlah daripada Plaquemines LNG kepada 4 MTPA. Ini menjadikan jumlah keseluruhan perjanjian pembelian LNG oleh PGNiG daripada kemudahan Venture Global kepada 5.5 MTPA selama 20 tahun secara percuma ke atas kapal (FOB).

Tentang Venture Global LNG

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang akan diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Venture Global sedang membina atau membangunkan 70 MTPA kapasiti pengeluaran di Louisiana untuk menyediakan tenaga yang bersih dan berpatutan kepada dunia.

Tentang PGNiG

Syarikat Minyak dan Gas Poland (PGNiG SA) mengendalikan penerokaan dan pengeluaran gas asli dan minyak mentah dan – melalui cawangan dan syarikat utamanya daripada Capital Group – dengan pengimportan, penyimpanan, penjualan, pengedaran bahan api gas dan cecair, pengeluaran haba dan elektrik serta perkhidmatan geofizik dan penggerudian. Anak-anak syarikat dan cawangannya menjalankan aktiviti penerokaan dan pengeluaran di Norway, Pakistan dan Emiriyah Arab Bersatu serta penjualan gas asli di Eropah dan perdagangan LNG. Syarikat ini terlibat dalam projek-projek berkaitan biometana serta penyimpanan dan pengedaran hidrogen. Syarikat tersebut membina kecekapan dalam penjanaan kuasa daripada sumber boleh diperbaharu.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Gas Oil/Energy Transportation Utilities Contracts Corporate Expansion