omniture

Yutong Lancar Teknologi Keselamatan Bateri EV Terkini

Dilengkapi dengan pelbagai teknologi berpaten, Yutong YESS bersedia untuk membawa standard keselamatan EV ke tahap seterusnya.
Yutong Bus Co., Ltd.
2021-09-03 11:06 224

ZHENGZHOU, China, 3 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada 31 Ogos, Persidangan Standard Perlindungan Keselamatan Bateri Kuasa Yutong & Ujian Keselamatan Bateri Kuasa telahpun disiarkan secara langsung di seluruh dunia bagi memperkenalkan teknologi keselamatan bas EV terkininya, YESS - Yutong Electric & Battery Safety Protection Standards (Standard Perlindungan Keselamatan Elektrik & Bateri Yutong). Ia akan menjadi teknologi keselamatan EV pertama di dunia yang diaplikasikan secara berkumpulan pada kenderaan komersial.

YESS menawarkan 5 lapisan perlindungan iaitu keselamatan kenderaan keseluruhan, keselamatan sistem, keselamatan kotak, keselamatan komponen dan keselamatan pemantauan, merealisasikan 3 penambahbaikan utama terhadap tahap keselamatan, keupayaan semua-cuaca dan kebolehsesuaian jalan raya.

Kajian menunjukkan bahawa lebih 30% kegagalan bateri EV disebabkan oleh kerosakan luaran. Justeru itu, daripada hanya melindungi bateri, YESS merangkumi seluruh kenderaan dan menggunakan struktur "jenis Sangkar" untuk meliputi bateri dengan pagar berkekuatan tinggi bagi mengurangkan kesan perlanggaran.

Bagi kegagalan dalaman seperti ISC dan TR, keselamatan sistem YESS mengaplikasikan teknologi perlindungan nitrogen pertama industri untuk memutuskan oksigen dalam kotak bateri bagi mengelakkan pembakaran.

Apabila berkaitan dengan pemisahan bahaya keselamatan luaran dan dalaman, keselamatan kotak YESS memastikan perlindungan gandingan terma-elektrik berbilang lapisan.

Keselamatan komponen sangat berguna di bawah keadaan melampau seperti voltan tinggi. Ia menyesuaikan teknologi terma cecair berbilang pakej yang sesuai untuk kenderaan komersial bagi membangunkan kotak bateri tanpa bahagian pemanasan.

YESS juga memberi pemantauan pada masa sebenar. Ia menyediakan pemantauan sepanjang masa, semua lapangan ke atas keadaan bateri dan aplikasi mudah alih untuk membolehkan pengurusan awan pintar.

Yakin dengan teknologi ini, Yutong mengadakan pertunjukan ujian keselamatan bateri semasa bersiaran secara langsung dengan meletakkan pek bateri yang dilengkapi YESS di bawah keadaan ujian melampau iaitu pemanasan lampau dan pengecasan lampau bagi membuktikan keselamatan dan kestabilannya.

Melangkah ke bidang kenderaan tenaga baharu pada tahun 2008, Yutong telah menjual lebih 150,000 unit di seluruh dunia dengan jumlah perbatuan operasi mencecah 24,800,000,000km. Bertekad untuk mengurangkan kebimbangan terhadap keselamatan EV, Yutong telah menukar keselamatan bateri ke gear seterusnya dengan YESS – penyelesaian keselamatan bersepadu menyeluruh yang memfokuskan pada seluruh kenderaan sebagai satu sistem lengkap.

Yutong berazam untuk terus menaik taraf teknologinya dan mengemas kini YESS bagi melindungi setiap perjalanan penumpang dalam bas EV Yutong dengan ciri keselamatan, kemampanan dan keselesaan.

 

 

Source: Yutong Bus Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services