omniture

Sabio Group Melancarkan Jenama dan Laman Web Baharu Untuk Menandakan Evolusi Syarikat Seterusnya

Sabio Group
2021-09-06 15:00 32

LONDON, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Sabio Group telah melancarkan laman web korporat dan jenamanya yang baharu ketika ia bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri teknologi pusat hubungan dan pengalaman pelanggan yang bernilai berbilion-bilion pound.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8946451-sabio-group-unveils-new-brand-and-website-to-mark-next-stage-in-its-evolution/

Penyedia perkhidmatan dan teknologi CX terkemuka, hari ini mendedahkan butiran penjenamaan semula baharunya yang moden susulan trajektori pertumbuhan yang agresif sepanjang 18 bulan yang lalu.

Suatu logo baharu yang menyerlah, unik dan menarik serta lengkap dengan warna pelet pelengkap yang tersendiri telah dilancarkan untuk mengukuhkan identiti visual dan global Sabio.

Tipografi, ikonografi dan imej ilustrasi tambahan yang menyerlah melengkapkan penjenamaan semula ini yang turut merangkumi pengubahsuaian laman web korporat syarikat.

Tim Pickard, Ketua Pegawai Pemasaran Sabio Group berkata: "Perniagaan kami telah menunjukkan dengan jelas bahawa ia telah mengalami transformasi yang signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ketika Sabio meneruskan kematangan dan kemajuannya, amat penting bagi kami untuk berkembang seiring dengan jenama kami.

"Menyatukan semua perkara adalah teras kepada perniagaan kami dan apa yang kami tawarkan – dan itulah yang menjadi buah fikiran di sebalik penjenamaan semula ini. Dengan perniagaan kami yang telah berubah secara dramatik, kami ingin memaparkan perubahan ini sebaik mungkin melalui identiti jenama baharu kami."

Tim menyambung: "Pelancaran hari ini - yang lengkap dengan logo baharu kami yang tersendiri, rekaan semula laman web korporat dan nilai syarikat yang baru dilancarkan - memenuhi apa yang diperjuangkan oleh Sabio dan pada masa yang sama, mengukuhkan kedudukan kami untuk meneruskan strategi pengembangan dan pertumbuhan yang sedang dilaksanakan."

Sejak tahun 2019, Sabio telah berjaya menyelesaikan dan menyepadukan sembilan pengambilalihan yang mempercepat pertumbuhan firma ini di UK, Perancis, Belanda dan Sepanyol di Eropah serta Singapura dan Malaysia di Asia Tenggara.

Pada masa ini, Sabio mempunyai lebih 1,000 kakitangan dengan lebih 600 pelanggan di seluruh dunia.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web korporat baharu Sabio Group di www.sabiogroup.com.

Tentang Sabio Group: 

Sabio Group yang terdiri daripada Sabio, Anana, DVELP, flexAnswer dan Coverage Group, menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan yang menggabungkan interaksi digital dan manusia dengan lancar untuk menyokong pengalaman pelanggan yang cemerlang. Kumpulan ini bekerjasama dengan jenama utama di seluruh dunia termasuk Aegon, AXA Assistance, Bankia, BBVA, BGL, Caixabank, DHL, Essent, GovTech, HomeServe, Liverpool Victoria, M1, Office Depot, Saga, Argos Sainsbury, Telefónica, Think Money dan Transcom Worldwide.

sabiogroup.com 

twitter.com/sabiosense 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=ZeFa317Pt2E 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1607450/Sabio_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: Sabio Group
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Broadcast feed announcements MultiVu Photo MultiVu Video New products/services Data Analytics