omniture

'Artistry in Oak': Gordon & MacPhail Menyingkap Persembahan Daripada Sir David Adjaye untuk Wiski Scotch Malt Tunggal Tertua Di Dunia yang Amat Dinanti-nantikan

Gordon & MacPhail
2021-09-02 20:01 93

ELGIN, Scotland, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- Pencipta wiski Gordon & MacPhail hari ini mendedahkan dekanter bak permata yang unik dan pavilion oak yang direka oleh arkitek dan pereka terkenal di dunia , Sir David Adjaye OBE untuk meraikan pengeluaran Scotch malt tunggal tertua yang pernah dibotolkan - Generations 80-Years daripada Glenlivet Distillery.

 

Reka bentuknya merupakan sambutan kesenian, pertukangan halus dan penjagaan yang meraikan wiski malt tunggal yang dikandunginya. Bentuknya yang unik mewakili sejarah Gordon & MacPhail yang berulang kali melepasi sempadan dari segi kematangan wiski jangka panjang, yang menjadikan usaha penyelidikan, kesabaran dan kualiti kekal sebagai asas untuk kemajuan kilang penyulingan ini sejak tahun 1895.

Tema kreatif bagi keluaran julung-julung kali itu - 'Artistry in Oak' - memberi penghormatan kepada cecair yang berharga yang jarang-jarang-jarang dihasilkan itu, yang dipelihara dengan teliti di dalam tong kayu oak oleh empat generasi keluarga yang memiliki syarikat Gordon & MacPhail, serta persembahannya yang menakjubkan. Sebelum ini, selama lapan dekad, tidak pernah oak dan arak malt tunggal digabungkan dan cecair bersejarah ini telah digambarkan oleh penulis wiski terkenal Charlie MacLean sebagai "sememangnya antara yang terunggul pernah saya temui."

Ewen Mackintosh, Pengarah Urusan Gordon & MacPhail, mengulas, "Pematangan wiski dalam tempoh masa yang sangat lama sering dirujuk sebagai lebih kepada seni daripada sains. Dekanter dan pavilion oak yang telah dicipta oleh David untuk keluaran bersejarah kami ini merupakan gambaran sebenar bagi seni ini; persembahan itu sendiri merupakan satu karya seni. George Urquhart dan ayah beliau, John, yang sangat berpandangan jauh dan telah menyimpan arak daripada Glenlivet Distillery ini di dalam tong kayu Gordon & MacPhail yang ditempah khas untuk dinikmati selepas hayat mereka, pasti akan amat suka dengan reka bentuk ini. Ia memberi penghormatan kepada kemahiran dan visi mereka."

"Oak ialah bahan utama yang dihasilkan daripada bumi ini," jelas David Adjaye. "Saya menghargai betapa berharganya bahan ini sebagai sebahagian daripada proses pembuatan wiski yang penting. Saya mahu mencipta satu reka bentuk yang memberi penghormatan kepada peranan yang dimainkan oak dalam mengubah cecair kepada eliksir dengan ciri-ciri yang hampir menyerupai magis ini."

Dekanter bak permata itu mengandungi kanta untuk memberi fokus kepada cecair berwarna yang kaya dengan rasa itu. Jumlah kristalnya yang banyak mengimbangi kedua-dua berat dan kehalusan seninya, serta menghasilkan pengalaman deria sentuh yang menawan.

"Gabungan lembut antara cecair, berat dan bentuknya membangkitkan rasa prihatin, tanggungjawab dan pemerlahanan waktu. Semasa anda menuangnya, masa terasa seperti menghilang dan apa yang dapat dirasai adalah penghargaan daripada setiap titisan," tambah Adjaye.

Direka untuk kelihatan seperti diukir daripada satu blok pepejal kristal, teras melengkung bagi dekanter itu perlu ditiup sendiri oleh artisan berpengalaman yang diawasi oleh Glencairn Crystal Studio, pakar dalam dekanter ultra premium dan perniagaan turun-temurun lain yang berpusat di Scotland.

"Imipian saya adalah untuk menghasilkan satu wadah yang dapat merangkumkan dan menyampaikan menjadi pengalaman dan tradisi Gordon & MacPhail yang unik," ulas Adjaye. "Topang menegak bagi bahagian luar pavilion mencerminkan pepohon dalam hutan oak di mana papan lengkung bagi tong kayu asal dipotong.  Momen penting dalam penceritaan reka bentuknya adalah hubungan di antara cahaya dan bayang-bayang di mana bekas itu menggambarkan cahaya matahari menyinari pokok-pokok oak dalam persekitaran hutan semula jadi. Tindakan membuka pavilion itu menjadi satu proses yang penuh beradat dan sensasi."

Walaupun serupa, tidak akan ada dua dekanter yang betul-betul sama, sekali gus mencerminkan kerumitan proses dan sifat organiknya.

Pavilion oak itu dibina daripada oak yang diperoleh secara lestari, ditanam kurang lima batu daripada pembuatnya, Wardour Workshops, sebuah lagi syarikat milik keluarga yang berpusat di Dorset, Barat Daya England.

Pengasas bersama Wardour, Dom Parish mengulas, "Oak mempunyai kualiti yang luar biasa dan tahan lama yang kekal buat selama-lamanya."

Hanya 250 70cl dekanter telah dihasilkan. Dekanter #1 telah dilelong oleh Sotheby di Hong Kong pada 7 Oktober 2021 dengan penutup tong kayu berbingkai daripada tong kayu asal dan litograf lukisan konsep asal yang ditandatangani oleh David Adjaye. Hasil lelongan (selepas ditolak kos) disumbangkan kepada badan amal Scotland Trees for Life menjadikan penanaman semula hutan Caledonia sebagai misinya.

"Sumbangan itu akan membantu tapak semaian Trees for Life yang menanam 100,000 pokok yang jarang-jarang ditemui serta pokok tempatan, termasuklah oak, daripada bijinya setiap tahun," kata Ewen Mackintosh. "Memang sesuailah wiski ini menyediakan warisan untuk segala yang akan kekal beberapa generasi."

Pameran awam bagi dekanter dan pavilion oak itu akan dijalankan bermula awal September 2021 di galeri Sotheby di London, New York dan Hong Kong, serta Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong sebagai sebahagian daripada pameran pratonton Siri Jualan Musim Luruh Hong Kong 2021 oleh Sotheby.

GENERATIONS 80 YEARS OLD OLEH GORDON & MACPHAIL DARIPADA GLENLIVET DISTILLERY: BOLEH DIDAPATI BERMULA 3 SEPTEMBER 2021

Harga atas permintaan melalui gordonandmacphail.com

Untuk maklumat lanjut tentang lelongan dekanter #1 di Hong Kong, sila layari sothebys.com

Video - https://youtu.be/sSoAVR_8JFc  
Video - https://youtu.be/zKzx8h4DLDQ  
Video - https://youtu.be/ySw5MhQhDUw  
Video - https://youtu.be/8DvUtR-3Q9s  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1600981/jewel_like_decanter.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1600982/generations_80_years_old_from_glenlivet_distillery_decanter.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1600983/sir_david_adjaye.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1531008/Gordon_MacPhail_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

 

 

Gordon & MacPhail Generations 80-Years-Old from Glenlivet Distillery. Oak pavilion opens to reveal jewel-like decanter
Gordon & MacPhail Generations 80-Years-Old from Glenlivet Distillery. Oak pavilion opens to reveal jewel-like decanter

 

Generations 80-Years-Old from Glenlivet Distillery decanter, designed for Gordon & MacPhail by internationally acclaimed architect, Sir David Adjaye
Generations 80-Years-Old from Glenlivet Distillery decanter, designed for Gordon & MacPhail by internationally acclaimed architect, Sir David Adjaye

 

Sir David Adjaye with the decanter he designed for Gordon & MacPhail, comprising the oldest Scotch whisky ever bottled, the Generations 80-Years-Old from Glenlivet Distillery
Sir David Adjaye with the decanter he designed for Gordon & MacPhail, comprising the oldest Scotch whisky ever bottled, the Generations 80-Years-Old from Glenlivet Distillery

 

Source: Gordon & MacPhail
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services Future Events