omniture

Mahindra Comviva Umumkan Pelancaran Global Penyelesaian mobiquity(R) payPLUS MPOS

Mahindra Comviva
2013-06-27 14:50 158

NEW DELHI, 27 Jun 2013 /PRNewswire/ --

  • Merapatkan jurang antara saudagar dengan pelanggan bagi membawa perdagangan ke muka pintu
  • Menyokong rangkaian telefon bimbit yang luas -- Telefon pintar dan telefon biasa

Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian kewangan mudah alih dan VAS, hari ini mengumumkan pelancaran global penyelesaian payPLUS, diperkasa oleh platform mobiquity® mereka yang memenangi anugerah. Sebagai satu penyelesaian pembayaran bersepadu, payPLUS berfungsi sebagai kedai sehenti untuk semua keperluan perniagaan dan membolehkan saudagar -- perniagaan kecil dan sederhana serta profesional perkhidmatan, menukarkan telefon mudah alih mereka menjadi peranti Titik Jualan (POS) dan menambahkan urusniaga dengan menerima bayaran melalui kad di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Penyelesaian payPLUS bukan sahaja melengkapi perniagaan dengan satu app dan pembaca kad mini untuk menerima pembayaran melalui kad dengan selamat tetapi juga memanfaatkan kuasa teknologi awan bagi melanjutkan rangkaian perniagaan-perniagaan yang menarik perhatian bagi menyokong keperluan perniagaan yang berkembang.

Dengan kemampuan daftar tunai yang boleh disuai khusus mengikut keperluan perniagaan, penyelesaian payPLUS mobiquity® memenuhi keperluan antara muka pengguna yang pantas dan diyakini yang menyokong dan meringkaskan aktiviti-aktiviti berkaitan POS, pengebilan dan penyesuaian.

Memberi komen mengenai pelancaran global ini, Srinivas Nidugondi, Ketua Penyelesaian Kewangan Mudah Alih di Mahindra Comviva berkata, "Kami teruja dapat melancarkan payPLUS dengan objektif jelas untuk membantu saudagar memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan produktiviti kedai dengan hebat. Kami telah membina penyelesaian ini untuk rangkaian peruncitan, sektor insurans, pasar raya, restoran dan perniagaan yang mempunyai mobiliti sebagai pemacu jualan runcit. Dengan pertumbuhan urusniaga tanpa tunai seluruh dunia, penyelesaian ini boleh menyumbang mempercepatkan perubahan ke arah ekonomi tanpa tunai."

Penyelesaian payPLUS bukan sahaja membolehkan saudagar menjalankan perniagaan dengan kad dan bayaran lain, POS, daftar tunai, dan lain-lain, tetapi juga menggunakan kelebihan perkhidmatan berasaskan lokasi, yang membolehkan saudagar memberikan kempen promosi dengan tawaran dan diskaun kepada pelanggan, berdasarkan lokasi/kawasan mereka.

Tarikan

  • Platform maju dibandingkan dengan POS tradisional, membenarkan penyuaian khusus atau penyepaduan dengan sistem saudagar
  • Mobiliti -- kebolehan menerima kad kredit/debit walaupun semasa saudagar tidak berada di premis
  • Keselamatan terbina dalam melindungi maklumat peribadi kad pelanggan
  • Berkesan kos untuk bank/saudagar pengagregat yang berkenaan
  • Cara yang bagus untuk memperbaiki pengalaman pelanggan dengan melengkapi sistem pembayaran sedia ada di dalam kedai
  • Perkhidmatan pelengkap berbilang membantu saudagar mempertingkat prestasi perniagaan
  • Kemampuan daftar tunai yang boleh disuai khusus bagi menyokong aktiviti-aktiviti berkaitan POS, pengebilan dan penyesuaian
  • Pilihan pengurusan kendiri dan sokongan saudagar

Hubungi

Sundeep Mehta
sundeep.mehta@mahindracomviva.com
+91-124-481-9000

Sumber: Mahindra Comviva

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services