omniture

Xinhua Silk Road: Usaha pemuliharaan tanah lembap bantu Kunming Barat Daya China perbaiki ekologi

Xinhua Silk Road
2021-09-07 07:15 162

BEIJING, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- Kunming akan menjadi bandar tuan rumah bagi mesyuarat Persidangan ke-15 Pihak-Pihak (COP15) ke Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang dijadual berlangsung pada bulan Oktober, yang mana tanah lembap Baofeng daripada tanah lembap tepian tasik Dianchi akan dipamerkan di luar.

Foto udara menunjukkan kakitangan penyelenggaraan bertugas di Yongchang Wetland Park di tepi Tasik Dianchi di Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China.
Foto udara menunjukkan kakitangan penyelenggaraan bertugas di Yongchang Wetland Park di tepi Tasik Dianchi di Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China.

Wilayah Yunnan, Barat Daya China telah meraih pencapaian ekologi yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini menerusi usaha gigihnya dalam memulihara tanah lembap di Kunming.

Pada tahun 2003, Kunming menerima rancangan yang menyasarkan perlindungan persekitaran ekologi dan pengurusan komprehensif terhadap tanah lembap ekologi Tasik Dianchi.

Menjelang tahun 2020, jumlah keluasan tanah lembap di bandar Kunming mencecah 62,403.27 hektar, antaranya merupakan kawasan tanah lembap semula jadi yang mencecah keluasan 48,249.31 hektar, dengan kadar perlindungan masing-masing mencecah sehingga 69.53 peratus dan 78.44 peratus.

Sepanjang tempoh tersebut, jalur ekologi selenggara diri 200 meter luas telahpun dibina, meliputi kawasan seluas 33.3 kilometer persegi, yang mana lebih 80 peratus dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan.

Ekosistem tasik Dianchi yang bertambah baik juga memberi manfaat kepada biodiversiti wilayah tersebut, dengan spesies tumbuh-tumbuhan meningkat daripada 232 kepada 303 manakala sesetengah jenis ikan dan burung hijrah direkodkan kembali ke kawasan tersebut.

Disebut sebagai "ginjal bumi," tanah lembap merupakan bahagian yang penting dalam sistem ekologi dan alam sekitar. Tanah lembap Dianchi telah memberi sumbangan yang penting kepada pemuliharaan air, biodiversiti dan pembangunan ekonomi tempatan di Kunming.

Foto diambil pada 5 Januari 2019 menunjukkan tanah lembap 'dawn redwood' dilitupi kabus di Kampung Dianwei, Daerah Panlong, Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China.
Foto diambil pada 5 Januari 2019 menunjukkan tanah lembap 'dawn redwood' dilitupi kabus di Kampung Dianwei, Daerah Panlong, Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/323623.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service Travel Animals/Pets New products/services