omniture

Heineken® dan TIËSTO meraikan hujung minggu Grand Prix Belanda Heineken Formula 1 penuh bergaya dengan persembahan unik di atas trek

Heineken
2021-09-06 16:47 69

DJ Belanda Tiesto yang terkenal di seluruh dunia memainkan persembahan eksklusif secara langsung di atas trek untuk meraikan Grand Prix Belanda Heineken F1 di Zandvoort

- Heineken mencipta sebuah pentas bergerak di belakang sebuah trak yang menampilkan karya seni artis Belanda terkenal, Joseph Klibansky

- Trak Heineken®0.0 bergerak dari podium ke granstan, berhenti pada selekoh 11 dan 12 untuk membuat persembahan di hadapan para peminat

- Persembahan tersebut disiarkan secara langsung kepada berjuta-juta peminat di seluruh dunia

ZANDVOORT, Belanda, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Heineken® meraikan kepulangan bersejarah Formula 1® ke Zandvoort, Belanda dengan persembahan yang tiada tandingan. Selepas semua aksi perlumbaan F1® dan W Series™ pada hujung minggu tersebut, kenderaan yang berbeza telah dibawa ke trek yang berbeza yang membawa bintang handalan Belanda DJ TIËSTO untuk memberikan peminat satu persembahan siaran langsung secara eksklusif selama 60 minit, sejurus selepas upacara podium Grand Prix Belanda Heineken F1 pada hari Ahad, 5 September.

Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix
Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix

Para peminat di perlumbaan tersebut menikmati persembahan dari granstan mengikut garis panduan COVID-19 yang ada, manakala peminat di rumah pula menyaksikan penstriman langsung yang dipaparkan pada perkhidmatan penstriman EDM Beatport, saluran Facebook F1 dan Red Bull Racing Honda serta saluran Facebook dan YouTube TIËSTO sendiri.

Pentas persembahan tersebut dibina di belakang trak Heineken® 0.0 yang memulakan perjalanannya dari lorong pit sejurus selepas upacara podium dan berlegar-legar di sekeliling trek dengan kuasa bahan api biologi yang mampan sebelum berhenti di selekoh 11 dan 12 untuk memberi laluan kepada TIËSTO menamatkan persembahan tersebut. Untuk menceriakan lagi persembahan ini, trak tersebut melancarkan konfeti terbiodegradasi ke atas litar.

Trak Heineken®0.0 ini menampilkan karya seni artis Belanda terkenal, Joseph Klibansky. Klibansky menghasilkan reka bentuk trak secara khusus untuk podium F1® dan W Series™ melalui kerjasama dengan Heineken yang menggambarkan unsur-unsur tempatan yang sinonim dengan Belanda, tetapi dengan sentuhan kontemporari.

Penstriman langsung acara ini tersedia untuk ditonton di saluran Beatport hingga akhir tahun ini.

MAKLUMAT 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: HeinekenF1@mcsaatchi.com

Saluran penstriman: perkhidmatan penstriman EDM Beatport melalui FacebookYouTube dan Twitch

Facebook F1  

Facebook Red Bull Racing Honda

YouTube dan Facebook TIËSTO 

Tentang HEINEKEN: 

HEINEKEN ialah pembuat bir antarabangsa terkemuka di dunia. Ia merupakan pembangun dan pemasar jenama bir dan sider premium. Diterajui oleh jenama Heineken®, Kumpulan tersebut mempunyai portfolio yang terdiri daripada lebih 300 bir dan sider antarabangsa, serantau, tempatan dan khas. Kami komited terhadap inovasi, pelaburan jangka panjang jenama, pelaksanaan jualan yang berdisiplin dan pengurusan kos yang fokus. Melalui "Brewing A Better World", kelestarian diterapkan dalam perniagaannya.

HEINEKEN mempunyai jejak geografi yang seimbang dengan kedudukan kepimpinannya di kedua-dua pasaran yang maju dan membangun. Kami menggaji lebih 85,000 orang pekerja dan mengendalikan kilang bir, malt, sider dan kemudahan pengeluaran lain di lebih 70 buah negara. Heineken N.V. dan Heineken Holding N.V. berkongsi dagangan di Euronext di Amsterdam. Harga untuk saham biasa boleh diakses pada Bloomberg di bawah simbol HEIA NA dan HEIO NA serta pada Reuters di bawah simbol HEIN.AS dan HEIO.AS. HEINEKEN mempunyai dua program Penerimaan Depositari Amerika (ADR) tahap satu yang ditaja: Heineken N.V. (OTCQX: HEINY) dan Heineken Holding N.V. (OTCQX: HKHHY).

Maklumat terkini boleh didapati di laman web HEINEKEN: www.theHEINEKENcompany.com dan ikuti kami di Twitter melalui @HEINEKENCorp.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608721/heineken_and_tiesto.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608722/heineken_and_tiesto.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608723/heineken_and_tiesto.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608724/heineken_and_tiesto.jpg?p=medium600

 

Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix
Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix

 

Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix
Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix

 

Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix
Heineken® and TIËSTO celebrate the return of Formula 1® to Zandvoort, with a unique performance live streamed directly from the track from the F1 Heineken Dutch Grand Prix

 

 

Source: Heineken
Keywords: Entertainment Music Sporting Events Sports New products/services