omniture

Pemenang Anugerah Global Energy Prize 2021 Diumumkan

The Global Energy Association
2021-09-06 20:00 98

MOSCOW, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Para pemenang Global Energy Prize 2021 telah diumumkan pada 6 September di Kazan. Pemenangnya ialah: Saintis Rusia, Zinfer Ismagilov dan Suleyman Alakhverdiev serta ahli akademik Amerika, Yi Cui.

Zinfer Ismagilov merupakan pemenang bagi kategori "Tenaga Konvensional" atas sumbangan penting beliau terhadap kimia bahan karbon, pemangkinan heterogen dan tindakan iklim.

Suleyman Alakhverdiev menjadi pemenang bagi kategori "Tenaga Bukan Konvensional" atas sumbangan luar biasa terhadap pembangunan tenaga alternatif, pencapaian saintifik dalam reka bentuk sistem fotosintesis buatan, kitaran kerja saintifik dalam bidang biotenaga dan tenaga hidrogen.

Yi Cui telah terpilih bagi kategori "Cara baharu penggunaan tenaga" atas sumbangan menakjubkan dalam reka bentuk bahan nano, sintesis dan pencirian untuk tenaga dan alam sekitar, khususnya atas inovasi transformasi dalam sains bateri.

"Melalui pemilihan ketiga-tiga pemenang ini, saya yakin Global Energy Prize telah memberikan mesej yang kukuh bahawa inovasi saintifik dan teknologi dalam kedua-dua bidang tenaga konvensional dan bukan konvensional boleh membawa kita kepada masa depan tenaga bersih," kata Pemenang Anugerah Nobel Peace Prize, Rae Kwon Chung yang merupakan Ketua Jawatankuasa Anugerah Antarabangsa Global Energy Prize. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada usaha keras Sekretariat Persatuan Tenaga Global yang diketuai oleh Sergey Brilev yang berjaya meningkatkan bilangan negara-negara yang menghantar pencalonan dari seluruh dunia dan memperoleh lebih seratus calon baharu."

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perbandaran Kazan, mengumumkan nama-nama para pemenang. Acara gala ini telah disertai oleh Presiden Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, Presiden Persatuan Tenaga Global, Sergey Brilev serta ahli Jawatankuasa Anugerah Antarabangsa – Marta Bonifert dari Hungary dan Dmitry Bassarabov. Manakala Rae Kwon Chung menyertai acara ini melalui pautan video.

Para pemenang telah dipilih oleh Jawatankuasa Antarabangsa dalam satu sesi tertutup pada malam sebelum majlis tersebut dilangsungkan. Pihak jawatankuasa memerlukan enam undi bagi menentukan pemenang dalam beberapa kategori. Pertandingan yang bersemangat ini merupakan hasil usaha persatuan ini sepanjang setahun setengah yang lalu untuk membawa Global Energy Prize ke peringkat antarabangsa.

Anugerah ini akan disampaikan pada bulan Oktober semasa forum Minggu Tenaga Rusia.

Pusingan pencalonan baharu akan dibuka pada 1 Disember 2021.

Source: The Global Energy Association
Keywords: Alternative Energies Biotechnology Environmental Products & Services Gas Green Technology Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Utilities Awards Conservation/Recycling Future Events