![]() |
LONDON, 3 September 2021 /PRNewswire/ -- STL (NSE: STLTECH), penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri, mengumumkan pelantikan Paul Atkinson sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Perniagaan Rangkaian Optiknya. Pelantikan Paul sejajar dengan portfolio perniagaan Optikal STL yang diperluas dan jangkauan globalnya yang dipertingkat.
Dengan fokus utamanya untuk MendayakanTransformasi Digital di Pinggir, STL telah menyampaikan penyelesaian optik terkemuka dalam industri untuk syarikat telekomunikasi dan awan serta entiti kerajaan dan perusahaan di seluruh dunia. Dunia sedang menyaksikan kitaran rangkaian yang dibina seiring dengan 5G dan penyelesaian optik, Jalur Lebar Luar Bandar serta FTTx merupakan asas kepada kemajuan ini. Bagi memenuhi keperluan trend mega ini, STL telah memperluas portfolionya dan meningkatkan skala serta mengembangkan perniagaan optiknya ke seluruh dunia pada kadar yang pesat.
Sebelum menyertai STL, Paul Atkinson merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IXOM, Australia. Sebelum IXOM, Paul berkhidmat dengan Prysmian Global selama lebih 20 tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ahli gabungan dan wilayah di seluruh dunia. Dalam tempoh tersebut, beliau mengetuai pelbagai penyepaduan perniagaan yang berjaya dan penting dalam menyampaikan pertumbuhan tidak selari di seluruh lokasi geografi dan barisan perniagaan. Sebelum Prysmian Group, beliau memegang jawatan kanan komersial, kewangan dan operasi dalam sektor barangan pengguna dan penjagaan kesihatan. Paul mengambil alih jawatan ini daripada Ankit Agarwal yang telah memainkan peranan penting dalam inisiatif pengembangan global STL dalam perniagaan Optik. Ankit memperluas portfolio syarikat dengan pengambilalihan Optotec & Metallurgica Bresciana selain meningkatkan skala dan kehadiran STL di Itali, UK, AS, Brazil dan China. Sebagai Pengarah Sepenuh Masa, Ankit kini memberi tumpuan untuk mendorong strategi dan pertumbuhan keseluruhan STL.
Mengalu-alukan kedatangan Paul, Ankit Agarwal, Pengarah Sepenuh Masa STL berkata: "Mengetuai perniagaan Optik merupakan suatu perjalanan yang mengagumkan yang menjadikan syarikat kami yang pertama dan memperoleh kedudukan di seluruh dunia. Dengan usaha STL yang dipercepat dalam inovasi optik, saya mengalu-alukan kedatangan Paul serta kepakaran globalnya yang mendalam yang akan membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Ketika kami menantikan satu dekad penciptaan rangkaian, saya teruja untuk memperluas fokus saya dalam memacu rancangan pertumbuhan STL yang besar dengan strategi yang akan membawa perubahan."
"Rangkaian digital merupakan kunci kepada revolusi perindustrian ke-4 dengan teknologi optik sebagai peranan utama. Dengan kepakaran selama lebih 25 tahun, STL memperluas skop dan meningkatkan skalanya di seluruh dunia. STL mempunyai kepakaran yang tepat dan bercita-cita untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pencipta rangkaian di seluruh dunia. Saya amat teruja untuk mengetuai perniagaan Rangkaian Optik ini yang akan membentuk landskap masa depan digital," kata Paul Atkinson.
Mengulas tentang perkembangan ini, Dr.Anand Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STL berkata: "Kesalinghubungan dan rangkaian optik sentiasa menjadi teras kami dan dengan Ankit sebagai pemimpin, kami telah meletakkan perniagaan ini di peringkat global dengan penuh bersemangat. Saya tidak sabar untuk bergandingan dengan Ankit dalam pertumbuhan strategik syarikat ini. Saya mengalu-alukan kedatangan Paul dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Saya yakin dengan pengalaman global beliau yang luar biasa, perniagaan rangkaian optik akan dimajukan ke peringkat seterusnya."
Tentang STL - Sterlite Technologies Ltd:
STL ialah penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga dan syarikat perusahaan besar menyampaikan pengalaman yang dipertingkat kepada para pelanggan mereka. Baca lebih lanjut, Hubungi kami.
stl.tech |Twitter | LinkedIn | YouTube
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1607505/paul_atkinson_ceo_stl.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo.jpg?p=medium600