Normal kini ialah pekerjaan hibrid dan cara kerja ini boleh mendorong pemikiran semula yang penting tentang cara mengukur dan mengurus prestasi pekerja
ZURICH, 2 September 2021 /PRNewswire/ --
Menurut penyelidikan baharu ini, pandemik COVID-19 terus membentuk amalan kerja dan sikap kita terhadap pekerjaaan, yang menyaksikan para pekerja dan pemimpin menyeru kepada perubahan berterusan dan berkekalan dalam cara dan tempat kita bekerja serta kaedah prestasi diukur.
Adecco Group, sebuah syarikat penyelesaian HR terkemuka di dunia, hari ini telah mengumumkan hasil kajian global terbarunya dan paling komprehensif berkenaan Resetting Normal: Defining the New Era of Work (Penetapan Semula Normal: Takrifan Era Baharu Pekerjaan), yang mengkaji tentang perubahan sikap terhadap pekerjaan sepanjang 12 bulan dan menyorot masalah utama yang mesti diuruskan oleh syarikat untuk berjaya menyesuaikan dalam tempoh peralihan ini. Setahun setelah pandemik mengubah cara kita bekerja selama-lamanya, laporan ini dibuat berdasarkan penyelidikan 2020 oleh Kumpulan ini yang memberi tumpuan kepada wawasan untuk tahun 2021 dan seterusnya serta mengembangkan penyelidikan ini bagi meliputi 25 buah negara dan 15,000 responden yang bekerja di pejabat di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Adecco Group, Alain Dehaze berkata: "Bagi mereka yang tidak terikat untuk hadir secara fizikal dalam melakukan pekerjaan mereka, ia adalah jelas bahawa kita tidak akan kembali ke pejabat lagi dengan cara yang sama dan masa depan pekerjaan yang fleksibel. Pandemik ini telah mempercepat trend sedia ada hingga ke tahap ia tidak boleh diabaikan dan kejayaan masa depan bergantung kepada individu dan pemimpin yang menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
Penyelidikan kami menunjukkan dengan jelas bahawa "satu saiz tidak akan sesuai untuk semua" apabila menyentuh tentang menangani keperluan pekerja dan kami semakin melihat kepemimpinan yang bekerja keras bagi mengimbangi kerja jarak jauh dan prihatin terhadap pasukan mereka. Inilah masanya untuk mula merapatkan jurang ini dengan membangun dan melengkapkan pemimpin dan juga pekerja dengan kemahiran dan keupayaan yang mereka perlukan bagi merangsang semula motivasi serta membina budaya syarikat yang kohesif yang mengekal dan membangunkan tenaga kerja yang berjaya, berdaya tahan dan sihat. Perkara ini bukan lagi menjadi sesuatu yang 'baik untuk dimiliki' tetapi ia merupakan persaingan merebut bakat yang bakal berlaku. Syarikat yang mampu dan bersedia untuk mengenal pasti dan menangani masalah ini akan berkembang maju manakala syarikat yang tidak melakukannya akan ketinggalan.
Hasil pemahaman daripada pelaksanaan strategi Future@Work kami sendiri berserta skop kami di seluruh dunia, Adecco Group berada pada kedudukan yang baik untuk membangun dan menggunakan penyelesaian kepada peluang dan cabaran yang dinamik ini."
Sorotan penyelidikan utama:
Pekerjaan hibrid akan terus kekal tetapi fleksibiliti menjadi keutamaan
Penyelidikan ini mendedahkan bahawa sebahagian besar pekerja di seluruh dunia (53%) mahukan model pekerjaan hibrid dengan sekurang-kurangnya separuh daripada masa kerja mereka adalah secara jarak jauh, manakala sebahagian besar pekerja (71%) kini mempunyai persediaan di rumah yang membolehkan kerja jarak jauh yang berkesan. 18 bulan yang lalu telah membuktikan bahawa kerja jarak jauh tidak menyebabkan kehilangan produktiviti serta kaedah kerja yang lebih inklusif dan fleksibel boleh dilaksanakan. Lebih tiga perempat pekerja ingin mengekalkan fleksibiliti dalam jadual mereka sendiri, kembali bekerja di pejabat tetapi dengan syarat mereka sendiri. Ini ditunjukkan lebih banyak dalam kalangan generasi muda dan ibu bapa yang mahukan lebih banyak masa bekerja di pejabat iaitu mereka yang mempunyai anak yang ingin berada di pejabat lebih ramai (51%), berbanding mereka yang tidak mempunyai anak (42%).
Berorentasikan produktiviti dan hasil
Walaupun ramai yang memperoleh manfaat daripada pekerjaan hibrid namun tidak semua orang mempunyai pengalaman yang positif. Persoalan tentang tempoh minggu bekerja hendaklah ditangani memandangkan masa depan kerja akan kekal fleksibel, dengan 14% daripada mereka menyatakan peningkatan masa bekerja yang panjang pada tahun lalu dan lebih daripada separuh pekerja (57%) menyatakan bahawa mereka mampu melakukan kerja yang sama dalam masa kurang daripada 40 jam. Lebih ramai pekerja dan pemimpin (73%) menyeru supaya ia diukur berdasarkan hasil dan keputusan bukannya jam bekerja, suatu trend yang telah kukuh pada tahun 2020.
Kesihatan mental yang lemah ditonjolkan sebagai masalah yang muncul dengan pantas
Laporan ini juga mendedahkan bahawa kita berisiko kehilangan pemimpin generasi baharu - dengan lebih separuh daripada pemimpin muda (54%) mengalami kelesuan dan 3 daripada 10 orang pekerja menyatakan secara umum bahawa kesihatan mental dan fizikal mereka telah merosot sepanjang 12 bulan yang lalu. Pihak syarikat perlu menilai semula cara mereka boleh membantu dan menyediakan sumber kesejahteraan kepada para pekerja mereka dalam model pekerjaan hibrid yang baharu, dengan 67% daripada pekerja berjawatan bukan pengurus menyatakan bahawa pemimpin tidak memenuhi jangkaan mereka terhadap pemeriksaan kesejahteraan mental mereka.
Defisit kepemimpinan
Dalam keadaan yang sama, terdapat perbezaan yang besar dalam pandangan pengurusan terhadap prestasi mereka sendiri dan pendapat para pekerja mereka. Kepuasan dengan kepemimpinan adalah rendah, dengan hanya satu pertiga daripada pekerja berjawatan bukan pengurus merasakan mereka mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dalam syarikat, manakala hanya separuh daripada kesemua pekerja menyatakan pengurus mereka memenuhi atau melangkaui jangkaan dalam menggalakkan budaya kerja yang baik (48%) atau membantu menyokong keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan mereka (50%). Keadaan ini berlaku dengan ketara di Eropah Barat dan Jepun yang menunjukkan kepuasan terhadap kepemimpinan kanan berada di tahap yang paling rendah.
Peletakan jawatan besar-besaran? Petanda amaran bagi syarikat apabila para pekerja menilai semula kerjaya mereka
Akhir sekali, penemuan ini menunjukkan motivasi dan penglibatan berada pada tahap yang rendah, dengan kurang daripada separuh pekerja berpuas hati dengan prospek kerjaya di syarikat mereka, hampir 2 daripada 5 pekerja menukar atau mempertimbangkan kerjaya baharu dan 41% sedang mempertimbangkan untuk bertukar kepada pekerjaan yang memberi pilihan kerja yang lebih fleksibel. 'Peletakan jawatan besar-besaran' yang dijangkakan belum lagi terbukti, tetapi inilah masanya bagi organisasi untuk berhubung semula dengan tenaga kerja mereka. Selain itu, dua pertiga daripada para pekerja yakin bahawa syarikat akan memulakan semula pengambilan pekerja yang signifikan, dengan menjadikan keselamatan, agensi, budaya, kesejahteraan dan pembangunan sebagai aspek pekerjaan yang paling penting pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut:
Tentang Adecco Group
Adecco Group ialah sebuah syarikat penyelesaian dan penasihat bakat yang terkemuka di dunia. Kami percaya dalam mewujudkan masa depan yang cerah untuk semua orang dan mendayakan lebih 3.5 juta kerjaya setiap hari.
Kami meningkatkan kemahiran, membangun dan melantik bakat di 60 buah negara, membolehkan organisasi menghayati masa depan pekerjaan. Sebagai sebuah syarikat Fortune Global 500, kami mengamalkan kepimpinan melalui teladan, mewujudkan nilai bersama yang merangsang ekonomi dan membina masyarakat yang lebih baik.
Budaya inklusif, keusahawanan dan kerja berpasukan kami telah memperkasakan 30,000 orang pekerja kami. Kami berbangga dinobatkan secara konsisten sebagai salah satu 'Tempat Kerja Terbaik di Dunia' oleh Great Place to Work®.
Adecco Group AG beribu pejabat di Zurich, Switzerland (ISIN: CH0012138605) dan tersenarai di ENAM Bursa Switzerland (ADEN). Kumpulan ini digerakkan oleh tiga unit perniagaan global: Adecco, Talent Solutions dan Modis.
adeccogroup.com | Facebook: facebook.com/theadeccogroup | Twitter: @AdeccoGroup