omniture

Laporan B Lab: Syarikat perlu melakukan lebih banyak lagi untuk melaksanakan kemajuan sebenar SDG

B Lab
2021-09-02 19:44 82

NEW YORK, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- Walaupun terdapat pengumuman tentang kemajuannya, tetapi tindakan dan prestasi perniagaan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) adalah tidak cukup strategik atau berani untuk mencapainya menjelang tahun 2030, seperti yang dikongsikan dalam laporan yang dikeluarkan hari ini oleh B Lab, sebuah rangkaian organisasi global yang mengubah sistem ekonomi global.

Laporan ini memeriksa data penggunaan daripada lebih 1,700 buah syarikat yang telah menggunakan Pengurus Tindakan SDG iaitu penyelesaian pengurusan impak B Lab untuk perniagaan membuat kemajuan pada SDG.

"Agenda 2030 ini bercita-cita tinggi tetapi diperlukan bagi merealisasikan sistem ekonomi yang memberi manfaat kepada semua orang, komuniti dan planet," kata Dan Osusky, Ketua Piawaian dan Wawasan B Lab. "Kami berharap laporan ini dapat memberikan bukti terhadap langkah-langkah ketara yang dilaksanakan oleh perniagaan bagi mencapai SDG, hala tuju bagi tindakan perniagaan yang menyasarkan aspek perniagaan yang paling memberi impak—model perniagaan, rantaian bekalan dan usaha tindakan kolektifnya—dan memberi isyarat terhadap keperluan bagi tindakan individu yang lebih banyak serta perubahan sistem ekonomi kita yang lebih meluas kepada suatu sistem ekonomi yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan."

Ini merangkumi pemahaman berikut:

  • Apabila melihat peratusan mata yang diperoleh berdasarkan aspek perniagaan, syarikat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada operasi dalaman mereka (41%) berbanding model perniagaan mereka (32%), rantaian bekalan (30%) atau usaha tindakan kolektif (29%).
  • Antara matlamat yang paling kerap ditetapkan untuk penambahbaikan kesemua SDG ialah perniagaan secara asasnya perlu mengubah struktur tadbir urus mereka sendiri kepada tadbir urus yang memerlukan pertimbangan pihak berkepentingan dalam membuat keputusan.

Laporan ini dihasilkan dengan bantuan kewangan yang besar daripada Generation Foundation, Emmanuel Faber, Canada's International Development Research Centre (IDRC), Bill & Melinda Gates Foundation dan Robert Wood Johnson Foundation.

Siaran lengkap tersedia di sini.

Tentang B Lab: B Lab mengubah ekonomi global untuk memberi manfaat kepada semua orang, komuniti dan planet ini. Sebagai peneraju dalam perubahan sistem ekonomi, rangkaian global kami mencipta standard, dasar, peralatan dan program untuk perniagaan dan kami memperakui syarikat—dikenali sebagai B Corps—yang menerajui perjalanan. Setakat ini, komuniti kami merangkumi 280,000 orang pekerja di lebih 4,000 B Corps di 77 buah negara dan 153 buah industri serta lebih 150,000 buah syarikat yang menguruskan impak mereka dengan Penilaian Impak B dan Pengurus Tindakan SDG. Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai pergerakan ini, sila layari www.bcorporation.net

 

Source: B Lab
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research