omniture

KIIT Mendominasi Kedudukan Universiti Dunia

KIIT
2021-09-06 11:42 37

Memperoleh Kedudukan Nombor 1 di Odisha & Timur India 

BHUBANESWAR, India, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Kalinga Institute of Industrial Technology (KIIT) Deemed University dari Bhubaneswar memperoleh pencapaian yang mengagumkan dengan melonjak naik 200 kedudukan di seluruh dunia untuk disenaraikan di kohort 801 – 1000 dalam Kedudukan Universiti Dunia 2022 Times Higher Education (THE) yang berprestij yang telah diumumkan pada 2 September 2021. Ia merupakan peningkatan yang besar berbanding tahun lepas apabila ia berada pada kedudukan 1001 ke atas. Prestasi KIIT tersebut menjadikannya sebagai universiti dengan kedudukan Nombor 1 di Odisha dan Timur India.

Campus 1
Campus 1

Sementara KIIT, NIT Rourkela, Amrita Vishwa Vidyapeetham dan Vellore Institute of Technology (VIT) berkongsi kedudukan yang sama dalam kedudukan yang menjadi rebutan dan paling banyak dirujuk oleh institusi pendidikan tinggi global secara tahunan ini, IIT Bhubaneswar dan Manipal Academy of Higher Education pula disenaraikan pada kedudukan 1000 ke atas. SRM Institute of Science and Technology telah merosot kepada kedudukan 1200 ke atas berbanding kedudukannya pada tahun lepas. Sebagai sebuah universiti muda yang baru berusia 17 tahun, prestasi KIIT adalah lebih baik berbanding universiti-universiti lain di negara ini. Ia juga telah memperoleh kedudukan yang mengagumkan dalam senarai kedudukan yang dijalankan oleh pelbagai badan Kerajaan. 

Meluahkan kegembiraannya atas perkembangan ini, Prof. Achyuta Samanta, Pengasas KIIT & KISS memberi penghargaan kepada gabungan usaha para pelajar dan kakitangan dalam pencapaian tersebut. "Prestasi KIIT dalam kedudukan ini adalah signifikan kerana ia merupakan sebuah universiti pelbagai disiplin yang mempunyai sebanyak 28 buah fakulti. Sekiranya ia sebuah institusi yang hanya menawarkan kursus Kejuruteraan, mungkin ia akan mencapai kedudukan yang lebih tinggi," ujar beliau. Prestasi cemerlang KIIT yang konsisten dalam kedudukan peringkat kebangsaan dan global hanya disebabkan oleh visi Pengasasnya, kata kakitangan KIIT yang teruja. 

Kedudukan Universiti Dunia Times Higher Education (THE) ialah sebuah penerbitan tahunan untuk kedudukan universiti oleh Times Higher Education (THE). Ia merupakan satu-satunya susunan prestasi universiti global bagi menilai universiti yang intensif dalam penyelidikan di keseluruhan misi terasnya. Parameter kedudukan merangkumi pengajaran, penyelidikan, petikan, pendapatan industri, wawasan antarabangsa serta bilangan pelajar, bilangan pelajar bagi setiap kakitangan, pelajar antarabangsa serta nisbah pelajar lelaki dan wanita. Kedudukan ini dipercayai oleh para pelajar, ahli akademik, kepemimpinan universiti, industri dan kerajaan di seluruh dunia. 

Hubungan Media:
Shradhanjali Nayak
shradhanjali@kiit.ac.in

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1608193/campus_1_kiit.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1608194/campus_2_kiit.jpg?p=medium600

 

Campus 2
Campus 2

 

Source: KIIT
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)